6:26 pm - Tuesday May 22, 2012

Virus Spam Email & Keyword Untuk Trafik Blog

Ingin beriklan di sini? Emel: admin[at]jomkongsi.info

Virus Spam Email & Keyword Untuk Trafik Blog
Bila dah habis buka smua email dkt inbox, rajinlah pulak rasa nk buka email dkt folder Spam, tiba2 terbuka satu email yg takde langsung kandungannya, tapi ada satu link URL je..entah kenapa gatal pulak tangan ni nak pergi klik link tu, rupa2nya takde apa2 yg jadi lepas klik link tu..just satu window kosong popup lepas tu aku pun tutuplah balik…

Tup, tup..lepas logout & login balik dalam masa lebih kurang 3 jam lepas tu, pelik pula sbb ada Verification pin perlu dimasukkan , biasanya tak perlu. Kali ni Google mintak pin pulak yg dihantar ke telefon. Die ckp ada suspect unusual activity dgn akaun gmail aku tu. Haish apa pulak ni..lepas smua da setel, masuk je akaun gmail tu, rupa2nya ada 11 bounce back email yg kononnya dihantar oleh aku. Tengok punya tengok, rupanya kandungan emel yg dihantar tu berkandungan seperti email Spam yg aku terima tadi je:

http: //bblwk3.buypha.com
http: //hhcc9.buypha.com

Hanya ada link je, yg lain tak ada. So skrg baru aku tau rupanya ni mesti kerja link URL yg aku klik td dlm email Spam tu. Berkemungkinan link tu ada melibatkan kerja2 programming javascript @yg seangkatan dgnnya..yg membuatkan ‘silent email send’ pd semua yg ada dlm contacts list aku. Adui mesti smua org2 tu ingat aku yg Spam diorang pula sbb just hantar link URL je. Aku mintak maafla pd sesiapa yg terima email tu ye..semua tu tanpa disengajakan ok! Yg penting jgn sesekali klik link dlm email tu ok! Nanti jadi benda yg sama jgk dkt korang semua barulah menyesal :)

Oklah, cukup dgn hal Virus Email Spam tu skrg nk kongsi pulak pasal bab2 teknikal internet & laman web. Nak kongsi pasal keyword atau kata kunci dr enjin carian dalam menjana trafik ke blog/web anda. Untuk pengetahuan sedara semua, blog jomkongsi.info ni ada beberapa kata kunci yg popular dalam enjin carian popular Google & Yahoo.

Antara keyword top 10 blog ni ialah:

vemma scam
koleksi doa
vemma tipu
blog perniagaan internet
vemma builder halal
doa penerang hati untuk anak
koleksi doa harian
mlm haram
vemma halal
i-rich 696 tipu

Yg keyword “vemma scam” tu mmg tak dinafikan lagi, kalau sedara smua search dkt Google, mmg no:1 lah blog jomkongsi ni akan keluar. Semua ni disebabkan oleh entri oleh sedara JK pd tahun 2008 tak silap sy..sedikit sebanyak menambah trafik pengunjung ke blog ni :) Walaupun post tersebut agak sedikit berkontroversi & tidak disukai oleh ahli2 bisnes MLM Vemma. Tapi apa nak buat, blog masing2, pandangan pun masing2lah…sendiri mau ingatlah ye..Daripada pemerhatian sy, kebelakangan ni mmg ramai yg buat pencarian dkt Google & Yahoo mengenai skim2 MLM yg ada kat Malaysia ni..kiranya baguslah, sebelum anda join mana2 MLM/bisnes silalah rajin2kan diri mengkaji & buat research dulu ok, anda tak akan rugi..tapi sebaliknya anda dpt selamatkan diri anda dari menjadi mangsa skim2 bisnes Scam dikemudian hari, percayalah ye :)

Tapi tujuan aku bukan nak cakap pasal bisnes MLM vemma ke, bisnes Piramid ke…tapi hanya nk bagitau mengenai trafik2 sebeginilah yg kita mahu. Sebabnya ia adalah natural & pelawat akan datang ke blog kita hanya dgn pencarian di enjin carian shj, tanpa perlu kita promosikan laman web kita di mana2. Teknik SEO (Search Engine Optimization) amat memainkan peranan penting utk mendapatkan trafik sebegini. Anda perlu targetkan keyword apa yg nak pakai utk blog anda. Tips kami, sbg contohnya jika blog anda ‘niche’nya berkisarkan ‘buat duit di internet’, pakailah sebanyak mungkin keyword “buat duit di internet” di dalam penulisan post anda, tajuk post, isi kandungan, gambar & macam2 lg ok! Asalkan jgn terlebih pakai keyword tu pulak, nnti jd Spam la pula ye sedara. FYI, Google tak suka blog yg pakai teknik keyword Spamming ni.

Nampaknya entri kali ni dah agak panjang jgk..terpaksa stop dulu..seandainya sedara semua ada apa2 yg ingin dikongsi atau ada komen yg ingin diutarakan, sila jgn malu & jgn segan ok, hantarkan pd ruangan dibawah ye. Salam jomkongsi & Salam Idul Fitri jg utk semua umat Islam di seluruh dunia (yg faham apa yg aku tulis ni :D )

Popularity: 4%

Entri lain yg mungkin berguna untuk korang:

  1. Buat Duit Poket Dari Penjualan Iklan Blog Anda
  2. Keyword, SEO dan Trafik Blog Anda
  3. Dapat Duit Lagi Dari Text Link Ads-TLA
  4. 5 Sebab Untuk Anda Menulis Blog
  5. Dapat Duit Dari Internet Dengan Text Link Ads
Filed in: SEO, Tips Blogging, Tips Komputer

3 Responses to “Virus Spam Email & Keyword Untuk Trafik Blog”

  1. 5 September, 2010 at 4:06 pm #

    terima kasih bro……. seronok gak tengok blog ni hidup semula

  2. 5 September, 2010 at 6:05 pm #

    yup bro! nice ecardblog u have there! :)
    keep it up & jgn lupa dtg jenguk lagi ye!

Trackbacks/Pingbacks

  1. Awas Nanti Duit Dalam Maybank Kena Curi | JomKongsi Info Blog - 15 November, 2010

    [...] tak korang dapat email dlm inbox korang yg mengatakan “Please update your Maybank2u online  details” [...]

Leave a Reply


1 + = 7

CommentLuv badge