6:27 am - Saturday May 19, 2012

Perniagaan Internet, MLM,Kutu Pintar dan tipu

Ingin beriklan di sini? Emel: admin[at]jomkongsi.info

Baru-baru ini dunia perniagaan internet ,cari duit & buat duit dari internet gempar lagi apabila skim MLM cepat kaya internet seperti KutuPintar telah diharamkan kerana sistemnya berunsurkan penipuan duit (scam MLM). Kosmo 29 March lalu menyiarkan berita mengenai skim KutuPintar bertajuk “Empat syarikat kutu pintar dipantau”… Sememangnya pada pandangan saya, KutuPintar ni memang sesuai dgn namanya kerana ia memang pintar menipu individu-individu yg tidak berapa pintar yg ingin cepat kaya. ;)

Selain itu, saya menganggap bahawa admin atau ‘tokey’ skim MLM ini adalah dari kalangan melayu…memang betullah, ‘Melayu Boleh’ kot…sampai sanggup menipu orang dengan cara mcm ni…nauzubillah…

Berikut adalah sisipan berita dari akhbar Kosmo yg bertajuk “Empat syarikat kutu pintar dipantau”

ANTARA laman web syarikat haram yang memanipulasi wang pos menerusi skim kutu pintar.

ANTARA laman web syarikat haram yang memanipulasi wang pos menerusi skim kutu pintar.

Info KutuPintar yg agak pintar & licik menipu mangsanya yg tamak & ingin cepat kaya

Info KutuPintar yg agak pintar & licik menipu mangsanya yg tamak & ingin cepat kaya

Kaedah penipuan KutuPintar MLM internet

Kaedah penipuan KutuPintar MLM internet

KUALA LUMPUR – Empat syarikat haram dikesan menjalankan aktiviti memanipulasi wang pos secara aktif melalui Internet atau dikenali sebagai kutu pintar bagi memperdaya orang ramai di seluruh negara.

Satu daripada syarikat itu mula beroperasi sejak Mac tahun lalu dan sehingga Mac tahun ini, ia telah berjaya mengutip RM33 juta daripada lebih 30,000 ahlinya.

Perkara itu didedahkan oleh Pengarah Kanan Penguatkuasaan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Muhd. Redzuan Abdullah kepada Kosmo! semalam.

“SSM sedang mengadakan siasatan terhadap salah satu penganjur skim ini manakala tiga lagi masih dalam proses pemantauan untuk melihat operasi dan siapa yang terlibat.

“Kami juga sedang merekodkan kenyataan daripada syarikat ini sejak tiga minggu lalu untuk mengumpul bukti sebelum membuat pendakwaan terhadap penganjur terbabit,” katanya.

Menurut Redzuan, skim itu didapati melakukan kesalahan menguruskan perniagaan wang kutu tanpa lesen dan boleh didakwa di bawah Seksyen 3, Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara tiga tahun atau denda tidak melebihi RM5,000.

Persoalannya…

Satu daripada syarikat itu mula beroperasi sejak Mac tahun lalu dan sehingga Mac tahun ini, ia telah berjaya mengutipRM33 juta daripada lebih 30,000 ahlinya.

yang hairannya…

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara tiga tahun atau denda tidak melebihi RM5,000

so, apakah respon pembaca2 semua terhadap skim MLM internet mcm ni? Saya rasa,ada bersepah lagi skim MLM ‘copy paste’ sebijik mcm ni dlm internet,hanya menunggu masa untuk menjerat insan-insan yg ingin cepat kaya je…saya berharap post kali ni dapat membuka mata & hati pembaca-pembaca semua untuk berfikir dahulu sebelum menyertai skim2 MLM internet sebegini…

info tambahan: laman web KutuOnline.com sekarang dah di’redirect’ ke laman web dinars2u.com pulak..ape kes ye…wallahualam…nampaknye mcm bayang2 KutuOnline je…ingat saudara saudari semua, berhati2 sebelum tertipu ok! Jangan kerana nak cepat kaya, habis duit simpanan dipakai utk sertai skim2 MLM macam ni…jumpa lagi dalam post yg akan datang bertajuk “Kata-kata hikmah perniagaan MLM internet” :)

jadi apa tunggu lagi, jomkongsi info anda sekarang!

