8:22 am - Saturday May 19, 2012

Perniagaan Internet, MLM,Kutu Pintar dan tipu

Ingin beriklan di sini? Emel: admin[at]jomkongsi.info

Baru-baru ini dunia perniagaan internet ,cari duit & buat duit dari internet gempar lagi apabila skim MLM cepat kaya internet seperti KutuPintar telah diharamkan kerana sistemnya berunsurkan penipuan duit (scam MLM). Kosmo 29 March lalu menyiarkan berita mengenai skim KutuPintar bertajuk “Empat syarikat kutu pintar dipantau”… Sememangnya pada pandangan saya, KutuPintar ni memang sesuai dgn namanya kerana ia memang pintar menipu individu-individu yg tidak berapa pintar yg ingin cepat kaya. ;)

Selain itu, saya menganggap bahawa admin atau ‘tokey’ skim MLM ini adalah dari kalangan melayu…memang betullah, ‘Melayu Boleh’ kot…sampai sanggup menipu orang dengan cara mcm ni…nauzubillah…

Berikut adalah sisipan berita dari akhbar Kosmo yg bertajuk “Empat syarikat kutu pintar dipantau”

ANTARA laman web syarikat haram yang memanipulasi wang pos menerusi skim kutu pintar.

ANTARA laman web syarikat haram yang memanipulasi wang pos menerusi skim kutu pintar.

Info KutuPintar yg agak pintar & licik menipu mangsanya yg tamak & ingin cepat kaya

Info KutuPintar yg agak pintar & licik menipu mangsanya yg tamak & ingin cepat kaya

Kaedah penipuan KutuPintar MLM internet

Kaedah penipuan KutuPintar MLM internet

KUALA LUMPUR – Empat syarikat haram dikesan menjalankan aktiviti memanipulasi wang pos secara aktif melalui Internet atau dikenali sebagai kutu pintar bagi memperdaya orang ramai di seluruh negara.

Satu daripada syarikat itu mula beroperasi sejak Mac tahun lalu dan sehingga Mac tahun ini, ia telah berjaya mengutip RM33 juta daripada lebih 30,000 ahlinya.

Perkara itu didedahkan oleh Pengarah Kanan Penguatkuasaan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Muhd. Redzuan Abdullah kepada Kosmo! semalam.

“SSM sedang mengadakan siasatan terhadap salah satu penganjur skim ini manakala tiga lagi masih dalam proses pemantauan untuk melihat operasi dan siapa yang terlibat.

“Kami juga sedang merekodkan kenyataan daripada syarikat ini sejak tiga minggu lalu untuk mengumpul bukti sebelum membuat pendakwaan terhadap penganjur terbabit,” katanya.

Menurut Redzuan, skim itu didapati melakukan kesalahan menguruskan perniagaan wang kutu tanpa lesen dan boleh didakwa di bawah Seksyen 3, Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara tiga tahun atau denda tidak melebihi RM5,000.

Persoalannya…

Satu daripada syarikat itu mula beroperasi sejak Mac tahun lalu dan sehingga Mac tahun ini, ia telah berjaya mengutipRM33 juta daripada lebih 30,000 ahlinya.

yang hairannya…

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara tiga tahun atau denda tidak melebihi RM5,000

so, apakah respon pembaca2 semua terhadap skim MLM internet mcm ni? Saya rasa,ada bersepah lagi skim MLM ‘copy paste’ sebijik mcm ni dlm internet,hanya menunggu masa untuk menjerat insan-insan yg ingin cepat kaya je…saya berharap post kali ni dapat membuka mata & hati pembaca-pembaca semua untuk berfikir dahulu sebelum menyertai skim2 MLM internet sebegini…

info tambahan: laman web KutuOnline.com sekarang dah di’redirect’ ke laman web dinars2u.com pulak..ape kes ye…wallahualam…nampaknye mcm bayang2 KutuOnline je…ingat saudara saudari semua, berhati2 sebelum tertipu ok! Jangan kerana nak cepat kaya, habis duit simpanan dipakai utk sertai skim2 MLM macam ni…jumpa lagi dalam post yg akan datang bertajuk “Kata-kata hikmah perniagaan MLM internet” :)

jadi apa tunggu lagi, jomkongsi info anda sekarang!

