10:08 pm - Friday February 10, 2012

Sistem WordPress Blog JomKongsi Info Sudah Dikemaskini

Kemaskini Sistem blog WordPress ke versi 2.9.2
Salam semua. Kami baru sahaja mengemaskini sistem Worpress blog perkongsian info ini ke versi terbaru WordPress 2.9.2. Versi sebelum ini adalah versi WordPress 2.6. Agak lama kami ketinggalan bukan? Sebenarnya kami agak busy kebelakangan ini dengan hal masing2 so, agak tiada masa untuk melakukan proses kemaskini sistem WordPress blog JomKongsi ini.

Untuk pengetahuan bloggers/pelawat semua, kemaskini sistem blog Worpress adalah sangat perlu terutamanya untuk menjamin keselamatan dari segi ‘Hackers Vulnerability’ (mengelakkan penggodam) terhadap sistem blog Worpress anda. Selain itu, kemaskini sistem Worpress anda juga perlu untuk mengoptimakan sistem blog Worpress supaya dapat berfungsi dengan lancar. Kerana ada terdapat sesetengah Plugins Worpress memerlukan sistem blog Worpress yg terbaru seperti versi 2.9.2 sekarang. Di samping itu, anda juga dapat menikmati kemudahan dari segi pembaikan ‘User Interface’nya yg lebih mesra pengguna (User Friendly) jika anda mengemaskini sistem Worpress kepada yg terbaru. Bagi Admin blog Worpress masing2,anda pasti akan lebih menghargai apa yg terdapat dalam setiap versi kemaskini sistem Worpress ini. Mungkin bagi para pembaca blog yg biasa, mereka agak sukar memahami perbezaan atau kelebihan dalam mengemaskini sistem blog Worpress ini.

Untuk pengetahuan pembaca semua, laman blog JomKongsi ini telah pun di’hack’ oleh penggodam dari luar negara beberapa bulan lalu yg menggunakan teknik ‘Script Injection’. Mereka (hackers) ini melumpuhkan sistem blog kami dengan menyuntik code tertentu kedalam file sistem Worpress kami seperti memasukkan code JavaScript yg mengakibatkan sesiapa saja yg membuka blog ini akan diberikan ‘hadiah’ percuma seperti software (sbnrnya adalah perisian Virus/Spyware) yg akan secara automatik dimuat turun ke komputer anda tanpa anda sedari. Begitu bahaya kan?

Cuma nasihat kami, mereka penggodam ini biasanya mendapat access/laluan ke server FTP kita dengan mencuri kata laluan/Login dan Password anda melalui Virus atau Spyware yg terdapat pd komputer yg anda guna untuk mengakses FTP anda. Sebaiknya pastikan komputer yg anda gunakan untuk mengakses FTP anda adalah bebas dari sebarang Virus atau Spyware. Anda boleh menggunakan sebarang perisian Antivirus atau AntiSpyware yg ada di pasaran (kami menggunakan Avast terbaru). Sebolehnya elakkan drpd menggunakan komputer dari Kafe Cyber untuk mengupdate laman web/blog anda melalui FTP. Akhir sekali, elakkan dari menggunakan program FTP percuma seperti FileZilla. Mengapa? Sebabnya perisian FileZilla tidak mempunyai fungsi ‘Encrypt’ kata laluan/password anda untuk mengakses server FTP anda. Jika anda mahu, izinkan saya menggunakan komputer anda sekejap dan dalam masa beberapa saat,saya akan menunjukkan magik didepan anda:- saya boleh lihat Password yyg anda gunakan untuk mengakses FTP hanya dengan melihat fail yg di’generate’ oleh FileZilla yg bernama “sxxxmxxxxxx.xml” (rujuk screenshot sxxxmxxxxxx.xml dibawah)

FileZilla hackable by JomKongsi Info
Jadi,selepas ini sebolehnya anda elakkan dari menggukan perisian percuma FTP seperti FileZilla ok! (kami gunakan CuteFTP) Jika terpaksa pun, pastikan komputer anda bebas 100% dari perisian Spyware/Virus. Itu sahaja nasihat kami kerana Spyware ini mempunyai kebolehan ‘mencuri’ Password anda dari fail ‘sxxxmxxxxxx.xml’ tadi dengan mudah sekali. Pendedahan ini dibuat setelah kami terkena sendiri & juga selepas bereksperimen sendiri dengan FTP server eksperimen kami. Kalau tak silap kami, ada juga satu laman web Bahasa Inggeris yg sudah menerangkan mengenai bahaya FileZilla ini. (kemungkinan sekarang FileZilla dahpun membuat penambahbaikan terhadap versi baru  system program FileZilla ini, kami pn xtau sbb dah lama kami tinggalkan FileZilla ni :) ) Jika anda tau, bolehlah kongsi di sini ye!

Jom kongsi info & jumpa lagi!

p.s: dah lama kami tidak menulis mengenai tips blogging, rasa bersemangat pulak kali ni :)

Popularity: 2%

Entri lain yg mungkin berguna untuk korang:

  1. 5 Perkara Utama Selepas Pemasangan Blog WordPress
  2. 5 Aspek Yg. Patut Ada Pada Blog Bisnes Anda
  3. Jangan Ditipu Laman Web Palsu WordPress
  4. Keyword, SEO dan Trafik Blog Anda
  5. Sistem piramid MLM haram boleh didenda sehingga rm50 juta
Filed in: Perniagaan Internet

5 Responses to “Sistem WordPress Blog JomKongsi Info Sudah Dikemaskini”

  1. 4 June, 2010 at 1:09 am #

    ko dah update ke bro, haha ingt pkai yg lama ag ;p tabik2!

  2. 6 June, 2010 at 1:06 am #

    Salam JomKongsi. Satu perkongsian yang bagus untuk kaki wordpress blog. Saya pernah kena kes ni dulu. Tiap-tiap hari pada satu ketika dulu, blog saya akan terupdate dengan sendirinya dengan artikel BI. Padahal saya tak ada pun menggunakan mana-mana perisian/script autoblog. Saya pun tukarlah password. Tapi still terupdate gak. Akhir sekali, saya tukar kesemuanya. FTP program pun dah guna TurboFTP. Lepas tu tak kena dah, SYUKUR.

    Tapi, saya still berjaga-jaga. Risau gak huhuhu takut pisang berbuah DUA kali.

    Apa-apa pun, tips yang patut diketahui semua kaki wordpress blog. Terima kasih ya!

  3. 1 August, 2010 at 11:05 am #

    jom upgrade ke wp 3.0.1

  4. 2 August, 2010 at 9:35 pm #

    teringin jgk nk upgrade ke WP 3.0.1 tp tak dapat nk auto upgrade..stuck@ ‘downloading upgrade’…
    ada solutions bleh share? :D
    nk upgrade manual, tp takde mase lg heheh

Trackbacks/Pingbacks

  1. Cara Mudah Backup Database Blog Wordpress Anda | JomKongsi Info Blog - 21 May, 2010

    [...] anda bercadang untuk menaiktaraf atau update sistem blog WordPress anda, sudah semestinya anda perlu membuat satu backup terhadap pengkalan data (database) blog anda [...]

Leave a Reply

CommentLuv badge