
Salam & apa khabar pembaca semua! Kali ini kami akan berkongsi info mengenai Tips Buat Duit Dari Internet Cara Pantas. Tapi jangan salah tafsir pula ye, kami bukan maksudkan anda boleh buat duit dari internet dalam satu malam je atau sehari je terus dapat beribu-ribu. Itu dah dipanggil cara cepat kaya buat duit dari internet la pula.
Kami pun tidak percaya & anti mana2 program, pleaburan atau skim cepat kaya ni. Tiada formula magik untuk kita cepat kaya atau jadi jutawan dan dapat buat duit banyak dalam masa sehari melainkan ‘penipu-penipu’ besar sahaja. U got our point?
Tapi kami percaya anda boleh buat duit dari internet dengan beberapa cara yg pasti berjaya. Walaupun sedikit duit pada permulaannya, tapi boleh diulang-ulang & pasti dapat menjana pendapatan sampingan dari internet 100%. Terutama jika anda sanggup memberi perhatian & usaha lebih sedikit pada apa yg anda lakukan dalam misi buat duit dari internet ini.
Dibawah ini adalah antara beberapa cara yg pasti dapat membantu anda buat duit dari internet:
Sekali lg diingatkan, teknik buat duit dari internet ini bukanlah yg boleh menjadikan anda kaya dengan cepat, atau orang kaya baru-OKB dgn pantas, tetapi ianya amat berbaloi jika anda memerlukan duit atau wang dengan pantas contohnya anda perlukan duit segera sebanyak RM100-RM200 untuk mulakan projek baru anda di internet seperti nak beli domain ke..nak beli webhosting ke… Bergantung pada apa kepakaran atau kemahiran anda dan banyak mana anda berkemahuan untuk cuba berusaha, anda mungkin boleh kumpulkan duit yg anda mahu tu dalam masa beberapa hari atau dalam satu minggu sahaja?
Jika anda tertanya-tanya apakah teknik buat duit tersebut, inilah dia:
1.Menjual eBook
2.Mempromosikan produk affiliate
3.Jadi penulis artikel secara freelance
4.Menjual barangan di Ebay
5.Menjual produk secara ‘Dropship’
Teknik pertama tu, anda boleh menjual ebook yg anda tulis sendiri ataupun beli produk yg ada hak jualan semula pun boleh. Jika anda ingni tulis sndiri pastikan anda tulis sesuatu yg menarik minat pembaca & topiknya berkaitan dengan kepakaran anda. Sbg contoh: jika anda pakar dalam matematik, kenapa tidak anda tulis satu ebook bertajuk ‘Cara Mudah Genius Matematik’? Ebook tidak semestinya berkisar bagaimana mencari wang saje, cube cari idea selain itu!
Keduanya anda boleh menjual atau mempromosikan produk affiliate tanpa membuat sndiri produk anda. Teknik ini membolehkan anda mendapat komisyen dari penjualan anda tersebut. Contohnya anda menjadi affiliate produk bernama “Buat Duit dari Internet“, kemungkinan tuan punya produk tersebut akan membayar 50% dr harga jualan kepada anda sebagai komisyen utk jualan tersebut. Hebat bukan?
Selain itu, anda juga boleh menjadi part timer penulis bebas di internet. Contohnya, anda pergi ke forum2 atau laman web yg menawarkan khidmat jual beli servis di internet. Contohnya getafreelance.com ke..atau forum seperti WangCyber.com ke..di sana anda boleh menawarkan khidmat anda sebagai penulis freelance. Jika anda mahir dengan Bahasa Inggeris atau bahasa selain Bahasa Malaysia, lagi besar peluang anda
Selain itu, anda juga boleh buat duit dari internet dengan menjual barangan atau produk di laman web seperti Ebay atau mungkin juga di Lelong.com.my. Tak tahu produk apakah yg anda nak jual? Cuba luaskan idea anda..contohnya, dekat dengan kediaman anda ada pengedar tudung atau kain baju kurung. So, mengapa tidak anda beli borong dengannya dan jualkan produk tersebut di internet dengan keuntungan 100% milik anda. Jika harga sehelai RM10, mungkin anda bleh jual dgn harga RM15 dan mendapat untung Rm5 untuk sehelai sahaja. Jika 10 helai sehari yg laku, RM5 darab 10, sudah RM50 sehari pendapatan sampingan anda dari internet. Itu sebagai contoh shj, mungkin banyak lagi produk yg anda boleh dapatkan utk menjualnya di internet ok. Think out of the box!
