Salam & selamat sejahtera semua..
kali ni kami terpanggil untuk berkongsi beberapa kisah panas yg menjadi bualan media beberapa hari ni berkaitan Skim Cepat kaya, MLM scam & Perniagaan Sistem Piramid.
Pernah tak anda sertai MLM(Multi Level Marketing)? Pernah tak anda ditipu bisnes MLM ni? Bolehkah bisnes MLM ni boleh buat anda dapat duit & kaya cepat? Bagaimanakah pengalaman anda dgn MLM? Halal atau haramkah bisnes MLM ni? Kami rasa, perlbagai2 jawapan yg bermain dalam kotak fikiran anda semua..ada yg cakap MLM ni boleh buat duit..ada yg cakap diri sendiri pernah ditipu skim MLM…ada yg cakap MLM banyak yg haram..ada yg cakap, MLM yg dia join tu lah yg halal…dan macam2 lagi..oklah pembaca semua..jawapan yg dlm kepala anda tu, anda simpan atau kongsi2kanlah di ruangan komen ye…
Ada satu lagi soalan dari kami, bagi yg pernah join atau dah pun join dulu, atau sekarang masih terlibat dlm MLM ni..kami nak tanya..”bagaimanakah cara upline anda ajak, pujuk or paksa anda sertai MLM diorang?” adakah dengan cara tulus & ikhlas…atau adakah dgn cara menipu terus terang? atau dgn cara menunjuk2 harta diorang yg diperolehi dari bisnes MLM tersebut kononnya? atau macam2 lagi? (jawapan sila kongsi di ruangan komen ye!)
Oklah, apa yg kami ingin kongsikan kali ini adalah beberapa paparan menarik & hangat mengenai satu bisnes MLM yg bernama ‘XXX’ (dirahsiakan) yg baru sahaja kantoi dalam menipu ahli2 untuk menyertai skim bisnes MLM diorang…antara kemahiran hebat mereka dalam memperdaya bakal ahlinya adalah dengan menunjuk2 harta ‘kepunyaan’ mereka kepada bakal mangsa..kebanyakan orang yg menjadi target mereka adalah golongan kakitangan kerajaan yg mana berpendapatan rendah & yg terdesak…dengan mengatakan mereka sudah kaya & silalah jadi macam mereka..dibwh ini, kami kongsikan beberapa keratan artikel akhbar tersebut mengenai MLM yg kantoi ini…
Bagi mereka yg dah terkena dgn taktik mereka ini, kami tak dapat buat apa2 utk menghalangnya..tapi pd mereka yg belum terkena & terjerat..kami harap, entri kali ini akan menjadi tatapan & sebab untuk anda berfikir dahulu sebelum menyertai mana2 skim bisnes MLM ini…tidak kira MLM online atau MLM konvensional..(offline)
Harian Metro hari ini 30 Julai 2010
KUALA LUMPUR: Seramai 16 daripada 50 lelaki yang ditahan berhubung penipuan skim cepat kaya, Rabu lalu disambung reman sehingga 2 Ogos depan bagi membantu siasatan. Ketua Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa berkata, 34 lelaki dan sembilan wanita yang turut ditahan telah dibebaskan selepas tempoh reman ke atas mereka berakhir hari ini.
“Seorang wanita berumur 23 tahun yang disyaki mendalangi skim cepat kaya itu masih diburu dan polis percaya dia masih berada di sekitar Lembah Klang,” katanya di sini hari ini.
Beliau berkata, siasatan polis mendapati skim itu tidak mempunyai sebarang lesen perniagaan dan polis masih mengumpul maklumat mengenai skim berkenaan.
Dalam serbuan Rabu lalu di Sunway, polis menahan 59 individu yang mendakwa menjalankan perniagaan jualan langsung, namun tidak mempunyai pendaftaran syarikat dan bergerak bebas mencari mangsa termasuk kakitangan kerajaan.
