Pernahkah korang tulis entri dekat blog korang, tapi tak ada sesiapa yg baca? Rasa tak best kan..apa kata kalau share artikel/entri korang tu dekat Facebook? Mungkin ada chance orang lain baca entri korang kan? baru best! Lebih2 lagi kalau ramai orang baca artikel korang tu & share sekali atau suggest dkt org lain jgk..wah boleh dapat trafik FREE lg tu..nnti makin ramaila orang masuk blog kita. Teknik ini dinamakan ‘viral marketing’ atau ‘viral traffic’ sbb dari artikel sharing tu, ramai yg nk baca selanjutnya, so klik & masuklah blog kita betul tak. Jika entri kita menarik, maka bertambahlah lg peluang utk org ‘Like’ post tersebut.
Tapi agak leceh jugakkan kalau setiap kali post, korang mesti kena ‘copy’ URL entri tu & ‘paste’ kan dkt Facebook..proses yg agak slow sedikit bukan? So, oklah post kali ni nak share bagaimana nak mempercepatkan proses korang nk sebarkan atau sharekan entri blog korang ke dalam Facebook dgn cepat sikit & seterusnya menjimatkan masa.
Untuk tujuan murni ini, kita perlu install satu plugin WordPress yg bernama ‘WP FB Like’ yg direka oleh Ferri Sutanto. Cara nak installnya ialah jika anda menggunakan WordPress platform versi 2.9.2 ke atas, anda boleh automatik install melalui admin page anda. Pegi sj dekat Plugin section, klik “Add New” dkt atas tu & search ‘WP FB Like’. Bila dah jumpa klik install je. Tapi jgn lupa peringatan aku, sebelum install mana2 je plugin, rajin2kanlah backup database blog korang dulu ye, takut nanti malang tak berbau..nanti ada plugin yg tak compatible kang, habis corrupt blog, sape yg susah nanti?
Bila dah siap install, kemudian klik ‘Activate’. Sekarang plugin tersebut dahpun aktif, untuk mengubah setting pula skrg pergi dkt sidebar, pilih ‘Settings’ klik ‘Facebook Like’. Nanti korang dpt tengok setting page seperti di bwh ok:

dekat sini, setting yg paling penting nya ialah: (rujuk nombor dlm gambar)
1-Untuk paparkan button ‘like’ samada di ‘page’ atau ‘post’/homepage
2-Nak letak button like tu sebelum post atau selepas post,atau dua2 pun boleh atau nk letak manual pun boleh(pakai code)
3-Styling tu utk pengguna yg mahir yg nak adjust secukup rasa setting posisi button tersebut
4-Pilih samada nak paparkan button ‘like’ biasa atau bersama bilangan ‘like’ yg diterima
5-Kalau nak paparkn sekali FB profil pic org yg like post anda tu
6-Adjust saiz button td(ruang utk button dipaparkan)
7-Pilih samada nak buton tu bertulis ‘Like’ atau ‘Recommend’
8-Jenis font yg nak pakai utk button
Selepas mengubah setting plugin ni,korang bolehlah lihat preview button yg akan keluar nanti dkt bahagian bawah sekali ok. Jika semua sudah siap & ok, apa lagi, klik je button ‘Save Changes’. Lepas tu cubalah lihat blog korang, sekarang dah ada keluar ke belum button ‘Like’ Facebook td ye? Kalau dah keluar, maknanya semua dh siap! Tapi kalau belum keluar,maknanya ada sesuatu tak kena pd setting plugin tadi tu.
Sekarang korang sndiri & pembaca2 blog yg datang ke blog korang tu, mudahlah sikit utk diorang share/Like entri yg ditulis seandainya memang mereka suka & ingin kongsikan pd rakan lain di Facebook..tapi kalau pembaca tak nak Like, nak buat mcmn? nasiblah hehe..mungkin kene improve dr segi penulisan & sebagainya…Oklah, tips dari sy, mana2 je post yg korang tulis, silalah Like sendiri post korang tu..supaya nanti mudah sikit kawan2 FB korang tau tentang entri tersebut..best tak! Kalau rasa ada nak tanya/komen sila jgn malu & segan utk tulis kt bawah ok! Salam jomkongsi & jumpa lg!
Oh sblum terlupa, jangan lepaskan peluang utk mendapatkan E-book percuma ni dr page ‘Download‘ ok!



Popularity: 12%
Entri lain yg mungkin berguna untuk korang:

thanks utk tips ni! lepas ni dah ada blog, boleh la sy refer tips kat sini. cantik design ebook, boleh upah design ke?
terima kasih atas info ini.
best2!
@alamanda:
terima kasih, boleh je nk upah design hehe
@ecardblog:
sama2, jgn lupa masuk sini lg!
tips ni sangat bagus..tahniah
@munib:
terima kasih!
rajin2lah masuk sini!
Nice tips…I’ll try it…
tq for sharing…