Teknik yg paling akhir untuk buat duit dari internet tu agak kami minat kerana, teknik ini anda tidak perlu mempunyai modal walau satu sen pun. Secara asasnya sama seperti teknik ke-empat, Tetapi kali ini anda tidak membeli atau menyimpan stok barangan tersebut dengan anda. Tapi anda akan terus menghantar barangan tersebut kepada pembeli-pembeli. Kebiasaan teknik ini dilakukan untuk jualan barangan secara borong walaupun ada juga yg melakukan secara unit tunggal seperti menjualnya dalam kuantiti satu unit sahaja. Teknik perniagaan Dropship ini biasanya melibatkan laman web seperti AliBaba.com DHGate.com dan lain-lain. Di mana kita sebagai penjual, hanya menjadi orang tengah kepada pembeli, dan hanya akan membuat order setelah pembeli itu ingin membeli barangan tersebut. Setelah itu, kita akan membeli dengan Supplier atau Manufacturer (Kilang) dan meminta mereka menghantar barangan tersebut terus kepada pembeli yg kita carikan tadi. Biasanya, tekni ini melibatkan pemindahan wang secara 2 kali iaitu, pertama pembeli itu membayar duit kepada kita sebagai penjual dan kita pula membayar kepada pengilang utk harga asas produk tadi. Contohnya, jika satu produk borong berharga USD$3/item harga asalnya, tetapi anda berjaya mencari pelanggan yg mahukan item tersebut dengan harga anda sendiri USD$5/item bermakna anda sudah untung USD$2/item dan jika pelanggan itu membeli borong dalam 50 unit, cubalah kira secara matematik, USD$2×50=USD$100. Bermakna anda sudah untung USD$100 untuk setiap order. Bayangkan dlm seminggu anda hanya mendapat hanya 2 tempahan sahaja, bermakna USD$200 (+-RM700) setiap minggu utk duit sampingan anda. Lumayan bukan? Tetapi perlu diingatkan bahawa teknik marketing atau promosi anda juga amat memainkan peranan..dimana anda promosikan produk tersebut dan sebagainya…
P.S: Secara peribadi, saya sendiri pernah mendapat untung sekitar RM1000 hanya untuk 2 tempahan borong je..harapnya lepas ni bertambahlah lagi rezeki…insyaAllah..
Oklah saudara saudari semua, agak panjang post kali ini. Kesemua teknik2 buat duit dari internet di atas tersebut tu, tidak adapun yg berkaitan Multi Level Marketing atau MLM/Pyramid..semuanya hanya usaha anda sendiri..tidak perlu keluar rumah mencari orang atau prospek & sebagainya..hanya 100% buat duit dari internet. Dengan adanya usaha, anda pasti boleh buat duit dari internet! Sudahkah anda terfikir satu idea apakah teknik yg akan anda guna selepas ini untuk buat duit dari internet? Be creative! Saya yakin anda pun mampu melakukan teknik2 buat duit dari internet seperti di atas tu. Jika ada yg tidak faham atau sekadar ingin berkongsi, silalah hantarkan komen anda di bawah ye! Banyak lagi cara-cara buat duit dari internet yg terdapat di luar sana. Jom sama-sama berkongsi info di sini apakah teknik peribadiĀ anda untukĀ buat duit dari internet. Mungkin AdSense/Pay Per Click dan sebagainya…
Salam kongsi info & jangan lupa tekan button ‘like’ disebelah ok!
