8:23 am - Saturday May 19, 2012

Kenapa Anda Tidak Patut Menggunakan Blogger Untuk Blog Bisnes Anda

Ingin beriklan di sini? Emel: admin[at]jomkongsi.info

Untuk post pertama kami pada kali ni adalah mengenai satu perkara asas yg. kemungkinannya ramai yg. tidak perasan atau tidak ambil peduli mengenai perkara ini. Iaitu mengenai beberapa sebab utama mengapa anda tidak patut menggunakan Blogger.com untuk blog bisnes anda dan ini juga merujuk kepada platform blogging/website percuma yg. lain.

Berikut adalah antara sebab-sebabnya:

• Kebanyakan blog-blog SPAM biasanya menggunakan Blogger sebagai platform blog utama mereka.

• Blogger biasanya telah disetkan mempunyai navigasi ‘Next Blog’ atau ‘Blog Seterusnya’

• Blogger tidak boleh dinaik taraf (upgrade) fungsi-fungsinya kerana anda tidak dapat mengawal software itu pada hakikatnya (berlainan dgn WordPress).

•Semua orang sudahpun tahu servis Blogger adalah FREE/Percuma, oleh sebab itu ianya sukar untuk menarik ramai prospek/pembaca yg. berpotensi kerana penggunaan Blogger sendiri sudah menunjukkan kekurangan komitmen terhadap bisnes anda. Contohnya, mana mungkin anda mempromosikan bisnes anda yg menjana ribuan ringgit, jika anda sendiri hanya menggunakan servis blog PERCUMA dr Blogger. Sebaliknya gunakan platform blog ber’domain’ komersil seperti .com .net dll… (Untuk tempahan blog .com, kami syorkan anda mendapatkan servis dari Zyzyx Design Studio-penaja web kami)

• Mesej pemasaran anda sukar untuk disampaikan kepada prospek kerana terdapat konflik penjenamaan laman web anda yg. bersama Blogger.

• Oleh kerana anda tidak mempunyai kawalan sepenuhnya terhadap software blog tersebut, maka laman web anda akan kekurangan nilainya dan tidak dapat dijual (jika ingin dijual) seperti mana laman-laman web yg. menggunakan alamat domain sendiri. (laman web juga adalah satu pelaburan)

• Oleh kerana setting asal Blogger adalah tidak mesra enjin carian (search engine optimization) dan juga tidak sesuai untuk teknik ‘social media marketing’, maka anda memerlukan sebahagian besar dari masa anda dan juga pengetahuan teknikal untuk mengatasi masalah ini. Kebanyakan orang ramai banyak mengalami masalah ini terhadap blog/website mereka, oleh itu blog blogger mereka tidak akan mencapai ranking yg. baik di dalam enjin carian (search engine) dan juga agak kurang mendapat perhatian dalam halaman web ‘social media’ seperti Stumbleupon, Digg dan sebagainya.

• Selain it, kebanyakan design template blog yg. anda gunakan sudah pasti ‘overused’ oleh pemilik-pemilik blog yg. lain. Sebab itu, blog/laman web anda agak sukar untuk mendapat perhatian dari prospek kerana design template tersebut sudah menjadikan blog anda kurang ‘hot’nya.

• Penggunaan Blogger sukar untuk manjadikan blog anda mencapai tahap kehebatan seperti blog komersil dgn domain sendiri yg lain.

• Penggunaan Blogger juga secara tidak langsung banyak memberi faedah kepada Google untuk exploitasi isi kandungan penulisan anda dan seterusnya menaikkan lagi ranking mereka di dunia internet.

• Akaun anda sudah semestinya mempunyai subdomain yg. telah ditetapkan iaitu: ABCDEF.blogger.com

• Faktor yg. terakhir buat masa ini adalah, ianya kurang ‘cool’ untuk menggunakan Blogger. (apa pandangan anda?) :D

(Untuk tempahan blog .com, kami syorkan anda mendapatkan servis dari Zyzyx Design Studio-penaja web kami, dijamin harga berpatutan & servis yg professional!)

Popularity: 10%

Tiada post berkaitan.

Filed in: Featured, Perniagaan Internet, Tips Blogging

20 Responses to “Kenapa Anda Tidak Patut Menggunakan Blogger Untuk Blog Bisnes Anda”

  1. 30 October, 2008 at 11:29 pm #

    hehe! nmpaknya aku kenalah buat website wallpaper yg btul2 pnye :D

  2. 31 October, 2008 at 3:29 pm #

    wah. rajin nampak komen kat banyak blog.. :)

  3. 31 October, 2008 at 7:43 pm #

    @eyeman:
    hehe biasala, kami masih baru, perlu bnyk pendedahan sket :D
    rajin2la masuk sini lg orait, bnyk lagi kategeri post2 lain
    akan di tulis! ;)

  4. 1 November, 2008 at 5:46 am #

    yup…blogger x cool! :p

    marilah berpindah ke domain dan hosting sndri!! hehe

  5. 1 November, 2008 at 6:42 am #

    @spatt:
    haha ye betul eh? :D
    so, sapa2 yg belum ada blog/web dgn domain sendiri tu bolehlah hubungi kitorang untuk servis complete setup blog WordPress anda. hehe! (promote sket) :D

  6. 1 November, 2008 at 11:26 am #

    kento..camne ko wat flash yang dekat atas tu??