Ketika serbuan polis merampas 18 kereta mewah antaranya BMW 5 Series, Nissan Fairlady dan Mitsubishi Evo Lancer yang mana kereta itu digunakan sebagai umpan untuk memperdayakan orang ramai. -Bernama
So, pada orang ramai…jika anda dihampiri kawan2 atau saudara mara..atau pihak2 yg tiba2 sahaja datang kepada anda & mengajak anda untuk menyertai bisnes MLM mereka…sila selidik dahulu ok…kami bukan bias terhadap mana2 program MLM, tapi kami nasihatkan anda sila selidik dahulu sebelum join ok..kalau ada antara upline tersebut suka sangat menunjuk2 harta mereka umpama kereta2 mewah..duit2 bertimbun tu..awaslah sedikit ok..sekurang2nya anda jadilah seorang yg bijak membuat keputusan..jangan sampai dah tertipu, barulah menyesal…kadangkala sesuatu perkara ni adalah ‘too good to be true’ kata orang putih..dlm bahasa melayunya, bolehlah dikatakan sbg ‘terlalu hebat atau indah utk dipercayai’…
akhir kata dari kami, awasilah org2 yg tiba2 datang & hampiri anda utk bercerita mengenai bisnes MLM mereka..mana tahu mereka adalah salah seorang dari kumpulan ini atau yg menggunakan teknik sama utk mengumpan anda…jika ada apa2 komen atau sekadar ingin berkongsi pengalaman & info, sila hantarkan pd ruangan komen dibawah ok!
salam jomkongsi info dari kami!
Join the Conversation!
So please keep it constructive. If we’ve made an error or missed something big, please let us know! Learning is revisions, after all.
Popularity: 6%
Entri lain yg mungkin berguna untuk korang:





KUALA LUMPUR: Kumpulan sasarannya ialah kakitangan kerajaan berpendapatan rendah yang dimomokkan dengan keuntungan amat lumayan mencecah enam angka serta kereta mewah bernilai ratusan ribu ringgit setiap satu.
Setiap kali pertemuan, deretan kereta mewah milik ‘upline’ antaranya BMW 5 Series, Nissan Fair Lady, BMW Z4 Spider, Mitsubishi Evo Lancer serta Nissan GTR Skyline akan diparkir di hadapan kafe atau restoran yang menjadi lokasi perjumpaan bagi memancing mangsa, selain menggambarkan keuntungan luar biasa yang bakal diperoleh.
Itu taktik digunakan satu sindiket skim cepat kaya yang mengaut keuntungan atas angin dan aktif sejak tiga tahun lalu, kini disertai ribuan ahli di seluruh negara dengan majoritinya kakitangan kerajaan.
Berselindung di sebalik nama kelab riadah dan keluarga, sindiket itu menawarkan pelaburan eksklusif dengan menjalankan perniagaan jualan langsung berasaskan produk makanan kesihatan sedangkan ia palsu.
Modalnya juga bukan sedikit kerana ahli perlu membuat pelaburan sekurang-kurangnya RM41,000 sedangkan pulangan yang diterima tidak mencecah RM5,000 sebulan.
Sesi perbincangan untuk berkongsi pelan pemasaran tidak berakhir dalam sehari. Dalang yang juga upline berpura-pura akan berkongsi keuntungan dan membantu mencarikan modal pelaburan melalui pinjaman bank yang akan diluluskan segera.
Selain kereta mewah, dalang lintah darat terbabit sentiasa bermegah-megah dengan barangan mewah dan menceritakan pendapatan mencecah puluhan hingga ratusan ribu ringgit sebulan.
Segala taktik itu terbongkar apabila lokasi pertemuan ahli kelab terbabit diserbu Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, JSJK Selangor dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi (KPDNKK) melalui Ops Serama di Pusat Perniagaan Mentari, Bandar Sunway, dekat sini, kira-kira jam 11 malam kelmarin.