*Entri ini adalah pandangan penulis blog ini shj,tiada kena mengena dgn pihak lain. Jika anda mempunyai sebarang pandangan, jom kongsi info anda di sini! ok! :)

Popularity: 35%

Entri lain yg mungkin berguna untuk korang:

  1. Lagi Kes Perniagaan MLM Scam Dan Tipu Duit
  2. 9 Juta Senarai Email Untuk DIjual?
  3. MLM Vemma Scam, Halal Atau Haram?
  4. 5 Aspek Yg. Patut Ada Pada Blog Bisnes Anda
Filed in: Buat Duit, Featured, Perniagaan, Perniagaan Internet, Scam

177 Responses to “Perniagaan Internet, MLM,Kutu Pintar dan tipu”

  1. PANTAU
    14 April, 2011 at 11:42 am #

    mwar ,kalau rajin pegi je opis.teman dah tak rajin.buang minyak,tol,masa.jawapan yg sama..tunggu tunggu dan tunggguuu….dah 1thn 3bln.

  2. SHAMIR
    3 May, 2011 at 4:23 pm #

    kawan saya beritahu,rhm bakal ditutup seperti whr.modus operandi yang sama.

  3. SHAMIR
    3 May, 2011 at 4:25 pm #

    rhm bakal ditutup.kesalahan kali ke 2 didenda..pengarah mungkin mampu membyar dengan hasil wang peserta.kali ke 3 ,baru akan dipenjara

  4. PANTAU
    10 May, 2011 at 10:41 am #

    tgk mane ade orang RHM berani jawab.semua diupah…SSM dah pantau,dorang nak bg tutup je terus.melayu oh melayu..

  5. 11 May, 2011 at 4:05 pm #

    salam dijemput rakan2 hadir ke pelancaran plan 3P(booster plan) di RHM. pada 16.05.2011. jam 8.30pm. dijemput hadir

  6. razif
    12 May, 2011 at 12:01 pm #

    asik lancar je?bila nak tutup?tunggu dapat juta juta la tu.ahli lama dah satu tahun lebih tak dapat apa .tak dapat khabar.berapa ramai dah sumpah WHR,RHM..tak lama la tu.

  7. pon
    19 May, 2011 at 10:26 am #

    aku sudah tidak percaya pada mu lagi..
    lebih baik

  8. alang
    12 June, 2011 at 10:50 pm #

    ade MLM yg xsalah contohnya ………..MLM yg slah sebab sistem depa mengkayakan orang atas…ada MLM yg adil,bawah dapat atas pn dapat…HALAL….

  9. pon
    13 June, 2011 at 9:01 pm #

    where are you ary……

  10. tcm
    16 June, 2011 at 10:43 am #

    hai semua….dah baca semua blog2 komen2 forum2 di sini, kesimpulan nya gini,tak kira dunia milinium ni adalah dunia MLM tetapi bukan semua orang bole jadi jutawan tanpa usaha kalau semua harap labur sikit dan mau lihat pelaburan tu beranak tanpa usaha itu IMPOSSIBLE namanya.tetapi memang terbukti dlm MLM u kerja lebih u dapat lebih dan cari tahu dahulu latar belakang syarikat yang anda nak join. jangan main terjun saja…..jgn memburuk buruk kan syarikat yg anda join tapi gagal,tanya diri sendiri kenapa saya gagal kenapa orang lain boleh berjaya.

  11. razif
    17 June, 2011 at 10:40 am #

    takde sape berani jawab pasal dah melingkup..tipo je semua ni.pengarah,orang atas2 dah goyang kaki.tak logik sungguh kena bayar rm50.sedangkan duit peserta syarikat simpan.kalau ikhlas nak tolong ,potong dari duit penyertaan.orang tamak,dungu je boleh kena tipu..

  12. pon
    17 June, 2011 at 11:33 am #

    ini case bukan bleh settle kat dunia saja…akan berlarutan hingga ke ahkirat..pada bos2 ingatlah.. ini semua akan melambat anda memasuki syurga..tlg settle cepat2 sebelum anda terpadam…lagi susah..

  13. pon
    17 June, 2011 at 10:23 pm #

    jangan ingat tipu org kat dunia boleh lepas nanti kalau terpadam ..mata terbeliak,.mulut ternganga…nak ka jadi macam tu..dosa dgn tuhan blehla mintak ampon dgn tuhan ..tapi klau dgn manusia.susah brader nak settle…kalau ramai lagi sakit..lu fikir la sendiri..kalau senang pon tak lama mana…

  14. zamri
    22 June, 2011 at 7:47 pm #

    slm..sy da join sjk januari 2011..da byr da 50 tu..smpai skrg..habuk pn x dak!!!!penipu!!!

