6:12 pm - Tuesday May 22, 2012

Cara Memasang Feedburner Pada Blog Anda

Ingin beriklan di sini? Emel: admin[at]jomkongsi.info

Cara Memasang Feedburner Pada Blog AndaSalam semua, pada kali ini kami ingin berkongsi dengan pembaca semua mengenai satu tutorial ringkas iaitu bagaimana caranya untuk memasang Feedburner pada blog WordPress anda atau pada mana2 platform blog yg lain. Tetapi dalam contoh ini kami hanya menunjukkan cara pemasangan pd blog WordPress shj & sepatutnya sama sahaja untuk Blogspot.com.

Tutorial-pasang-feedburner
Tahukah anda apa itu Feedburner? Pada umumnya ia adalah servis untuk:

  • Mengira berapakah bilangan pembaca/subscriber untuk blog anda
  • Tools untuk Podcasting
  • Boleh memasukkan Iklan Google Adsense kedalamnya (boleh buat duit)
  • Memaklumkan pd enjin carian blog setiap kali anda ada post yg baru (trafik ke blog? seo?)
  • Menggabungkan sekali dengan akaun Flickr, Amazon & feed dari Delicious

Oklah kita terus ke langkah2 pemasangannya:

  1. Dapatkan url ataupun alamat ‘feed’ blog WordPress anda yg asal (*rujuk cara dibawah)
  2. Pergi ke Feedburner.com, anda mestilah register/login dulu dgn Feedburner
  3. Bila dah login, sekarang ‘Paste’kan url feed anda yg asal pada ‘text box’ yg disediakan:
    yg bertulis “Burn a feed right this instant. Type your blog or feed address here:” tapi jangan tanda apa2 pada “I am a podcaster!
  4. Sekarang klik ‘Next’, tggu sekejap kerana Feedburner tgh mengumpul data feed blog anda
  5. Sekarang klik ‘Activate Feed!’: Satu notis akan dipaparkan bahawa feed Feedburner anda telahpun siap! tetapi untuk memasukkan satu ‘text box subscribe’ pd blog anda, sila ikuti step 6
  6. Pada masa ni, sila klik ‘Skip directly to feed management’
  7. Sekarang klik pd tab link ‘Publicize’
  8. Di sebelah kiri, klik ‘Email Subscriptions: Offer feed updates via email’
  9. Sekarang pilih ‘Feedburner’ sebagai pilihan, lepas tu klik ‘Activate’
  10. Di langkah terakhir ini, akan keluar satu halaman yg memaparkan ‘Subscription Management’-
    di sini ada dua jenis kod yg disediakan. ‘Subscription Form Code‘ dan juga ‘Subscription Link Code‘. Apa yg kita perlukan adalah ‘Subscription Form Code‘ (kod yg lebih pnjg). Sekarang anda ‘Copy’ sahaja semua kod itu, dan ‘Paste’kan pada ‘Notepad’ terlebih dahulu. (Ikuti step 11 atau 12)
  11. Login ke WordPress panel anda, pergi ke link ‘Design’, jika tema blog anda menggunakan ‘Widget’, sekarang klik Widgets. Klik ‘Add Text’. Klik ‘Save Changes’. Lepas tu klik ‘Edit’ Text tadi. Sekarang ‘Paste’kan kod Feedburner tadi di ruangan yg tersedia. Klik ‘Change’ dan klik ‘Save Change’ sekali lagi. Sekarang sudah siap jika anda menggunakan tema Widget-based.
  12. Jika tema WordPress anda tidak menggunakan widget, klik tab ‘Design’ , klik ‘Theme Editor’, dan pilihlah file mana yg anda mahu edit. Kebiasaannya ‘Sidebar.php’. Sekarang ‘paste’kan kod Feedburner tadi di bahagian mn yg anda rasa perlu. Klik ‘Update File’ dan Siap! Untuk step ini, anda perlu bereksperimen sendiri di bahagian mana anda mahu ‘Subscribe Box’ itu dipaparkan ok!

*cara untuk mendapatkan link feed url default bagi blog WordPress anda, cuba salah satu dari dibawah:

  • http://DomainAnda.com/feed/rss2/
  • http://DomainAnda.com/wp-rss.php
  • http://DomainAnda.com/wp-rss2.php
  • http://DomainAnda.com/wp-rdf.php
  • http://DomainAnda.com/wp-atom.php
    ~tukarkan ‘DomainAnda’ kepada nama betul domain anda.
    Cara untuk mengujinya betul atau salah adalah anda mencuba sendiri url tersebut di browser internet anda. Sila lihat contoh ini. Jika ada ‘contents’ yg sama formatnya seperti contoh tadi dipaparkan, itu bermakna url tersebut adalah betul.

Ok, jika ada bahagian mn yg anda kurang faham bolehlah bertanya kt sini ok!
Untuk post yg akan datang, kami akan tunjukkan pula bagaimana caranya untuk ‘customize’ ataupun hias design ‘Subscribe Box’ Feedburner blog anda seperti contoh ini.

