
Pernahkah anda berhadapan dgn situasi Ditipu Skim Cepat Kaya atau Perniagaan Scam? Tidak kiralah melalui internet ke..secara offline ke..surat berantai ke..scam sms ke atau apa-apa je berkaitan penipuan duit. Pada yg tidak pernah ditipu bisnes haram tu, anda bernasib baiklah kerana wang anda masih tidak melayang begitu sahaja..tapi pada yg pernah terkena penipuan skim cepat kaya/perniagaan scam ini, kami turut bersimpati & berharap agar ianya menjadi pengajaran kepada orang ramai yg masih belum terjebak dgn gejala penipuan/ bisnes scam ini.
Pada kami, bisnes scam ini boleh dikelaskan kepada beberapa kumpulan, antaranya:
- Skim Cepat Kaya (ini mmg direct kene dgn namanya)
- Pengambilan wang deposit secara tidak sah (skrg bnyk yg berselindung dgn nama lain yg lebih korporat)
- Skim Piramid (kadangkala dipanggil Skim Matrik atau juga dikenali sebagai Sskim “Jariah” atau “Sumbangan Amal”)
- Peraduan Gores dan Menang
- Cabutan Bertuah
- Penipuan dalam perniagaan (mendapat untung besar dr penyimpanan stok dll)
Tujuan entri kali ini adalah hanya sekadar memberi anda beberapa langkah yg perlu diambil setelah anda menyedari anda terlibat dan Ditipu Skim Cepat Kaya atau Perniagaan Scam seperti yg disebutkan diatas tadi. Mungkin bagi sesetengah anda, ada yg tidak tahu ke mana untuk membuat aduan jika berlaku kejadian ditipu bisnes/skim tertentu & sebagainya.
Oklah, sebaik sahaja anda menyedari anda ditipu..atau anda menghidu tindak tanduk bisnes scam atau bisnes menipu ini, anda bolehlah terus menghubungi mana-mana agensi berkaitan seperti dibawah ini. Dan jgn lupa, buatlah aduan atau laporan anda tersebut dgn sejelas-jelasnya supaya memudahkan pihak berwajib untuk menjalankan tugas mereka menyiasat syarikat yg disyaki tersebut:
1. Bank Negara
- Aduan melibatkan Skim Cepat Kaya/ Pengambilan wang deposit secara tidak sah
Jabatan Komunikasi Korporat,
Bank Negara Malaysia,
P.0.Box 10922,50929 Kuala Lumpur.
Hotline : 1-300-88-LINK (5465)
Faks : 03-2174 1515
Website : http://www.bnm.gov.my
Email : bnmtelelink@bnm.gov.my
2. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)
- Aduan melibatkan Skim Piramid, peraduan gores dan menang, cabutan bertuah
- Sebarang isu berkaitan hak cipta harta intelek, barangan tiruan serta cetak rompak
No 13, Persiaran Perdana,Presint 2,Putrajaya, 62623, Malaysia.
Hotline : 1800-886-800
Telefon: 603-8882 5500
Faks : 603-8882 5762
Laman web: http://www.kpdnkk.gov.my/
3. Polis DiRaja Malaysia (PDRM) - Laporan polis boleh di buat (juga di balai berhampiran) sekiranya ianya adalah disyaki menjurus kepada aktiviti penipuan yang mana boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 420, Kanun Keseksaan. Sila majukan maklumat-maklumat berkaitan suspek kepada pihak Polis untuk rujukan dan tindakan selanjutnya.
Berikut adalah maklumbalas yg kami terima daripada pihak SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia), yg menyatakan mereka tidak dapat mengambil tindakan apa-apa ke atas bisnes scam di internet jika ianya tiada bukti yg kukuh. Tetapi pihak SKMM tetap akan bekerjasama dgn pihak berwajib yg lain dlm membanteras penipuan melibatkan dunia internet.
Untuk makluman pihak tuan, bagi penipuan bisnes di internet, pihak SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) tidak dapat mengenalpasti kesahihan operasi syarikat/laman web yang wujud di internet memandangkan ianya boleh dicipta/dihantar oleh pelbagai pihak atau mana-mana individu untuk tujuan-tujuan tertentu.
Sebagaimana pihak tuan sedia maklum, internet sebagai medium perantaraan untuk berkomunikasi boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti termasuk yang salah disisi undang-undang. Oleh itu, umum adalah dinasihatkan untuk meneliti terlebih dahulu kesahihan dan mempertimbangkan kewajaran kandungan emel/laman web tersebut berdasarkan perspektif masing-masing.
Pihak SKMM sentiasa bersedia berkerjasama dengan pihak polis atau pihak berkuasa lain sekiranya diperlukan bantuan di dalam penyiasatan mereka berhubung perkara ini.
Kami berharap agar entri kali ini sedikit sebanyak dpt membantu pembaca semua dalam menghadapi masalah jika Ditipu Skim Cepat Kaya atau Perniagaan Scam nanti. Cuma kami berharap agar awaslah kegiatan anda dalam menguruskan kewangan anda..ke mana anda gunakan wang anda..biarlah ke tempat yg betul & sesuai dgn syarak…jangan hanya fikir nak cepat kaya: harta,masa & maruah tergadai…salam kongsi info dari kami!
Ikuti entri kami yg akan datang bertajuk ‘Satu Benda, Banyak Nama’..moga berjmpa lagi..& jika anda ada apa-apa yg ingin dikongsi, silalah hantarkan ke ruangan komen di bawah atau hantarkan artikel penulisan anda ke admin[at]jomkongsi.info atau hantar je DI SINI.
Popularity: 2%
Entri lain yg mungkin berguna untuk korang:

thanks for the info! lepas ni bolehla kita repot pada pihak berkuasa kalau ader bisnes penipu ni
salam.
Ada 1 penipuan pd 2010 oleh 1 syarikat yg didaftarkn d SSM atas nama Noor Farizan bte Ahamad. Saya tau orang ini dimana, tp saya tak tau apa bentuk penipuan dan nama syarikat dia. Yg saya dgr, jumlah penipuan mmg capai juta.