Apa khabar semua? Dah lama rasanya saya tidak menulis menaip di sini ya. Bukan apa, saya agak sibuk kebelakangan ini. Jadi serahkan saja pada kento & dr.cmd utk buat post kat sini. Nampaknya bnyak perkembangan baik setakat ini, jumlah pelawat & pembaca blog ni pun dah makin meningkat dr sehari ke sehari. Thanks kento & dr.cmd juga para pembaca semua!
Oklah, untuk entri kali ini ingin saya berkongsi dgn pembaca semua mengenai satu informasi berkaitan perniagaan internet juga barangkali berkait rapat dgn perniagaan buat duit MLM. Harap maaf jika post saya kali ini agak berkontroversi sedikit barangkali untuk sesetengah pihak ok. Walaupun begitu, saya harap post kali ini dapat juga membantu sedikit sebanyak individu2 di luar sana tu yg masih terkapai2 mengenai program ini. Ada yg bertanya halal atau haramkah? Ada yg bertanya ‘Scam ke program ni?’ Untuk menjawab persoalan tersebut, saya mahu berkongsi dengan anda semua mengenainya dlm entri kali ni.
Baiklah, kali ini saya ingin menulis mengenai MLM Vemma (Vemma Corporation, Vemma Builder) yg. sekarang ini hangat diperkatakan oleh segelintir rakyat Malaysia yg. obses suka dgn program buat duit, skim cepat kaya, MLM dsb ini. Sudah tentu anda semua pernah dengar mengenai program MLM Vemma ini bukan? Jika tidak, tiada masalah, taip je dkt enjin carian ‘vemma’, mesti dapat punya info buat duit dgn Vemma ni. Pada asasnya, program ini tidak jauh bezanya dgn program MLM lain, cuma produk utamanya adalah Jus Manggis yg dikatakan baik untuk kesihatan, gerenti membantu memanjangkan umur anda dsb. Di samping itu juga, harga yg dikenakan untuk pakej2 jus ini juga setinggi bermula dari puluhan dolar USD sehingga ratusan dolar USD. Sanggupkah anda membayar ratusan ringgit hanya untuk membeli jus manggis dari Amerika Syarikat?
Terus kpd persoalannya, dr apa yg saya lihat, baca, fikir & kaji. Program ni tidak jauhnya dr program MLM yg biasa yg kebanyakannya penuh dgn scam janji2 manis pd ahli yg menyertainya. Apatah lg program ni bukannya diasaskan oleh individu Islam tapi sebaliknya…anda faham sendiri lah ya. Memang betul ada segelintir individu yg boleh buat duit dari program ini, tapi anda perlu ingat, ini adalah salah satu bentuk skim piramid yg di’modified’ sedikit untuk mengelirukan anda. Jika anda fikir ‘wah! upline aku dah jadi jutawan puluh ribuan sekarang, kenapa tidak aku?’ Itu sememangnya bagus utk anda memotivasikan diri anda, tapi anda perlu ingt juga siapakah upline anda itu, cuba perhatikan kebanyakan dari upline anda semestinya seseorang yg sudah biasa buat duit kan? (sudah ada banyak bekas prospek, lists dsb), jadi Vemma ni hanya sebagai side income mereka sahaja. Dari aspek ini, mereka sudah berjaya mengaburi akal pemikiran anda untuk membuatkan anda terfikir duit, duit, duit tanpa menyedari bahawa anda sbnrnya tiada senarai prospek, lists dsb.
Jika mereka (upline) boleh buat duit dalam masa dua/tiga minggu shj selepas menyertai program, anda mungkin akan mengambil masa setahun, dua tahun, atau langsung tidak akan dapat jadi seperti upline anda itu. Maka sia-sialah sahaja ratusan USD anda tersebut yg ada lebih baiknya anda gunakan untuk tujuan lain yg lebih berfaedah. Di sini jelaslah, MLM seperti Vemma ini bukan untuk semua orang. Jika anda merasakan anda mempunyai banyak prospek, lists & sebagainya, maka tidak salah untuk cuba buat duit dgn program ini (jika anda seorang yg tidak ambil kisah soal halal, haram dll). Tapi jika anda hanya terikut2 dengan upline anda yg sudah pasti akan kebolehannya buat duit dgn MLM, maka baik anda hentikan shj niat anda ini, ‘better save your bucks for something else!‘ kata orang putih yg juga anti program Vemma ini.
Sebagai penutupnya saya mahu berkongsi dgn anda semua beberapa respon & kata2 hikmah keluhan dari mangsa program Vemma ini. Yg bestnya peliknya dari orang luar/Amerika juga :
“Vemma, Mona Vie, etc….they’re just re-marketed pyramid schemes…all fitting into “today’s” standards of unethical business practices thanks in great part to Republicans, sociopaths, and the world being taken over by people with marginal and dysfunctional personalities…damn…it’s like “Untreated Children of Alcoholics Gone Wild!”