  15. zamri
    22 June, 2011 at 7:48 pm #

    slap2 da join sjak januari 2010

  16. razif
    1 July, 2011 at 10:46 am #

    tunggu saat nafas terakhir..masa tu dah terlambat..hei roh yg hina!!keluarlah engkau dari jasad yang hina!!tergantunglah engkau antara langit dan bumi!ini yang engkau mahukan ..demi sedikit kesenangan dunia,engkau gunakan AGAMA.camne la azab orang yg terlibat selagi tak dimaafkan

  17. pon
    5 July, 2011 at 11:45 pm #

    jgn ingat dgn tipu org hidup kita akan senang…..dan jgn ingat hidup kita akan barakah…segeralah bertaubat dan jumpalah seorg- seorg utk meminta ampon sebelum kamu mati kerana rohmu akan susah keluar drp jasadmu ……….doa org yg terinaya cepat makbul..maka beringatlah….

  18. pon
    10 July, 2011 at 10:02 pm #

    kau akan lambat masuk syurga kerana banyak lagi masalah dgn downline yg belum selesai…baik2 kau ingat…

  19. pon
    3 August, 2011 at 9:28 am #

    melayu tolong melayu konon….

  20. pon
    20 August, 2011 at 9:53 am #

    semoga raya kau tahun ini di timpa musibah……

  21. 20 August, 2011 at 1:05 pm #

    Keberkatan bulan Ramadhan secara kasar dibahagikan kepada 3 bahagian, iaitu 10 malam pertama yang dipenuhi rahmat Allah SWT, 10 malam berikutnya diisi dengan pengampunan (maghfirah), manakala 10 malam terakhir merupakan pembebasan manusia dari api neraka. Keberkatan yang Allah SWT berikan ini akan dicapai sekiranya kita menggunakan waktu yang terhad untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT sebagaimana saranan Rasulullah SAW.

    p/s adakah kita sudah melalui malam pertama untuk 10 malam terakhir kerana InshaAllah… ada tinggal 9 malam sahaja di bulan ramadhan pada tahun ini? malah semalam adalah malam terakhir untuk 10 Malam kedua ramadhan.. maka rebutlah peluang yang telah allah sediakan untuk umatnya..

  22. pon
    28 September, 2011 at 9:13 pm #

    maka jgn anda sekali-kali merebut jerangkap yg telah di sajikan kpd anda oleh manusia yg bertopengkan syaitan!!!!!!

Trackbacks/Pingbacks

  1. Movie Sambungan Kegemaran Ramai Akan Datang 2010-2011-2012 | JomKongsi Info Blog - 1 October, 2010

    [...] lagi aku taknak cerita pasal info buat duit, perniagaan internet, adsense, vemma scam, mlm scam ke.. atau apa2 je yg scam. Tapi kali ni adalah entri versi santai shj ok! Dalam post kali ni aku [...]

  2. Buat duit dari blog atau buat duit dari internet | JomKongsi Info Blog - 2 November, 2010

    [...] tambahan kepada buat duit dari blog ni, ada juga yg mempromosikan skim MLM ke, skim buat duit yg lain ke..(termasuk bisnes yg fizikal) di dalam blog sendiri. Dan mengatakan [...]

  3. Buat duit dari blog atau buat duit dari internet 2 | JomKongsi Info Blog - 5 November, 2010

    [...] pada pandangan aku semenjak dua tiga menjak ni, ada je aku lihat pengamal2 MLM, pengamal2 skim cepat kaya,  skim duit kutu, skim piramid..suka sangat iklankan kat mana2 & melabelkan bisnes diorang tu [...]

  4. Awas Nanti Duit Dalam Maybank Kena Curi | JomKongsi Info Blog - 15 November, 2010

    [...] melawan/mengatasi jenayah ini seperti jika Maybank, korang boleh laporkan email2 atau laman2 web penipu ini di sini [LINK] ok! Dan untuk bank2 lain, mungkin korang boleh rujuk pd laman web rasmi bank [...]

Leave a Reply


+ 8 = 10

CommentLuv badge