*Entri ini adalah pandangan penulis blog ini shj,tiada kena mengena dgn pihak lain. Jika anda mempunyai sebarang pandangan, jom kongsi info anda di sini! ok! :)

Popularity: 35%

Entri lain yg mungkin berguna untuk korang:

  1. Lagi Kes Perniagaan MLM Scam Dan Tipu Duit
  2. 9 Juta Senarai Email Untuk DIjual?
  3. MLM Vemma Scam, Halal Atau Haram?
  4. 5 Aspek Yg. Patut Ada Pada Blog Bisnes Anda
Filed in: Buat Duit, Featured, Perniagaan, Perniagaan Internet, Scam

177 Responses to “Perniagaan Internet, MLM,Kutu Pintar dan tipu”

  1. 15 December, 2010 at 2:14 am #

    kalau ada apa2 berita terkini tentang WHR ni, jangan lupa update kat sini ye! :)

  2. rayyan
    21 December, 2010 at 10:20 am #

    ape cite?minggu lepas keluar paper..18 syarikat SSM tarik balik lesen..mengaku salah denda rm4k..satu syarikat je tak mengaku salah..minta bicara lagi.WHR ke?

  3. najz
    22 December, 2010 at 3:07 pm #

    di harap ahli @ mne2 yg trlibat bleh mnjelas kn situasi yg blaku di WHR

  4. rayyan
    28 December, 2010 at 4:23 pm #

    semalam dlm peti surat aku ade lak orang ajak join HR IKHLAS..
    rahsia jutawasan senyap guna wang pos..program cetusan idea DR FARID .ade lagi….

  5. 28 December, 2010 at 6:02 pm #

    @rayyan:
    itu skim cepat kaya surat berantai zaman moden tu sedara…
    dulu kena potostat satu guni, bank in dkt org atas, lepas tu cycle nama org dlm list…
    skrg pakai internet…sama sejibik/sebijik…

    sedar jgn tak sedar…pelopor kat atas akan makan duit banyakle nmpak gayanye…

  6. najz
    30 December, 2010 at 8:12 am #

    mne dia ahli WHR?????bg la pnjelasan….bg tau ok @ ko

  7. Nor
    6 January, 2011 at 10:00 am #

    NOTA 1 – Saya difahamkan World Heritage Resources (WHR) bertukar nama kepada Renaisance Heritage Marketing (RHM). Alasan: Oleh kerana kes mahkamah masih dalam proses bicara, lesen WHR tidak boleh diperbaharui. Maka RHM ditubuhkan bagi menggantikan WHR. RHM adalah syarikat MLM menjual produk2 tempatan.
    1. Jika berminat boleh menyertai MLM
    2. Jika tidak berminat, boleh tunggu imbuhan Program Ekspres yang akan sampai mengikut giliran seperti biasa.
    3. Program Ekspress kini diletakkan di bawah penyeliaan RHM.
    4. Ia tidak lagi menggunakan Wang Pos, sebaliknya terus dimasukkan dalam akaun bank masing2.
    5. Untuk itu semua peserta lama WAJIB mengisi borang, menyatakan akaun bank dan salinan kad pengenalan ke pejabat RHM.

    NOTA 2 – Program Ekspres tidak lagi mempunyai 6 LEVEL seperti dulu. Ia kini hanya ada 2 LEVEL saja.
    1. Level pertama – peserta akan menerima rm270 bagi setiap unit yang dicarum
    2. Level kedua – peserta akan menerima rm1,960 bagi setiap unit yang dicarum
    3. Selepas menerima imbuhan Level dua, peserta secara otomatik menerima DUA UNIT baru untuk re-entry. Ertinya jika dahulu ada 10 unit, maka untuk re-entry ada 20 unit.
    4. Semua unit PLATINUM BIJAK dipindahkan kepada EMAS BIJAK sebagai menyelaras pengiraan imbuhan. Ertinya jika ada 10 unit PLATINUM BIJAK bererti anda memiliki 30 unit EMAS BIJAK.
    5. Pusingan pertama (Level 1 dan 2) anda menerima TUNAI mengikut kiraan di atas.
    6. Pusingan re-entry, anda menerima PRODUK RHM dengan nilai yang digandakan itu. Maka mulai pusingan itu (re-entry) peserta juga kena menjual produk untuk mendapatkan tunai.
    7. Pusingan re-entry akan diteruskan walaupun peserta tidak minat menjual. Peserta boleh menjual secara borong kepada peserta lain yang suka menjual produk RHM

  8. najz
    6 January, 2011 at 12:43 pm #

    smpai bile peserta akn dpt re-entry? ape produk nye??