“Functional people (including us ex-children of alcoholics) need to stand up and tell our government(s) “No More!!! Basta Ya!!!” Things HAVE gone out of control and we let it happen.”
“I’m mad as hell, and I’m not gonna’ take it anymore!!”
“it’s just organized crime.”
“I had not heard of Vemma but a quick google search shows a few warnings and the Vemma site itself has some of the usual MLM promises.”
“I was stupid too join Vemma Europe , i found out people could get into your website which they give them for free and see all your private details more worse they could see also my creditcard and bank account date. they abused it with making false email adres on my name .
After i stopped the auto shipment they kept on charging money from my account. I cannot trust their leaders nor Vemma Europe i heard alot of more bad stuff about them so be warned .
I tried to complain but no use…”
*Hanya utk informasi shj, 100% sumber dari forum luar negara. anda boleh dptkan bnyk lagi dgn bantuan encik Google
Info 1- Info 2
Perlu diingatkan saya bukanlah anti kepada mana2 program MLM/SkimPiramid tapi sememangnya saya tidak pernah & tidak suka untuk ambil bahagian dlm MLM program kerana sy ada pandangan tersendiri. Salah satunya, MLM ni berkonsepkan “Siapa cepat dia dapat: Siapa lambat makin terlambat” + “Yg atas makan duit cepat: Yg bawah merana tak terubat” betul tak? Jadi kesimpulannya, terpulanglah pd anda semua samada mahu mengatakan Vemma program ni Scam, halal atau haram dan sebaliknya. Saya berharap ada pihak yg berwajib dapat mengkaji program ini sama seperti mereka mengkaji program BuluhMas dulu
Saya mengalu-alukan anda mengkaji sendiri program ini, silakan. Tapi, jangan lupa untuk berkongsi info kat sini juga. Manalah tahu pemikiran & pandangan saya itu ada salahnya dsb ok.
| Perlu diingatkan ini adalah pandangan drpd penulis jemputan kami shj & kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang penyalahgunaan entri ini, harap maklum |
Popularity: 100%
Entri lain yg mungkin berguna untuk korang:

@JBB:
wah hebat tu, sampai nak buat bisnes Vemma pun nak pakai domain rege RM21k hebat2 ;D
tapi btul jg tu, tiada yg salah dgn bisnes MLM..,cuma kadang2 tu ada MLM yg mengeksploitasi sistemnya sehingga jadi skim cepat kaya, skim piramid dll…
em,,,sori mencelah,saya hanya minat produk vemma tu,manggis,,anti oksdnt tinggi,,buleh kebal pnyakit,,,tapi website ni dah 2 tahun. bnyk ayat2 perbalahan ,,hu,,saya rasa produk dia problem nak sampai kat mlsia kot,,tapi khasiat manggis tu memang benar ,,kan,,kan,mf jka terksar bhsa,,shja komen,,
huhuhuhu..kecoh betollah kat blog berdebut ni…vemma bukan penipu..tp korang kena berani tanggung risiko untuk kuarkan duit poketlah..kalo duit nak makan pun x mampu nak byr..lbh bek xpayah masuklah..vemma ni hanya untuk org yang bergaji besar dan berilmu mengenai IT..kebanyankan yg msuk pun..dah memg org kaya.Vemma bermula tahun 2006 di Malaysia,skunk 2010 dah nak masuk 2011.kalau masa keluaran bolehlah masuk tp skunk dah ketinggalan..buat rugi aje..Pengasas vemma skunk dah jd kaya raya makan duit yg kita byr bulan2.simpanlah duit tu..kalau susah2 boleh pakai..aku pun hampir nak buat pinjama kat easy rhb..tp bila difikirkan balik tak payahlah amik risiko..kite bukan org kaya.kalau tak bawa pulangan balik.bulan2 confirm kena byr kat bank then kena plak byr rm60 untuk vemma..kalo nak jd kaya..buatlah business sendiri,jual baju/tdg ke…***maaf sekiranya ada yg tersinggung,sekadar kome***
saya dulu pun nak masuk, upline x cakap pun kne maintain bulan2.. bila sy dah upgrade (sib baik yg rm342) br ler ckp patut lebih baik upgrade yg rm5000 tuh.. pas tuh modal akan dpt balik dr duit bonus yg dpt tiap mingu. dah tuh masa nk upgrade guna debit kad(sib baik xder kdt kad)baru tahu kne byr duit sistem dlm us19.9.. upline kata kne cari 5 org sebln, akan free byr..tp nk dpt 1 pun susah. Dah tuh, sy try gak promote kt iklan2 percuma. upline tegur, suh bt iklan berbayar. lagi byk pre enroll. dah tuh beratus atau beribu lak kos iklan. dorang kata kne kuarkn modal klu nk untung byk. dorang dah stabil, xpa lah. downline byk. kita ni sangap. fresh. Dah tuh bile buat meeting on9, ada upline lain yg berlagak jd bossy. Kne ikut cara berjaya dia. klau kita nk bagi pendapat ikut cara kita, semua salah. marah lak. benci tul.. so, mmg rugi dlm rm342 x2 bulan+ rm79 (x7) = rm1237.. paid member sorang dpt.. tp tu pun dah out coz dia xnak maintain bln2..huhuhuhu..sian laki aku kuarkn duit..