Ketua Penolong Pengarah (Operasi) JSJK Bukit Aman, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa, berkata bertindak atas maklumat dan laporan orang ramai pihaknya menyerbu empat restoran dan menahan kira-kira 100 ahli serta dalang skim terbabit.
“Mereka tidak mempunyai pendaftaran syarikat dan bergerak bebas mencari mangsa yang juga kakitangan kerajaan muda serta berpendapatan rendah. Pada peringkat awal, mangsa diminta membuat pelaburan RM41,000. Jika mangsa tidak berkemampuan mereka akan menawarkan pelaburan RM13,000 dan paling rendah RM2,000.
“Namun, dek kerana tamak, ada yang sanggup meminjam daripada ahli keluarga dan saudara-mara untuk melabur dengan modal tinggi kerana dijanjikan keuntungan lebih besar,” katanya sambil memberitahu skim itu menjalankan pelaburan berkonsepkan piramid.
Rohaimi berkata, jika mangsa gagal mendapat pinjaman daripada institusi kewangan, sindiket itu akan bekerjasama dengan koperasi yang ‘tenat’, namun jika gagal mendapatkan pelabur baru untuk melangsaikan hutang, mereka akan menerima ugutan dan ancaman ala along.
“Dalam serbuan itu kami menahan beberapa dalang yang sedang memperdayakan mangsa untuk melakukan pelaburan dan merampas 17 kereta mewah menggunakan nombor pendaftaran 8282, 925 dan 3399 yang menjadi simbol identiti sindiket itu.
“Dalang terbabit memujuk serta meyakinkan mangsa terutama mereka yang bekerja sebagai penjawat awam, badan berkanun atau syarikat swasta yang mempunyai panel dengan institusi kewangan kerana mudah membuat pinjaman melalui skim potongan gaji atau Biro Angkasa,” katanya ketika ditemui di lokasi operasi.
Menurut Rohaimi, pihaknya sudah sebulan melakukan intipan dan memerhati pergerakan sindiket penipuan terbabit dan pihak KPDNKK juga menerima lebih 30 laporan berhubung kegiatan itu.
“Selepas mengambil keterangan, kami menahan 50 lelaki dan sembilan wanita dipercayai ‘orang kanan’ sindiket terbabit mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan direman sehingga esok.
“Siasatan awal juga mendapati, mereka tidak mempunyai sebarang lesen jualan langsung serta pendaftaran syarikat. Segala transaksi pemindahan wang dimasukkan ke dalam akaun individu upline masing-masing,” katanya.
Sementara itu, Penolong Pengarah Kanan KPDNKK Putrajaya, Shahrudin Hamzah meminta orang ramai berhati-hati dengan sebarang skim pelaburan cepat kaya dan berkonsep piramid.
“Mereka boleh mendapatkan maklumat melalui laman web KPDNKK bagi mengesahkan sama ada syarikat yang menjalankan aktiviti jualan langsung itu berdaftar atau tidak. Mereka yang meragui kesahihan perniagaan itu diminta membuat laporan di pejabat KPDNKK untuk tindakan selanjutnya.
“Skim cepat kaya ini kebiasaannya menyebabkan mangsa terjebak masalah kewangan, kekeluargaan dan kemasyarakatan serta menjejaskan prestasi kerjaya. Ini perkembangan tidak sihat untuk penjawat awam,” katanya.
HMETRO
KL. JUL29 10: Keghairahan golongan muda yang ingin mendapatkan keuntungan cara mudah melalui satu skim jualan langsung (MLM) dengan cara mencari orang bawahan yang mampu melabur sehingga RM41,000 musnah apabila mendapati mereka sebenarnya ditipu.
Modus operandi sindiket tersebut ialah dengan mengedarkan risalah di sekitar kawasan perniagaan dan perumahan di Subang Jaya. Risalah tersebut mengandungi kata-kata manis untuk mengecap kekayaan dengan usaha yang minimum.
