8:27 am - Saturday May 19, 2012

Sistem piramid MLM haram boleh didenda sehingga rm50 juta

Ingin beriklan di sini? Emel: admin[at]jomkongsi.info

Sistem piramid MLM akan didenda sehingga RM50 juta

sistem-piramid-boleh-didenda-rm50-juta

keratan akhbar Utusan terkini - 'sistem piramid MLM haram boleh didenda rm50 juta'

KUALA LUMPUR 14 April – Syarikat atau pertubuhan yang didapati bersalah mempromosi atau menjalankan skim piramid boleh dikenakan denda antara RM1 juta dan RM10 juta apabila Akta Jualan Langsung dan Skim Anti Piramid 1993 mula dikuatkuasakan.

Akta itu merupakan pindaan kepada Akta Jualan Langsung 1993 dan ia telah dikemukakan untuk bacaan kali pertama oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Dewan Rakyat hari ini.

Bagi kesalahan kedua dan seterusnya, pindaan itu memperuntukkan denda maksimum RM50 juta atau tidak kurang RM10 juta.

Untuk kategori individu, pindaan itu memberi kuasa kepada pihak mahkamah mengenakan denda antara RM500,000 dan RM5 juta atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Menurut pindaan itu, bagi kesalahan kedua dan seterusnya, pesalah boleh dikenakan denda antara RM1 juta dan RM10 juta atau penjara tidak lebih 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

Pindaan itu turut membabitkan kenaikan jumlah denda ke atas syarikat atau pertubuhan yang melakukan kesalahan menjalankan perniagaan jualan langsung tanpa lesen.

Berdasarkan pindaan itu syarikat atau pertubuhan yang disabitkan bersalah, boleh didenda sehingga RM1 juta berbanding Akta Jualan Langsung 1993 yang hanya memperuntukkan denda RM250,000.

Bagi kesalahan kedua dan seterusnya, pesalah boleh didenda sehingga RM2 juta berbanding RM500,000 pada masa ini.

Denda bagi kategori individu atas kesalahan yang sama juga akan dinaikkan selain tempoh penjara turut dipanjangkan.

Berdasarkan pindaan, individu yang melakukan kesalahan pertama boleh didenda sehingga RM250,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Berbanding akta sedia ada, ia hanya memperuntukkan denda sehingga RM100,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Bagi kesalahan kedua dan seterusnya, pindaan akta itu memperuntukkan denda RM500,000 atau penjara tidak lebih 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

Akta Jualan Langsung 1993 sebelum ini memperuntukkan denda tidak lebih RM250,000 atau penjara tidak lebih enam tahun atau kedua-duanya sekali.

Dalam perkembangan sama, pindaan itu turut memperluaskan takrif jualan langsung dengan menggantikan perkataan jualan pesanan pos dengan jualan pesanan pos atau jualan melalui transaksi elektronik.

Dengan memasukkan perkataan transaksi elektronik ia meliputi jualan barang-barang atau perkhidmatan secara elektronik dengan menggunakan rangkaian pemasaran bagi maksud mendapatkan komisen, bonus atau apa-apa faedah ekonomi yang lain.

Elektronik yang dimaksudkan oleh pindaan ini ialah teknologi yang menggunakan elektronik, optik, magnetik, elektromagnetik, biometrik, fotonik atau tekonologi lain.

via www.utusan.com.my

so,apa komen anda? jomkongsi info fikiran anda di sini! & jgn lupa kongsikan artikel ini bersama rakan anda di facebook! ‘Become a JomKongsiInfo Fan‘ sekarang!

Popularity: 5%

Entri lain yg mungkin berguna untuk korang:

  1. 9 Juta Senarai Email Untuk DIjual?
  2. Perniagaan Internet, MLM,Kutu Pintar dan tipu
  3. MLM Vemma Scam, Halal Atau Haram?
  4. Buat Duit Dengan Hak Jual Semula Dan Affiliate
  5. Lagi Kes Perniagaan MLM Scam Dan Tipu Duit
Filed in: Buat Duit, Ekonomi, Perniagaan, Perniagaan Internet, Scam

2 Responses to “Sistem piramid MLM haram boleh didenda sehingga rm50 juta”

  1. 17 April, 2010 at 12:27 am #

    mcm2 skim piramid sekarang ni… satu pi 10 mai lagi…dan ramai jg yg terjebak…huhh!

  2. 17 April, 2010 at 3:52 pm #

    haha tu la encik donnyien, setiap hari ada saja skim MLM cepat kaya tumbuh seperti cendawan lepas hujan..yg nak cepat kaya,tanpa fikir panjang mesti terus join..

Leave a Reply


+ 6 = 8

CommentLuv badge