salam all
konsep vemma ni sama je mcm bukak kedai secara fizikal..bukak kedai kena ada masukkan stok brg2(ribu jugak),renovation(berapa ribu?),upah pekerja (sebulan paling kurang rm500, bil api dan air dan nak jaga dr pg smpi ptg..prospek pula hanya sekeliling kedai lokasi perniagaan anda.di vemma modal maksimum rm5130 seorg join dgn pakej ni dpt pulak rm1520(hampir 30% profit),market luas seduania, upah pekerja usd19.95 saja dan dapat 5 join free lak tu..tak perlu renovation, jaga kedai dr pg smpi ptg dan boleh bisnes di mana2..potensi income pulak sehingga rm95,000 seminggu(potensi income mcm ni jika buka petrol station atau franchise KFC dgn moda setengah juta) dan ada yg dah dapat..cabaran dlm bisnes vemma hanyalah promosikan website saja..kos iklan kena ada..sama juga bisnes bukak kedai..perlu promosikan jugak edar flyers dan mcm2 lg..saya juga zero dlm networking,MLM dan IT..ketika mulakan vemma tidak bekerja tp saya paham konsep berniaga..ni bukan duduk diam dpt duit,bukan skim cepat kaya tapi boleh kaya cepat dan singkat jika buat..saya masih belum kaya tp dah shortkan income 10 tahun saya di maybank dgn 2 tahun di vemma..ok jugak,dapat bersama suami dan anak2 di rumah, dpt tgk pembesaran anak2..yg tak paham akan kata vemma tipu,scam,itu dan ini..jika kita paham dan buat vemma modal terendah dalam semua biz networking yg GENUINE
Pendapat Ntah Ape2…..
Vemma VS MLM lain (GDI-sbg contoh)
Vemma..
)
-keahlian mahal walaupun pakej paling murah..(bak kata upline “nk kaya kena modal besar, tp lebih jimat dr biz offline..
-t’paksa bayar lebih utk page vemmabuilder@$19.90/month(byk gik team promote MLM kasi affiliate web free)
-komplain produk lambat & x sampai
-tarikh expired jus hanya kurang dr sethn dr tarikh order(ceh..minum sebotol pun blm tentu abis..nasib order 2 botol jer)
-selalunya org akan cakap sebarangan ttg khasiat produk2 seangkatan camni like dpt sembuhkan apa2 penyakit..(indah khabar dr rupa atau hanya kebetulan)
GDI(contoh)
so kenapa nk byr lebih kalo komisen blm sekukuh rm3000-Rm4000 seminggu spt yg dicanang? )
-kos paling murah $10 jika x upgrade ke premium..
-banyak team yg sediakan free web support like powerpathgdi,GDI-coop, GDI Malaysia etc(konsep sama jer ngan vemmabuilder..
-juz guna domain utk hosting page
walaupun potential income GDI x sebesar RM95000/seminggu spt Vemma
(modal besar mestilah dpt besar, tp % komisyen lebih kurang sama jer..xkira modal besar or kecik)
tp R.O.I GDI lebih baik dr VEMMA pada peringkat “membina downline” alias biz MLM on9)
jika budget setiap bulan hanya ada RM200..
so lepas tolak fee GDI..lebih dpt pakai utk kos iklan..
berbanding dgn Vemma..
dahlah fee RM400 lebih.. contoh tambah kos iklan RM200..
RM600 lebih ya bro.. kalo byr ansuran keta or loan ASB..berbaloi gik kan??
bukan senang nk dpt 5 org seminggu..kalo ramai persaingan yg promote benda sama(masa depan PC,SEO,Iklan Free & Berbayar kena fikir gak)..
mmg benar MLM bkn Skim Cepat Kaya..
tp Long Term Invest jika nk kutip hasil lumayan..
Nak berjaya bkn hanya dpt 300 org DWline dh riak..
NEtworking yg penting..relationship sesama team@org yg buat anda berjaya..(Jgn dwline kurang..makin tension..xda dwline xda komisyen.. Jgn masa kayo jer berani letok pic & video sendiri..karang dh t’sungkur muka nk letak mana?)