Anggota-anggota sindiket itu pula akan menggunakan kereta-kereta mewah seperti BMW pelbagai siri, Mercedes Benz, Toyota Aplhard dan Nissan Fairlady setiap kali hadir menyampaikan ceramah di lokasi-lokasi yang ditetapkan. Difahamkan, kesemua kereta itu didaftarkan dengan digit nombor yang sama bagi meyakinkan orang ramai.
Mangsa-mangsa dikehendaki membayar antara RM10,000 dan RM41,000 mengikut pakej yang ditetapkan dan perlu mencari orang bawahan bagi melayakkan mereka menerima imbuhan iaitu sebanyak RM2,500 dalam tempoh tiga hari.
Bagaimanapun, kegiatan penipuan sindiket yang beroperasi di Subang Jaya sejak dua tahun lalu itu terbongkar apabila seramai 59 ahli sindiket termasuk sembilan wanita ditahan selepas polis menerima tiga laporan daripada mangsanya yang terdiri daripada kakitangan kerajaan.
Serbuan pada pukul 10 malam kelmarin di dua buah restoran di kawasan Mentari Court Subang Jaya itu dilakukan ketika ahli sindiket berusia dalam lingkungan 20 dan 30-an itu sedang leka mengadakan ceramah. Difahamkan, ketika serbuan terdapat lebih 30 pengunjung berada di situ.
Ketua Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Asisten Komisioner Rohaimi Md. Isa berkata, selain pulangan wang, sindiket itu juga menawarkan hadiah berupa barangan serta percutian.
Katanya, mangsa yang gelap mata akan mudah terpedaya dengan imbuhan serta hadiah yang ditawarkan dan terus membuat pinjaman untuk melabur ke dalam skim tersebut.
“Sindiket juga membantu menyediakan bantuan kewangan bagi pelabur yang berminat. Mereka kemudian akan mengarahkan mangsa supaya mencari orang bawahan bagi merancakkan perjalanan wang tersebut.
“Itu hanyalah taktik sindiket di mana mereka akan menggunakan wang yang dicari daripada orang bawahan untuk dibayar kepada pelabur berkenaan dan begitulah seterusnya. Skim tersebut sebenarnya tidak membuat sebarang keuntungan,” katanya ketika ditemui di sini semalam.
Rohaimi berkata, tiga kakitangan kerajaan yang membuat laporan polis tersebut mendakwa mereka ditipu sindiket berkenaan apabila langsung tidak menerima pulangan wang yang dijanjikan. (Kosmo! Online)
Blog Ibnu Hasyim: Orang ramai perlu berhati-hati dan konsep ‘nasihat-menasihati’ seperti yang disuruh agama perlu diperluaskan.
==========
from blog IbnuHasyim
selamat sejahtera…
sy mar adalah salah seorang mangsa perniagaan MLM ini…
oleh kerana terlalu taksub untuk mendapatkan duit yang banyak,pada mula nya tanpa berfikir panjang saya ingin menyertai mereka.. tapi malang setelah saya sedar risiko akan yang bakal saya hadapi, saya cuba ingin menarik diri tetapi sayang mereka perangkap saya dengan menyatakan bahawa mereka telah bantu saya dengan melaburkan terlebih dahulu duit mereka supaya saya dapat income cepat. tapi semua itu adalah alasan supaya saya tidak dapat lari dari mereka… oleh kerana saya telah mempunyai untang dengan mereka saya terikat dan tidak boleh berundur diri lagi… sekarang ini saya terpaksa menanggung hutang yang banyak.. saya merasa kesal sangat dengan apa yang telah terjadi.. saya tidak tahu apa yang harus saya lakukan sekarang…
kami simpati terhadap sedari..moga sama2 mengambil iktibar & teladan dr kisah saudari yg ditipu MLM cepat kaya ni..
jadi duit yg sedari laburkan tu tak dapat claim balik lah ye?
kesian sgt..moga2 org yg menipu sesama islam tu, diberi balasan yg setimpal dgn perbuatan mereka…
p.s: agak2 berapa ringgit duit sedari yg telah mereka tipu tu? boleh share dgn pembaca2 semua…
tidak semua MLM menjalankan penipuan. Hanya yang menjanjikan untung dan tiada jualan barang menunjukkan itu adalah pelaburan dan ia adalah haram kerana sentiasa menjanjikan keuntungan setiap bulan. Orang melayu nak untung cepat dan malas utk berusaha sebab itu senang ditipu. Tiada usaha manakan dapat hasilnya.
