Keratan akhbar berkenaan Cukai Pendapatan Individu dan Potongannya
info berkaitan:
Bajet 2010 tak menyakitkan – PM
HUA HIN, Thailand – Menyifatkan Bajet 2010 sebagai “tidak menyakitkan”, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, rakyat tidak wajar mengeluh terhadap keputusan kerajaan mengenakan cukai perkhidmatan tahunan RM50 ke atas kad kredit utama dan kad caj.Sebaliknya beliau berkata, mereka sepatutnya melihat pelbagai manfaat yang disediakan oleh kerajaan, terutama cadangan pelepasan cukai pendapatan individu daripada RM8,000 kepada RM9,000.
Selain itu, beliau berkata, kerajaan juga bersetuju mengurangkan kadar maksimum cukai pendapatan individu daripada 27 peratus kepada 26 peratus, mulai penilaian 2010.
“Mereka mendapat pelepasan cukai RM1,000 dan pengurangan cukai daripada 27 peratus kepada 26 peratus. Tak kan tak boleh bayar RM50 (cukai kad kredit),” kata Perdana Menteri kepada media Malaysia selepas mesyuarat sehari suntuk antara pemimpin ASEAN dan rakan sejawatan mereka dari China, Jepun, Korea Selatan dan India pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-15.
Popularity: 3%
Entri lain yg mungkin berguna untuk korang:


Ya, betul2. Biar la kene cukai kad kredit RM50 pun, buat ape nak pakai kad kredit byk2.
haha betul tu, say no to credit cards!!! tak penah pakai kad kredit ni
klu kerajaan nk cas RM100 setahun pun, saya xkesah
“Tak kan tak boleh bayar RM50 (cukai kad kredit),” kata Perdana Menteri -> betul jgk tu, klu da pakai kad kredit,mknenye org tu agak berkemampuan la, so RM50 setahun je takkan xleh bayar heheh