Popularity: 3%
Entri lain yg mungkin berguna untuk korang:

aku pnah cari duit dr internet dengan affiliate je la dulu. dah lama tak aktif hoho produk sekarang pun macam kureng best je, macam tiru produk orang putih jer
ye ke affiliatetua?
usahala lebih sedikit ye..banyak lagi cara buat duit dari internet..takpenah try cara lain ke..
produk orang kita ni ada yg bagus..tapi kami tak nafikan ada yg sebijik je ciplak/translate dari English version punye hehe..yg hairannya laku juga tu..mungkin sebab ramai orang tak tahu..
amacam kalau buat duit dgn bisnes mlm, cun tak?
banyak jalan nak cari duit rupanya..
@ affiliatetua:
bisnes MLM bleh buat duit, tp biar kne caranya..halal haram kene fikir n banyak kene consider..modal nk maintain ke.dll
@Mits:
ye btul tu, banyak lg teknik buat duit dari internet ni yg takde dlm artikel ni..cume kena rajin explore sendiri teknik buat duit manakah yg sesuai dgn cara kita..
Satu perkongsian yang amat berguna kepada para IM yang beru berjinak dengan Perniagaan Internet.
http://www.—–
p.s: link promosi tidak dibenarkan…sila hantarkn komen yg mermanfaat utk semua.. ^_^
Salam semua, sebenarnya banyak cara buat duit di internet,
cuma kita sendiri yang kena kretif dgn idea tersendiri.
btul tu encik mohd johadi, banyak cara buat duit dari internet ni..buat duit dr affiliate, buat duit dr jual produk fizikal di internet, buat duit dari perkhidmatan design,tulis artikel etc…terutama kalau laman web kite dah popular, lagi mudah nak buat duit dr internet nih..bleh jual ruang iklan terus…direct dapat duit masuk akaun bank heheh
menarik
ye menarikkan..banyak lagi cara buat duit dr internet kalau anda kreatif & menggunakan internet dgn cara yg produktif…tapi jgn pula cube buat skim cepat kaya, nnti padah la jawabnye hehe
Menarik. Thank you for sharing
@taukehkedai:
sama2…thanks for visiting!
mana ada kerja yang senang.sumanya perlukan kesabaran..
Kata orang, BUkan senag kalau nak senang. tak gitu?
Kalau nak jual cermin mata boleh ke promosi dlm internet. Servis ni perlu ada org dtg ke tempat tersebut. Ada idea lain?
@hajar: bisnes apapun boleh buat promosi dlm internet, itu yg bestnye..asalkan bisnes halal n sah.
sekadar oendapat dr sy:
1-kalau dah ada kedai fizikal, lagi best. buat laman web rasmi letak sedikit sebanyak produk, kenalkan kedai..lokasi kedai…nama kedai etc..lepas tu bgtau servis apa yg ditawarkan etc..kalau boleh setiap pelanggan yg dtg, amek gamber sket, letak dlm website sbg contoh pelanggan n servis yg dibuat, utk tarik customer online, so yg baca dlm internet/website cik, kalau yg tinggal berhampiran atau yg tak jauh, mesti datang sure punyelah..yg penting mesti friendly…nak buat promoosi kedai fizial secara blog pun boleh..lagi nmpak friendly dan orang akan bertanya pasal produk/servis & seterusnya akan datang ke kedai cik. itu yg best kalau dah ada kedai fizikal, satu kelebihan. orang pun akan percaya n dapat build trust dgn cepat
2- kalau takde kedai fizikal atau setakat jual cermin mata yg power tetap ke..atau cermin mata yg tak perlu konsultasi pakar mengenai mata, pun boleh promosi online. mcm biasa mesti ada website/blog..kalau boleh nk profesional buatlah website yg ok sket, jgn cincai2…tapi ni mesti ada budget sketlah.. letakkan produk2 yg ada, servis yg ditawarkan n contact person, maklumat lain yg perlu etc… lepas tu tunggulah customer call ke…mesti ada punye…
3- kalau rajin lagi, dgn kuasa soccial network sekarang spt, facebook, twitter etc…buatlah akaun khas dalam FB untuk bisnes cik ni, supaya dpt lebih pendedahan kpd orang ramai…bnyk lagi cara berpromosi dlm internet..yg penting ada masa n rajin mencuba..
semoga berjaya