MLM yg ada jualan barang bleh jadi tipu bila org2 yg x bertanggungjawab x fokus pada jualan + kelebihan barang2 tu..sibuk citer plan+downline.. ramai sgt yg jadi camni sbb bila jual barang2 lambat kaya.nak cepat cari org berapa ramai+jual barang tu sekali..hampeh!!!
betul tu saudara, MLM skrg ni dah bnyak terpesong…duk promote sistem & money game sahaja kebanyakannya…tujuan nk jaul produk & kelebihan produk dah tak dicerita dah masa nak tarik downline..tp yg diceritakan adalah contohnya, ambil pakej A dpt RM5k sebulan…ambil pakej B dapat RM10k sebulan…etc..
last2, produk entah kemana…duit pun hilang tah kemana…yg makin kaya, orang atasan a.k.a upline makin bnyak buat duit…
susah dah nak percaya skim MLM sekarang…banyak yg scam…belum lg campur MLM skim dr internet…,jual ebook entah apa2…semua tu skim piramid je…
Kalo bisnes promosi website tuh menipu tak?
or haram x?
@ila:
sedari ila maksudkn apa ye? agak kurang faham…
kalau yg macam promosi website yg beerdasarkan multi level tu, ada kemungkinan haram la..lebih2 lg kalau tiada produk & money game…
ouhh kalo haram mmg kene jauhkan la kn..
money game cemana plak?
mostly bisnes kt internet ni haram la kn?
@ila:
em mcm ni cik ila, ye betul bisnes yg haram & syubhah(ragu2) mmg perlu dijauhkan..
money game tu pula maknanya..sesebuah bisnes/MLM tu, die tak utamakan produk jualan sgt..tapi lebih kepada tumpukan pd sistem itu sendiri yg memfokuskan mcm kalau dpt downline 2 org, akan dpt komisyen bnyk ni..bnyk ni..kalau dpt cari downline 5 org, akan dpt bnyk ni..ini menunjukkn diorg dah menyatakan bahawa akan pendapatan tu tetap jika kita cari beberapa org yg dikehendaki..atau diorg akan ckp, kalau dpt cari 2org, konpem bulan2 akan dpt RM3 ribu katakan…so, itu sudah salah,haram jika bisnes tu kita xbuat apa2 tp konpem dpt income bulan2…hanya dgn cari downline je..so ini adalah money game & bkn fokus kpd perkhidmatan/produk yg diorg jual…kdg2 ada MLM yg hanya produk diorg seperti penapis air yg dikatakan hebat..batu magnet kesihatan la..padahal produk tu entah apa & xberkualiti lgsung..tapi nk join tu mau beri-ribu..itulah money game…
mengenai bisnes internet pulak, takdela kesemuanya haram..mcm td sy bgtau, kalau yg mcm tu barulah haram…cntoh haram yg lain adalah spt surat berantai internet…si A join, & bank in duit ke si B yg di level 1,si C dilevel 2, si D dilevel 3, lepas tu masukkan nama dia di level 3 selepas si B dianjak keluar namanya sebab dah lepas cycle level..lepas tu orang lain yg join akan buat mcm si A td jgk..so cycle ni akan pusing2 mcm tu…mcm surat berantai la..ini mmg haram..kena berhati2 dl internet skrg ni bnyk yg mcm tu…
tapi kalau macam bisnes internet seperti Affiliate ke…atau PayPerClick ke..atau jual barang/produk ebook ke..yg tu tak haram sedari…yg tu mcm sedari jual barang kt kedai je la..mcm kedairuncit berniaga, dpt komisen sket dr harga yg die beli borong tu..tu je…
ada apa2 kemusyikilan lagi or xpaham penjelasan sy?
