Pada kali ini saya ingin berkongsi dgn anda semua bagaimana untuk membuat pemasangan dan konfigurasi Sitemap untuk blog WordPress anda. Ini adalah kerana saya dapati ramai dikalangan WordPress blogger yg masih tidak tahu bagaimana & apakah fungsiĀ Sitemap tersebut.

*contoh Sitemap yg akan dipaparkan dihalaman Sitemap blog WordPress anda.
Secara ringkasnya Sitemap adalah satu halaman dimana struktur ringkas pautan (links) anda di paparkan dalam bentuk links sahaja. Tujuannya pula adalah baik untuk Search Engine Optimization (SEO). Ini akan memudahkan bot(crawlers) dari search engine untuk crawl halaman2 dalam blog anda. Ia boleh di baratkan sebagai satu ‘laluan’ yg telah disediakan oleh anda untuk bot search engine ini masuk ke blog anda. Bermakna kita juga mengalu-alukan kedatangan bot search engine tersebut.
Secara tidak langsung, anda akan mendapat trafik percuma dari enjin carian apabila ada yg mencari keywords yg berkaitan dengan post di blog anda.
Baiklah, sekarang kami terus kepada tutorial pemasangan Sitemap tersebut. Untuk tutorial ini kami menggunakan WordPress Sitemap plugin dari Dagon Design.
Sila Download Di Sini
- Latest Release
(Untuk WordPress 2.1 sehingga WP 2.6)
Cara Pemasangan & Konfigurasi Sitemap Plugin untuk WordPress
- Download sitemap-generator.zip dan ‘uncompress’kan file tersebut
- ‘Upload’ kesemua sitemap-generator folder (uploadkan satu folder) itu kedalam folder Plugins WordPress anda di server
- Aktifkan Plugin tersebut melalui panel kawalan blog WordPress anda
- Sekarang masa untuk sedikit konfigurasi plugin tersebut di bahagian ‘settings tab’(pilih DDSitemapGen)
- *Jika anda menggunakan ‘permalinks’ anda sendiri, pastikan baca langkah tambahan di bawah
- Selepas siap dgn setting yg anda mahu, tekan ‘save’ untuk save konfigurasi plugin tersebut
- Sekarang, buat satu ‘page’ baru: namakan ‘Sitemap’ sbg contohnya
- Selepas itu, masukkan satu line code dibawah ini di ruangan ‘body post’ tersebut.(di mana anda mahu Sitemap ni dipaparkan):
<!-- ddsitemapgen -->
Tips: Tukarkan mode editor kepada ‘Html’ editor dan bukan ‘Visual mode’ pada masa ini.
- Akhir sekali tekan ‘save’. Sekarang anda sudah mempunyai satu halaman Sitemap di blog anda. Tahniah!
*Optional: ‘Custom Permalinks’ tips:
Jika anda menggunakan Permalinks anda sendiri, maka anda perlu ubah sedikit di bahagian setting-DDSitemapGen. Lihat pada bahagian ‘Sitemap page slug’ selepas itu masukkan ‘page-slug’ anda sendiri. Jika anda tidak membuat sebarang perubahan pada permalinks asal anda, maka biarkan sahaja ruangan ini kosong.
Jika anda masih kurang faham, ragu-ragu dan mempunyai masalah di pertengahan pemasangan plugin Sitemap ini, sila beritahu kami di sini untuk bantuan dan jangan lupa untuk teruskan ber-KongsiInfo dengan kami dan pembaca semua!
Popularity: 12%
Entri lain yg mungkin berguna untuk korang:

senang je rupanya
ye betul, bukan susah sgt. Tapi kena ada guide nya
akhirnya!!!akan ku cuba try test!!hoho
kesilapan banyak berlaku pada permalink (gunakan default dulu baru tukar customize) dan tidak menukar mode editor kepada html (ramai yang guna “visual”).
Aku pon macam tu gak semalam. Tapi berjaya buat setelah try and error.
pendedahan baik… benda ni penting untuk SEO level tahap best… lagi satu boleh memudahkan pengunjung blog untuk mencari artikel-artikel yang mereka ingin kan…
@spatt:
ye, bleh try pasang Sitemap skrg!
ada apa2 problem, tnya je kitorang orait!
@secret:
betul tu secret, baik guna Permalinks yg default dahulu sblm ejas apa2 custom Permalinks. Syabas hang dah berjaya buat sendiri!
@ikram:
terima kasih, mmg Sitemap bnyak membntu utk SEO yg berkesan! juga utk memudahkan visitor terus pergi ke artikel2 yg diorang mahu.
pasang. rugi korang tak pasang. hehehe.
ye betul tu Taukey! Sitemap ni wajib ada pd setiap blog!
dah berjaya (kot)…tp aku x tuka permalinks ke default…cbe tgk page sitemap kt blog aku..jd ke tu?
Tahniah spatt! dah jadi tu! congratz!
tahniah spatt. tak tukar pon tak pe , kena isi le “slug” tu . aku tak tau nak isi . aku tukar je default permalink. anyway tahniah.
kento , aku minta korang buat satu tutorial nak letak printscreen kat post. Ada idea aku nak kongsi kat blog . cuma aku tak tau camna nak letak ‘shot print screen’ kat dalam post. Minta tolong ye.
@secret:
ok secret, tutorial ‘print screen’ on the way!
apa kate korg wat tutorial cmne nk tmbh atau bnykkn ad box kt theme jgk…hehe
@spatt:
maksud hang ads box 125×125 ke cmne tu?
yup…cm kt blog aku, ade 3 je…kalo2 leh tmbh jd 6 pn ok gk… :p
idea aku , lagi baik buat satu page pada blog untuk ads. Kalo saiz 125×125 dalam 20 atau 30 ads.
@spatt:
ads 125×125 yg kt blog ko tu, kena masukkan thru control panel WP ke atau manual edit ikut template editor?
kalau yg manual editnye, patut bleh je nk tambah lg sbrapa bnyk pun bleh. just kena edit code sket je maybe utk ‘sidebar.php’
@secret:
hmm idea tu ok juga. tapi kemungkinan visitors nk tengok @ klik tu mgkn kurang sket la pasal di’page’ yg lain, bukan di ‘frontpage’…
amacam
sidebar.php kene edit la tu…
aku try tmbh dgn sukahati aku, mmg ads box tu ade tmbh lg, tp page jd tah pape…celaru je..haha
oo klu gitu mmg ko ada tertinggl kod kot?
Klu nk bg cuba aku tgk kod sidebar.php ko.
try upload dkt http://mediafire.com, nnti aku download
secara tibe2, aku pandai coding…tibe2 jadi la plak…huhu
i’m a genius bebeh!!
haha bagus2! kan ke senang je
aku ade request la kt korg…hehe
ape top 10 plugin yg korg cdgkn utk blogger?
n ape plugin yg korg guna utk recent comment tu?
@spatt:
oo baik, nnti kami akan buat satu post utk top 10 plugins yg mesti utk WordPress.
Utk yg recent comments tu kami xguna plugin, tapi dah ada fungsi tersedia tema WordPress ni
Nnti kami bgtau plugin apa yg baik utk recent comments sekali.
saya bru jer wat..5 benda yg kene wat bile siap wordpress..thank bro..leh ngk site x..n komen aper yg sy kene wat…feedburner sy x leh wat..dr pagi td cube nek pening pale..kalo leh guide lah saya erk..