Jadi jangan lupa untuk memasukkan email anda di sini, supaya anda dapat terus menerima tips2 yg berguna dari kami ok!

Ada pandangan ingin dikongsi? JomKongsi info!

Popularity: 16%

Entri lain yg mungkin berguna untuk korang:

  1. 5 Aspek Yg. Patut Ada Pada Blog Bisnes Anda
  2. 5 Perkara Utama Selepas Pemasangan Blog WordPress
  3. SEO Blog Anda Untuk Enjin Carian
  4. Kenapa Anda Tidak Patut Menggunakan Blogger Untuk Blog Bisnes Anda
  5. Cara Mudah PrintScreen Guna Keyboard Shortcut
Filed in: Tips Blogging, Tutorial

16 Responses to “Cara Memasang Feedburner Pada Blog Anda”

  1. 7 November, 2008 at 8:51 pm #

    aku sebenarnya malas nak godeh godeh feedburner…tapi mau tak mau terpaksa gak buat. SEO punya pasal. ada betul ke SEO nyer pasal? aku tatau. orang cakap aku ikut jer.

  2. 7 November, 2008 at 9:30 pm #

    terima kasih. atas post ini. wa sayang you all.

  3. 8 November, 2008 at 1:37 am #

    @taukey:
    haha bagusla, taukey.
    benda ni ada sedikit sbnyak berkaitan SEO, sbb apabila kita ada post baru, maka servis Feedburner ni akan ‘ping’ search engine blog dan sudah pasti peratusan blog kita untuk lebih diindex oleh enjin carian yg biasa meningkat.

    @secret:
    sama2 secret! thanks kerana menyokong kami! :)

  4. 9 November, 2008 at 8:42 am #

    tq…post yang bermanfaat pada saya.

  5. 9 November, 2008 at 10:12 am #

    ye alif, sama2! thanks sbb masuk sini!
    dtg2 la lagi orait! bnyk lagi tips2 blogging & buat duit yg BEST!!!

  6. 12 November, 2008 at 10:23 pm #

    salam…
    tq kerana cara nak buat box feedburner…
    now..blog sy dah ada feed..
    mMmmmm…
    bila nak ajar plak tutorial nak hias box feed tue..
    hehehehe

  7. 12 November, 2008 at 10:48 pm #

    oo syabas aliff! :)
    jgn risau, nnti kita akan buat tutorial tu secepat mgkin ok!
    bukan apa, bnyk sgt info yg ingin dikongsi kt sini hehe…tunggu ye!

  8. sara
    14 November, 2008 at 2:06 pm #

    hi…
    nak tny, url feed tu apa?

    sori, bengap sket…

  9. 14 November, 2008 at 3:43 pm #

    hmm mcm ni je sara, RSS tu singkatan utk Really Simple Syndication yg bermaksud versi simple@ ringkas laman web/blog cik sara. Biasanya mengandungi text & juga beberapa gambar sahaja. klau xberapa faham lagi nnti kita buat satu post ok! :)

  10. 7 December, 2008 at 12:03 am #

    Salam..saya pun baru nak cuba-cuba pasang fed burner ni.seriau jugak sebab silap buat..payah nak betulkan..nak buat permalink pun tak jadi-jadi..berjam-jam..

    Sama mcm soalan Sara tu, kita guna URL tu /web atau /blog..Maaflah saya budak baru belajar.

  11. 2 August, 2009 at 9:59 pm #

    payah betul nak pasang.sampai sekarang tak dapat-dapat lagi.

  12. 6 November, 2009 at 7:56 pm #

    saya dah cuba buat dah….sangat bagussssssssssssss!!!!!!!!!

  13. 20 January, 2010 at 2:21 pm #

    salam sejahtera… imabiz ade menghasilkan ebook edisi percuma Panduan Feedburner yang boleh di download di Imabiz Dot Co.Cc

  14. 11 April, 2011 at 12:08 pm #

    Salam,

    Saya da cube & sudah jadi. terima kasih byk2. skrg saya nak cari cara2 pasal cloud tag pula :)

Trackbacks/Pingbacks

  1. Whole day scripting I feel so tired but enjoy | firdahus' page - 12 November, 2008

    [...] suka tu.. Then kalau korang nak pasang feedburner kat website korang pulak, boleh je baca post dari jomkongsi.info [...]

  2. Cara Hias Subscribe Box FeedBurner Blog Anda | JomKongsi Info Blog - 13 November, 2008

    [...] Kali ini kami nak kongsi satu tutorial blogging bagaimana nk menghias atau ‘decorate’ kotak ’subscribe’ Feedburner blog anda. Sebagai contohnya anda boleh lihat pd blog ni di sebelah tu yg bertulis “Baca Tips Terbaru Melalui Email:”. Tapi untuk itu, semestinya blog anda sudah dipasang dgn subscribe box feedburner tersebut. Baca kat sini utk cara memasang subscribe box Feedburner. [...]

Leave a Reply


+ 6 = 13

CommentLuv badge