  9. rayyan
    17 January, 2011 at 3:40 pm #

    difahamkan?disahkan??nak kena jual produk lak..guna opis lama lagi ke?
    imbuhan bila boleh dapat?nak kena isi borang balik??call je x boleh?dulu dah sekali minta isi borang..daftar semula..yang tak tahu macam mane,tak isi borang x dapat imbuhan?

  10. 26 January, 2011 at 7:25 pm #

    nor, awak ni group adri ke?

  11. 26 January, 2011 at 7:27 pm #

    salam nur, awak ni group adri ke?

  12. nor
    27 January, 2011 at 11:55 am #

    salam,
    saya dari group kak amy di cawangan sg.petani.Golden Klasik punya group.Untuk maklumat member lama WHR,sedikit info mengenai biz ini.Difahamkan WHR sudah lama berkubur dan digantikan dgn RHM(Renneisance Heritage Marketing Sdn.Bhd).Difahamkan juga pihak RHM mengeluarkan produk berbentuk produk kesihatan.Dan rangkaian yg dijalankan berbentuk MLM..Pada ahli yg lama anda kena isi borang blk di cawangan2 anda.Lepas tu kena tambah RM50 sebagai syarat anda layak menerima plan pasif.Plan pasif ada 2 level sahaja.Level pertama anda terima RM270 dan level 2 RM1960.Pusingan pertama anda layak menrima tnpa perlu berbuat apa2.imbuhan anda akan dibank in direct ke akaun anda.Semasa isi borang sila kemukankan no akaun anda.Pusingan kedua anda akan diberi produk.produk tersebut anda kena jual untuk dapatkan cash anda blk.Biz ini juga ada reentry nya.Jika dulu anda masuk 1 unit emas bijak,round kedua anda dapat lagi 1 unit juga.Manakala Platinum bijak tidak diguna lagi sebaliknya menjadi 1 unit platnum bijak kepada 2 unit emas bijak..Kira jd double.Sbgai contoh,semasa anda berada dlm WHr,unit anda ada 1 emas bijak dan 1 platinum bijak.pihak syarikat telah menukarkan 3 unit kesemua nya.Maka pada pusingan pertama plan pasif anda dapat level 1 RM270X3 unit=RM810 level 2 RM1960X3 unit=RM5880 (di pusingan pertama sahaja).Pusingan kedua pula anda dapat 3 unit lagi TETAPI anda akan menerima produk untuk anda jual blk supaya cash back kepada anda.Web rasmi RHM blom siap masih under construction,ttpi ada web personal http://rhmns.com/plan-pasif/
    anda boleh lihat apa yg ada disana.

  13. rayyan
    2 February, 2011 at 11:19 am #

    betul ke ni nor..ramai dah peserta kecewa..rm50x30k++ peserta..kompeni dapat dekat rm2juta..pehhh ..lepas tu ntah dapat ke tak imbuhan pertama,ke 2..kenapa tak potong je dari modal.

  14. kroll
    9 February, 2011 at 12:21 am #

    betul tu rayyan, sya stuju! masa WHR dulu pun dh 2x tukar plan, reentry lah! last2 habok pun xdak. sya ni dulu leader WHR jugak. tp dh frust sesangat dgn WHR ni.. byk tabur janji manis sja, lepas tu tukar plan, tukar company dll… downline bising tya kita, jumpa kita, bukan jumpa tokey WHR!!! tokey lagi kaya.. Yang saya nampak sekarang ni, byk yg xbetul dari yang betul baik WHR @ RHM..