Thanks untuk info..pada pendapat saya,ramai ahli mlm,bukan semua..yang tunuk kemehawan diorang untuk tarik perhatian orang dan ambik duit dari downline.lepas tu downline pula rugi.Hilang kawan,duit dll.Jadi saya rasa elok jangan join skim cepat kaya ni,kalau nak join pun sebab produk dia takpe.
Isteri saya sudah sangkut hingga sedia menceraikan saya kerana MLM Vemma. Wang simpanan (saya agak) sudah habis. Saya dituduh suami yang tak baik oleh sebab tidak menyokongnya. Saya tidak melibatkan rakan2 saya. Sekarang kami dalam keadaan (separation with intention to leave me). Saya disuruh keluar rumah. Anak beranak dibawa ke adeknya. Apa yang saya boleh buat? Tolonglah. Sedihnya saya. Tidak lama lagi Hari Raya. Saya tinggal di rumah keseorangan. Di mana Mu ya Allah? Memanglah dikatakan “perniagaan” tetapi tidaklah sampai begini. Please someone HELP! Hingga saya mengaku kalah kpd isteri saya. Anak tiga orang. Di seorang guru. Pendapatan tetap tetapi tidak cukup lagi. Mengapa kerajaan kami biarkan skim2 ini begitu saja? Saya menangis ni. Ya Tuhan ku – Tolong hamba ni.
@min:
betul tu min, skim cepat kaya ni mmg patut dihapuskan kerana bnyk menyusahkan orang ramai..tapi mcmn nak buat, sebelum kantoi, mmg susah nak kenalpasti skim cepat kaya ke tak…mintak dijauhkan la..
@Zol Hussein:
astaghfirullah..betul ke sedara? sy turut simpati dgn kejadian menimpa sedara ni..sy agak kurang jelas, tapi sedara maksudkan bahawa isteri sedara join MLM Vemma & sekarang berhadapan dgn masalah sbb terpaksa maintain modal bulanan? dan isteri sedara marahkan sedara sbb tak bantu dia utk maintain dlm Vemma ke?
kalau mcm tu dah kes teruk ni sedara..saya harap sedara dpt ajak isteri sedara utk berunding & berbincang dgn baik…insyaAllah ALlah bersama sedara…
p.s: teruknya Vemma ni, sampai buat keluarga porak peranda…nauzubillah…semoga ALlah membantu sedara Zol Hussein
Kami ada dua buah kereta. Iswara (2004) dan Livina (2009). Saya dah kata kalau tak mampu nanti macam mane? Lepas tu dia join MLM. Saya agak dia dah habis duit simpanan untk menjadi Millionaire/Gold/ Platinum member. Tak sampai dua jam yang lepas, dia suruh saya “Cukup lah. I nak juga rasa hidup senang, bahagia, disayangi dan dihargai”. “Tolong la pergi”. Dua buah kereta, sebuah rumah dua tingkat terrace, 3 orang anak, kerja tetap, suami yang sayang isteri dan anak2nya. Kami bukan miskin tetapi ………
Kalau saya pergi dia akan jual kereta itu. Di kata “Ekcely i want to sell the car so that i’ll have some cash. Ada excess that can last me 3 -4 months”. Memang keretanya. Selepas 3-4 bulan nanti … Apa pulak? Saya disuruh keluar rumah!