  7. 1 November, 2008 at 4:49 pm #

    @yazidyahya:
    oo flash video tu eh, buat pakai flash pnya program.
    klu nk tempah dgn kitorang pun bleh gak :D

  8. 2 November, 2008 at 8:19 am #

    aku pun baru siapkan blog dot com sendiri semalam. Harap bleh belajar dari blog ni . i follow.

  9. 2 November, 2008 at 5:01 pm #

    @secret:
    ok thanks secret! ;)

  10. 2 November, 2008 at 6:01 pm #

    kepuasan blogging guna blogger dgn wordpress pn dah jauh beza, apatah lg guna domain n hosting sndri…

    p/s – bape charge yg korg kenekan utk wat blog?

  11. 2 November, 2008 at 9:36 pm #

    ya betul tu spatt! Self hosting WordPress blog dgn Blogspot mmg jauh bezanya. Cuma perlu sedikit modal sahaja.

    p.s: biasanya kami cas complete (hosting+domain+installation+plugins) +-RM150 lebih murah dari pasaran biasa. Kebanyakan individu lain cas dalam RM180-RM200++ utk standard package. Jika mahu CUSTOM grafik pd header etc, sedikit harga tambahan akan di-cas (sket je) ;) Kelebihan mengupah orang setup blog anda adalah, anda tak perlu pening2 nak cari hosting, fikir mana nak beli domain, pening2kan kepala nk install script etc. Just serahkn pd kitorang semuanya! ;) senang bukan!

    p.s.s: Servis kami adalah 100% dilakukan secara profesional. [nice hosting, nice installation procedure, nice smooth transaction & everything nice!] ;) believe us, we didn’t do any crap services here hehe :D

  12. 4 November, 2008 at 9:00 pm #

    betul tu. aku beli domain dan hosting je dah RM120. Beli ebook dan RM23. Set up sendiri ambil masa 1 minggu . Memang berbaloi la kalau RM150. Cuma _e__a___a_ je yang tak boleh di beli.

  13. 4 November, 2008 at 9:56 pm #

    Ye, mmg btul secret, tapi itu cuma bg yg xmahu/xada masa utk buat sendiri je la. Tapi ada baiknya klau kita buat sndiri, boleh menambahkn lg skill kita ye tak? Tahniah secret kerana berjaya setup blog WordPress dgn usaha sndiri! :D

    p.s: “_e__a___a_” tu apa eh? haha

  14. 4 November, 2008 at 10:52 pm #

    aku rase aku nk teka la…pengalaman kot.. :p

  15. 4 November, 2008 at 11:30 pm #

    erk, ye ke? aku rasa pun hehe! :D

  16. 12 November, 2008 at 8:43 pm #

    bkan ape.. klu gune hosting sndiri, kene setting sendiri.. klu yang baru tu, cnfrim serabut..
    pastu kn orng nak biz nie nak cari kos yng paling jimat.. kan2.. hehehehe

  17. 12 November, 2008 at 10:29 pm #

    @betul tu fique, sbb tu kdg2 ada org upah je org lain setup kan semua utk dia. lagi satu mmg berjimat tu pnting, tp biar kena pd kualiti juga. Jgn pula beli hosting yg murah2, tapi selalu ‘server down; je xguna juga la tu :D btul x?

  18. 8 August, 2010 at 6:26 pm #

    kalau nak buat blog sendiri katakan nakhoda.com, berapa ye kos? ada idea? tenkiu

  19. 15 June, 2011 at 12:59 pm #

    ada perkataan blogspot pun dah macam xcun sangat..kikikii…

  20. mohd sukri
    15 September, 2011 at 7:39 am #

    betul2 tu….tapi kita guna untuk tujuan berdakwah menyampaikan mesej islam kepada sesiapa pun di dunia ini dan kita berkaitan ilmu agama dan berkaitan persoalan Islam..maka bertambah pahala dan orang yang membaca pun dapat ilmu dan punya blog pun kongsi pahala..bukankan itu bisnes yang paling lumayan.O ye who believe! Shall I show you a commerce that will save you from a painful doom? (10) Ye should believe in Allah and His messenger, and should strive for the cause of Allah with your wealth and your lives. That is better for you, if ye did but know. (11) He will forgive you your sins and bring you into Gardens underneath which rivers flow, and pleasant dwellings in Gardens of Eden. That is the supreme triumph. (Q:S9-12 As Sof)

Leave a Reply


+ 9 = 13

CommentLuv badge