    Yg sya nmpak xbetul pada RHM :-
    1. mcm en rayyan ckp rm50x30k++ peserta = rm2Juta???????????? kenapa nk minta duit lg, sedangkan modal kita masih ada, sbb dlm tmph 15 bulan ini, sya baru dapat level 1. baki duit sya masih ada di WHR.
    2. ckp nk tubuh koperasi bulan 1, tp sekarang dh bulan 2, masih lg mcm tu.tahu2 nk minta duit lg rm50.
    3. sepatutnya pihak RHM ada maklumat peserta, beritahu dn hantar surat rasmi pd semua peserta mengenai status WHR & RHM terkini.
    4. borang RHM xboleh bawa keluar, hya boleh sign di caw. RHM shj. klu syarikat yg betul, xda masalah klu nk keluarkan borang.
    5. maklumat melaui telefon tidak di layan.
    6.kenapa alamat RHM guna alamat opis lma??
    7. percayalah cakap sya nnt bila nk dekat dapt level 1, pihak RHM akan tukar plan lg.
    8.plan boleh berubah pd bila2 msa, sbb tokey nk ubah, bg dia KAYA dn UNTUNg lebih.
    9. cuba anda pegi pej pos, tya keratan wang pos yg dikepil pd resit tu siapa yg clearkan.. sepatutnya nama sembilan peserta, tp malangnya, sya dh g check kt pos opis, ke 10 sepuluh keratan tu di clearkan atas nma org yang sama, begitu juga dgn keratan pd resit,emak, kakak, adik, pakcik, makcik… heran2
    klu nk tulis byk lg nih… pada HAKIKAT nya sya dh TERTIPU dn TERMAKAN dgn janji2 manis mereka. KESAL dan AMAT MENYESAL. Rsa bersalah pada semua downline yg sya sponsor dulu. kesian, sbb dulu sya bagi harapan pd mereka, konon boleh bantu bayar hutang, dsbgnya..

    Apa nk buat, oleh yg demikian, pada ahli WHR,fikir2kn lh 100X klu anda nk bayar rm50 pd RHM, bukan kita yg KAYA, tetapi tokey dan kuncu2 mereka yg KAYA RAYA..

    sekarang baru sedar, mna ada program2 yg mcm ni yg akan diluluskan oleh kerajaan malaysia.. klu mcm ni boleh kaya, huru hara MALAYSIA jadiknya..

    tidak akan aku TERTIPU untuk kali ke2…

  15. rayyan
    9 February, 2011 at 5:43 pm #

    mmg betul ..kesian kat kawan2 saya yg mengharap x banyak sikit pun jadi la..tiap2 bulan tanya perkembangan..
    saya boleh cakap jgn mengharap..
    bg saya semua ni MONEY GAME..ade modal sikit sape2 pun boleh buat..
    tabur janji manis..bagi sejuta harapan..kat dunia boleh la lepas..
    semua ni menipu je..kalau company jujur,bertanggungjawab.niat ikhlas nak tolong..takkan ade BAYARAN RM50 dengan macam2 alasan..saya percaya masih ade individu yg mengharap..sanggup bayar rm50..mungkin hanya 100 orang peserta terawal akan dapat imbuhan seperti dijanjikan ..tujuan demi meyakinkan peserta lain seperti yang telah berlaku..100xrm270@rm1960 =rm20-30k.sejak dari WHR lagi saya dah nampak program ni makin merapu..tiap2 hari orang TAMAK boleh TOPUP 10 unit..ramai gak kenalan sanggup TOP UP 10 UNIT..sampai puluh2 unit dengan harapan jadi JUTAWAN SEGERA..niat asal dah lari dari bayar hutang@@..

  16. 17 February, 2011 at 3:40 pm #

    assalamualaikum.. selamat ptg..salam ceria.. wah nampaknya banyak juga komen disini. yang kecewa,patah hati.. putus semangat.
    yang bersemangat pun ada.Tapi apa yang nyata disini yang orang tak nampak pengorbanan yang dibuat oleh en Sabri dalam dia nak membantu ramai orang disini. kalau tidak masakan dia sanggup berhabisan berjuta2 ringgit untuk menubuhkan semula sykt yang kosnya bernilai jutaan ringgit,bersama dengan penubuhan koperasi.Disebabkan tanggungjawab BESAR yang hari dipikul olehnya. Mengapa perlu Kita bermuram DURJA. Sepatutnya merasakan bersyukur kerana masih ada lagi untuk kita membantu diri sendiri termasuk rakan2 lain. Cuba kita tgk Rakan2 kita yang sebelum ini pernah masuk program2 lain.. COntoh DANA EHSAN.. ada dengar berita tak dari mereka skrg nie..
    berapa ramai orang yang tak dapat pulangan(termasuk saya sendiri)
    kenapa nak rasa kecewa panas hati dengan perkara yang berlaku skrg ini. Anggaplah ianya sesuatu hikmah dari masa lalu.
    Alhamdulilah skrg nie pendaftaran dah bermula semula. Dan semalam Senarai nama di Plan B dah dikeluarkan walaupun tak ramai. tetapi sudah mula ia bergerak semula. cuma skrg nie prosesnya agak lambat memandangkan kita sudah guna sistem baru.
    Jadi kepada sesiapa yang telah menyertai WHR yang dulu..usah rasa patah hati.. RHM ada lah penggantinya..
    daftar segere sebelum terlambat..
    hubungi saya 012-(removed)