Saya agak wang penjualan kereta itu mesti untk menyumbang ke tabung “Millionaire Member atau Platinum Member”. Tak habis habis kena sumbang untk menjadi somebody. Bilalah dia nak sedar diri. Kasihanlah hamba ini, Ya Allah. sumbangan saya ke tabung rumah tangga tidak mencukupi, walaupun makan dan minum, bil-bil, van untk 3 orang anak saya yang membayar. Untk kereta iswara pun saya sedang membayar. Keluar makan tengok wayang saya selalu belanje. Saya seorang guru sambilah sahaje. Rumah dalam nama dia – kereta pun. Kaki tangan kerajaan – Guru! Dah nampak sangat dia kurang duit. Bila lah dia nak sedar diri. Tak henti-henti kesedihan saya ni. Allah Tolonglah hamba ini. Apa nak jadi dengan anak2 kami? Sulung umur 12 tahun – UPSR dalam 2 minggu lagi.
kesian saudara Zol, sy bkn nak mengata apa..tapi isteri saudara tu macam dah hampir derhaka…maaf..
saudara dah cuba nasihatkan dia?
Bagi saya elok kita melalui jalan susah tetapi dengan cara yang halal,daripada cara mudah tetapi haram atau syubhah.Makanan yang kita makan nanti akan jadi darah daging kita juga.
@min:
betul tu min, apa2 pun bisnes yg kita buat@nak buat, referlah dulu pd pokok pangkalnya…halal@ tak…
Kesian juga yeee…..nak buat macam mana tu…….nak salah siapa
Saya buat vemma juga. Tapi ok jee tak ada masalah pun. Kena bekerjasamalah antara suami isteri insyaallah beroleh kejayaan.
@azlan:
alhamdulillah kerana anda salah seorg yg survive bisnes mlm vemma tu..tp berapa ramai yg kecundang…wallahua’lam…
Tk kpd semua yang bersimpati dengan saya. Sudah pun terlewat,isteri saya lebih percaya kpd MLM dp kesucian kasih sayang saya padanya. Kami akan bercerai. Saya redha dgn dugaan ini yang Allah telah memberi kpd saya. Benar juga ada kes2 dimana isteri telah meninggalkan suami kerana MLM. Saya bukan seorang saja yg telah mengalami kesedihan ini. Satu ialah benar – wang ialah sebabnya.
Dengan ini saya ingin meminta maaf, jikalau saya tersilap kata atau telah mengelirukan rakan2 baru dijomkongsi. Saya harap kami akan bertemu lagi di sini – tempat yang saya telah dapat meluahkan kesedihan says. Banyak2 terima kasih.
uiks parah tul sapa yg masuk Vemma sampai cam tue sekali….merosakan nama ahli Vemma jer… orang lain join vemma rilex jer…xder la sampai bazir duit camtue…bahkan leh wat bayar duit keta agi… Sebenarnya bisnes cam Vemma tue dah betul sebab menda tue jual barang…yg x betulnya cara org yg masuk tue gi merepek meraban kejar downline wat apa…? menda tue bisnes air kesihatan bukan suh kejar downline sgt… downline tue automatik jer masuk sendiri… nak bisnes pun kene ada ilmu kalau x memang lingkup…bukan kata vemma… bisnes burger tepi jalan pun kalau xda ilmu bisnes…leh tawakup…huhuhu
wahai teman, bila nak memulakan sesuatu kerja biar la fikir baik buruknya, sama juga dengan perniagaan, memang ada risiko, kecil atau besarnya risiko itu, kita kena selidik dulu, logiknya, latar belakang syarikatnya, hubungan syarikat tu dengan kerajaan.. dan bila kita rasa dah puas hati dengan kesahihannya,, leh la join…dan buat la bersungguh, baru la mendatangkan hasil, 1 lagi, kena minta tunjuk ajar dari yang sudah berjaya..sangat penting..
@gaban:
sy andaikan kamu ahli vemma betul ke? sekadar andaian, apapun betul jgk apa yg ko ckp tu, mesti ada ilmu dlm bisnes..baru leh berjaya
@kassim:
belajar dr yg dah berjaya mmg bagus..tapi harap jgn ada udang sebalik batu dah le