  17. ADAM
    21 February, 2011 at 1:53 pm #

    as’slmkum..ary2796 ..ahli lama kena bayar rm50 ke?plan masih berjalan?opis bukak lg?aku dengan kawan2 lain join bulan feb 2010..ape pun tak dapat lagi..dah setahun

  18. ADAM
    21 February, 2011 at 1:55 pm #

    macam mane nak tau imbuhan peserta ?kalau betul plan b dah keluar untuk kemasukan bulan berapa?level berapa?

  19. nor
    22 February, 2011 at 12:32 pm #

    apa yg saya lihat sekarang ni,wlupun wujud RHM ni,MLM yg dijalankan 80% akan gagal kerana member lama yg join WHR adalah mereka dikalangan org yg TAK RETI CARI ORG,TAK RETI JUAL PRODUK…Tiap2 bulan kena maintain RM300 utk cash back,pada saya amat tinggi…Yang kedua produk yg RHM jual bukan produk sendiri…Boleh jadi En Sabri ni stokis agak nya…yang ketiga,informasi mengenai RHM ni memang terlalu2 sukar diperolehi dari pihak syarikat…Boleh dikatakan rmai yg tak tahu lagi RHM ni penganti WHR…

  20. PANTAU
    22 February, 2011 at 2:00 pm #

    boleh dikatakan..RHM mungkin akan bungkus tak lama lagi.

  21. 22 February, 2011 at 3:58 pm #

    walaikumsalam ADAM. iye semua member lama dan baru kena bayar Rm50 sahaja. utk mendaftar dengan RHM.insyallah bila dah daftar semula Unit2 lama yang dulu akan bersambung nanti. iNsyallah dengar2 akan ada pembayaran pada bulan 3 nanti. harap bersabar, saya juga menanti bersama ahli yang lain. saya tak pasti dari mana yang ddengar kena maintain tiap2 bulan tu. cuma yang saya pasti untuk ahli lama skrg nie dah boleh menopup unit mereke sendiri dan mereka akan dapat produk2 yang mmg berkualiti dan ada manfaat pada kesihatan
    sy sendiri nak beli satu produk yang telah saya cuba. sendiri dan menampakkan hasil pada kesihatan. Alhamdulilah..ianya akan menjadi Killer produk nanti.
    kepada yang masih berminat utk bersama boleh menghubungi saya..bersama kita menjayakan satu biz yang pasti akan mendapat hasil yang memberansangkan insyallah..
    yakin lah pada diri..

    yang benar
    ARY 2796

  22. PANTAU
    24 February, 2011 at 10:18 am #

    ape tujuan sebenar rm50?modal pusingan syarikat?untuk membyar imbuhan peserta?ahli yg tak bayar tak layak dapat imbuhan?adil ke?macam mana janji selepas setahun tanpa imbuhan modal dipulangkan?apa kata en sabri pulangkan modal peserta yg tak pernah langsung merasa imbuhan.ahli yg pernah merasa imbuhan ribu2@puluh ribu (kira dah selamat+untung)dah tak ambil peduli pasal WHR@RHM..bayangkan kalau yg ambil tahu @ masih berani berjuang cuma 1000 orang..x rm50 =rm50k(x cukup modal )..apa terjadi lepas tu …

  23. PANTAU
    24 February, 2011 at 10:24 am #

    kalau nak tgk kesetiaan ahli ..cuba buat perasmian syarikat baru (RHM).rasa tak boleh dapat kehadiran macam perasmian WHR.hebat sgt ke produk RHM?siap ade killer produk?mesti lantik DUTA yg cantik2@tampan ..bayaran kurang2 ratus ribu..(artis pun bukan heran sgt produk diwakili,asal dapat duit,mungkin dari ahli rm50 )2,3 bulan produk senyap..takde ape yg killer hebat mane pun..kalau hebat lingkup bisnes klinik@ hospital..

  24. lin
    26 February, 2011 at 12:15 pm #

    betul juga apa yang pantau beritau.tiada ke orang dari whr,rhm ingin jawab?jangan jadi seperti RNG sudah.beritau pruduk hebat,terulung semua.sekali tak jalan.mungkin juga rhm mau kutip modal dari ahli.

  25. kroll
    26 February, 2011 at 10:43 pm #

    sya stuju dgn pantau, nor & lin.. mmg RHM nk kaburkan mata peserta. nk kaut untung lagi.. apa pengorbanan PEGORBANAN en sabri pd peserta??? ada ke dia tunaikan janji2 manis dia pd peserta dulu? Katanya dpt tuntut balik duit lh klu xdpt imbuhan dlm tmph 1thn, skrg dh msk 1thn habuk pun xada.. tau2 tukar nama RHM, konon nk program berjalan semula. tp kenapa nk minta rm50 lg?? klu betul nk buat pengorbanan, trus jer la program, xpyh la nk minta duit ke apa. Ataupun pulangkan jer balik duit peserta WHR.. Itu bru PENGORBANAN! Konon en sabri sanggup kluarkan modal sendiri utk tubuhkan RHM. Itu bukan guna MODAL en sabri pun, tp MODAL peserta WHR.. Sakit hati bila tgk masih ada org yg masih percaya dn taksub dgn janji2 manis RHM ni.. Ada sesiapa yg setuju dgn saya???

  26. tidak tertipu
    27 February, 2011 at 2:22 pm #

    nasib baik aku x join mende ni.. nipu org je.. haram tu mkn duit tipu org.

  27. PANTAU
    28 February, 2011 at 10:49 am #

    kroll,aku setuju sgt..aku tak pernah anggap en sabri lakukan pengorbanan.ahli je yg berkorban wang ringgit dan mengharapkan kejujuran en sabri@whr..aku rase en sabri dah sedia maklum WHR@RHM dah tak mampu teruskan lagi program..RHM adalah kesinambungan WHR yg dah bakal dikuburkan.tujuan RHM sekadar cube nasib,meraih sokongan ahli yg masih berangan2 jadi jutawan cendawan..skrip RHM dah ada,tunggu masa diterjemahkan..produk tak dapat sambutan@produk disabotaj..produk killer@PRODUK sedia ada yg dijenamakan..

  28. mawar
    3 March, 2011 at 12:49 am #

    me masuk feb 2010. habuk pun tarak. melabur hampir 2k…

  29. lin
    3 March, 2011 at 2:14 pm #

    sama la saia..bulan 2 2010.kawan kawan lain 3 org pn serupa.sekarang ni upline pun sudah tak mau ambil tau.lagipun katanya sudah dapat puluh ribu.lain kali masuk dari awal.dia lagi tak mau ambil tau pasal RHM.

  30. 5 March, 2011 at 8:20 am #

    assalamualaikum.. selamat pagi..salam ceria.. Alhamdulilah .. dah masuk Bulan 3, Dah sebulan RHM bergerak untuk menuju kepuncaknya.. Dah ramai yang nampak peluang yang ada didepan. Dah ramai faham Sbb dan tujuannya.. Dari kurang Baik Kepada Lebih Baik.. Mengikut pada undang2 yang termaktub Di Malaysia. Jadi Apa tunggu lagi.. Bagi yang ingin bersama saya Boleh email Kepada saya nanti…

    jangan menunggu peluang ini bergolek semata-mata.. Buang yang keruh ambik yang jernih.. Setiap perkara yang berlaku ada Hikmah disebaliknya.. Disebalik awan gelap itu terselindung cahaya matahari..

    salam perjuangan dari saya
    Ary2796

  31. PANTAU
    7 March, 2011 at 9:09 am #

    jangan menunggu peluang ini bergolek semata-mata..ayat yg biasa digunakan mane2 syarikat..kebanyakkan ahli WHR yg aku kenal semua dah tak percaya..tak nampak kebaikkan,ketelusan syarikat nak tlg peserta..ramai peserta mengeluh..modal lama tak kunjung tiba,nak kena bayar yg baru..nak bgtau kawan2,sedara mara,jiran pun serba salah.silap hari kena maki hamun.dulu janji setahun dapat modal.cube la whr bayar balik modal pesertra rm500++ untuk plan B..tak pun rm50 potong je dari modal.

  32. 7 March, 2011 at 2:15 pm #

    sebab itu peluang ini dibuka kepada mereka yang baru.. sahaja.. kalau hanya menunggu melihat semata-mata mmg lah pasti terasa kecewa. Saya sendiri juga mesti bagitahu Downline2 yang telah menyertai sebelum ini.Alhamdulilah setelah diberi penerangan,dan mereka sendiri pergi ke HQ, Baru diorang faham kenapa dan mengapa perlu mendaftar semula.Mungkin disini sebab mereka yang tak mahu mendaftar tidak sendiri pergi ke pejabat HQ untuk mengetahui berita semasa. lihat dulu di pejabat. Pergi tgk suasana nya.. bukan Hanya dengan memberitahu orang lain yang tak bagus.. ada Iktibar dari segala yang berlaku..

    Anda yang positif .. sekiranya ingin bersama kembali boleh email kepada saya nanti..
    sekian terima kasih..

    ary2796

  33. PANTAU
    9 March, 2011 at 10:02 am #

    kalau ahli lama tak bayar rm50 tak layak teruskan program?tak dapat imbuhan?mana janji pulangan modal sekiranya tak berjaya dlm program setelah setahun?,sedangkan company masih operasi..janji palsu?janji manis?

  34. 9 March, 2011 at 10:48 am #

    kalau tak bayar.. masih boleh dapat imbuhan,tetapi kena jugak bayar pendaftaran nanti.. Cuba chek balik pada surat jaminan itu apa yang ditulis kat situ.. dah terangkan segalanya.. Sila Baca..

  35. PANTAU
    9 March, 2011 at 1:59 pm #

    tak bayar rm50 masih boleh dapat imbuhan?kena tunggu imbuhan dulu la baru bayar rm50..mesti ramai setuju.bila imbuhan nak bermula?tak pernah rase ni.

  36. 9 March, 2011 at 2:03 pm #

    skrg nie dah bermula.. senarai nama sedikit yang aje dulu. yang penting ianya dah bergerak.. cuma pemberitahuan bila dah keluar dan ketika itu baru nak bayar rm50 tu. Maka jangan marah kalau pembayaran hanya akan dibuat Sebulan Selepas itu.

  37. nor
    9 March, 2011 at 2:09 pm #

    lau nak tgk nama penerima BKA leh cek kat web ni (www.rhmns.com)…web formal entah bila agak nya nak siap.sibuk promo biz start gempak bln Mac.11 ni tapi web pon entah kemana…16/2/11 ari tu hanya 124 org jer yg dapat imbuhan..pastu 5/3/11 hanya 24 org…hampir 30k peserta lama tersebut menunggu giliran…klu banyak ni lah depa bayar,tak tahu lah,turn kome tu bila gamak nya boleh dapat…jangan lah berharap sangat…Dah letih dengan janji dan kata2 manis dari RHM…habuk pon tarak…

  38. 9 March, 2011 at 2:37 pm #

    kalau mcm tu kenalah menunggu. tiada janji manis lagi.Kali nie bukan lagi seperti dulu. RHM sangat baru.. seperti baru dilahirkan. dan satu lagi kena faham masalah yang berlaku. Alhamdulilah ianya muncul kembali dengan keadaan yang berbeza. cuma masih ada juga masalah2 teknikal yang perlu diperbaiki.kerana ianya masih baru.. jadi harap rakan2 semua boleh beri masa untuk ianya terus melangkah kehadapan.

    Untuk lebih faham boleh datang sendiri ke pejabat. Untuk bagi yang dah tiada upline boleh cari ganti upline baru yang ada disykt skrg nie. Saya sendiri dah tukar Upline sebab upline saya dah Mendiamkan diri.

  39. PANTAU
    9 March, 2011 at 3:51 pm #

    nor,kitak tunggu je la..kalau company baik hatiiii..dapat la rase imbuhan..kalau ade agenda tersembunyi..cam biase la..janji tinggal janji..ade orang pandang rm50 cam takde nilai..tapi yg dah terkena rm50 tu besar sgt nilai beli susu,pampers anak.bila dah lebur rm1000-3000 kat whr tapi tak dapat hasil..lepas tu nak keluar lagi duit..hmmmm…donia….

  40. 9 March, 2011 at 8:27 pm #

    kalau menjadi mcmana? kalau berjaya nak kata.. apa..bukan kan bersangka baik itu satu amalan yang mulia,kenapa tak nak bersatu..?
    perlu ke kita memecah belahkannya.. ?

    fikir2kan lah

    selamat beramal..
    :D

  41. 9 March, 2011 at 8:29 pm #

    DI jemput hadir kelas berpidato jam 9malam ini oleh dato dr syed Ahmad Al-saggof dipusat belia Antarabangsa IYC,bandar Tun Razak. Akademi Nusantara..jom belajar pidato.. :D

  42. PANTAU
    10 March, 2011 at 10:31 am #

    kalau camtu tunggu je la pelan2 pun takpa.tak bayar rm50 pun boleh dapat..takkan syarikat takde nama2 ahli whr.jgn lak rhm@whr bgtau nama2 ahli lama dah takde..mmg saje je la.sedara aku dah modal.rm15k.

  43. 11 March, 2011 at 9:45 am #

    kalau dah tuan kata mcm tu..apa boleh kata kan lagi..jadi kenalah tunggu. mmg Sykrt masih ada senarai nama ahli lagi.

  44. PANTAU
    18 March, 2011 at 11:01 am #

    maklumat dalaman..tahun 2011..syarikat mlm,kutu,wang pos. akan dipantau,diterjah habis habisan.denda maksimum.pengarah akan didakwa+dipenjara..
    adakah RHM akan terselamat @dikecualikan?bagaimana dengan WHR yg sebelum ni dikatakan mempunyai lesen sah?akhirnya…
    mari kita tunggu dah lihat kesudahannya..AHLI AHLI TERDAHALULU DINASIHATKAN TIDAK MEMBUAT PEMBAYARAN RM50.KITA LIHAT ADAKAH SYARIKAT AKAN MEMBAYAR IMBUHAN SEPERTI DIJANJIKAN..BIAR LAMBAT ASAL SELAMAT.

  45. ary2796
    19 March, 2011 at 8:23 am #

    kesian pantau.. Terpedaya dengan paper.. :) apa yang penting.. RHM bertambah mantap.. You Are the best kawan…

  46. PANTAU
    21 March, 2011 at 9:02 am #

    paper juga mainkan peranan penting..dari whr@rhm langsung tak mainkan peranan..tiada sebarang surat ,pemberitahuan..tau2 aja mau pau lagi ahli rm50.kita tunggu aja bila saya dan kawan dlm 10orang yang langsung tak pernah dapat imbuhan satu tahun++..dlm masa sebulan@2 bulan.kalau tiada apa2.mmg sah RHM mahukan rm50 peserta semata mau menampung kos imbuhan shj.

  47. 22 March, 2011 at 12:30 am #

    suka hati lah cik pantau.. sila lah baca paper selalu. mana yang masih nak menyertai boleh email kepada saya. tanggungjawab saya cuma beritahu apa keadaan semasa yang berlaku skrg ini. kepada yang masih mahu menyertai boleh email saya lagi. terima kasih.

  48. PANTAU
    5 April, 2011 at 12:15 pm #

    as’salam…macam mane ngan imbuhan??dah ade yg dapat ke?xde la tu.tunggu berita RHM lak tutup ..

  49. umat muhamad
    7 April, 2011 at 4:29 pm #

    Assalamualaikum cik/en. pantau. Tak pahamlah saya dengan sikap anda ni. Kalau dah tak percaya lagi dengan WHR/RHM tak perlu tunjuk di sini. Pergi terus ke HQ dan nyatakan/luahkan perasaan anda tu. Kenapa perlu cakap yang negatif seperti RHM akan tutup dan sebagainya. Inilah tipikal perangai melayu tulen yang sentiasa berfikiran negatif, yang tak mahu berusaha tapi dalam masa yang sama tak boleh lihat orang lain bahagia. Apalah salah kalau terus berharap RHM terus maju dan semoga dapat dikembalikan duit-duit kita tu. Kalau anda dah putus asa, masih ramai lagi yang tidak putus asa. Kalau mereka tertipu lagi, itu hal dia dan bukan masaalah anda.

  50. mwar
    8 April, 2011 at 11:55 am #

    umat muhamad : bukan me nk kondem, me da masuk bln 2 tahun lepas aper pun xdak.

Trackbacks/Pingbacks

Leave a Reply


+ 4 = 5

CommentLuv badge