So harap2 xda yg jd Jutawan yg hanya kekal 2-6 bulan jer..
p/s
Dlm byk2 biz aku paling suka layan ptc, modif article utk adsense etc utk cover fee MLM & kos iklan.
kalo promote TWRPS lagi bez ckit.. fast R.O.I..
Nak jadi Pengeluar, Pembekal atau Pengguna adalah pilihan masing-masing.
PENGELUAR / PENGELOLA – ex. Nuffnang mengeluarkan program pengiklanan melalui web/blog..
Keperluan & Kos:-
1. Server yang berprestasi tinggi (tidak kurang RM10K @ mungkin hingga ratusan ribu ringgit)
2. Pembangunan sistem Nuffnang melibatkan pengetahuan pengaturcaraan & coding system dll. Perlu cukup ilmu aka pakar & Webmaster. Kos MASA diperlukan melebihi 5 tahun @ 1825 hari @ 43800 jam @ 2628000 minit @ 157,680,000 saat..
3. Pendaftaran syarikat berdaftar
4. Menggajikan pekerja
5. Membuat pemasaran penjenamaan, pengiklanan untuk anda mengenali program Nuffnang itu.
6. Bantuan sokongan berterusan seperti membuat bayarkan bonus, pertanyaan, sokongan motivasi, tutorial dll… bantuan support sehingga 24jam sehari/minggu.. Anda sanggup untuk tidak tidur?
Kesimpulannya, jika ada Idea yang hebat, kemahiran yang mantap, kesanggupan dengan masa yang banyak untuk dilaburkan, puluhan ribu ringgit untuk dilaburkan, kemahiran & pengalaman pengurusan yang baik, maka anda boleh menjadi pengeluar untuk produk anda sendiri.
Jika anda tidak mempunyai MASA, KEPAKARAN, mahupun WANG sebagai modal untuk menjadi pengelola bisnes, silalah abaikan niat anda itu. Anda akan membazir suatu yang lebih bernilai iaitu MASA..
PEMBEKAL / AHLI / PESERTA / PUBLISHER
Keperluan & Kos:-
1. Perlu memiliki web/blog sendiri. Itu pun jika reti guna WordPress anda sebagai pengguna weblog. Andai kata tidak wujud Weblog wordpress ini atau sebarang jenis web pengurusan (WYSIWYG) adakah anda boleh membuat web sendiri dengan cepat dan mudah? Masa juga diperlukan..
2. Idea menghasilkan artikel / kandungan pun perlu bagus.. Itu pun jika anda bijak memanipulasikan segala yang ada di sekeliling atau di depan anda untuk menjadi penulisan yang menambat hati ramai orang untuk membaca.
3. Tidak boleh klik iklan di blog anda sendiri
4. Nak mengajar orang buat duit dengan Nuffnang FREE, FREE pun terasa melecehkan iyelah, MASA itu EMAS!
5. Takkan 1 bulan RM50 shj? itu pun bernasib baiklah kalau trafik ramai, kalau ada group blogwalker yang kongsi2x klik.. (Ini pun aktiviti Networking yang anda sedar tak sedar dah memperakuinya boleh cepat dapat duit dengan Nuffnang). Sekali lagi, berapa anda mahu untuk menukarkan MASA kepada Wang? itu baru masa, belum kepada Berapa banyak POWER yang anda sanggup keluarkan dari body anda?.. (POWER = Kerja / Masa)
6. Itu pun jika anda sanggup tunggu bertahun-tahun untuk memperoleh RM1000. Jika blog sekadar 1 artikel sahaja, lepas tu tak buat apa-apa dah, masakan nak RM100, RM1 pun belum tentu boleh dapat.
Tak konsisten, takkan dapat apa2x.. Dalam apa jua Bisnes wajib konsisten.. (bil streamyx, elektrik, duit makan harian peh….)
PENGGUNA / PELAWAT
1. Yang datang ke blog anda mencari info, atau bersuka2x sahaja.
2. Tak perlu nak fikir buat artikel atau blog etc.. datang untuk berkomen
3. Tak tentu lagi nak klik iklan Nuffnang anda. so Adakah anda nak sebagai Publisher akan paksa orang klik iklan anda? Nuffnang tahu dia akan banned anda. So terpulang kepada pelawat itu..
Kesimpuan di sini, dalam apa jua bisnes termasuklah VEMMA, kita tidak boleh lari dari 3 kategori utama ini.
Apa yang pasti sepanjang pengalaman saya di VEMMA, Pengguna produk boleh menjadi Pembekal yang hebat (PENGGUNA + PEMBEKAL). Jika nak jadi PEMBEKAL SAHAJA takkan berjaya, & Jika nak jadi KONSUMER SAHAJA pun tetap sama macam penguna produk yang serba serbi di muka bumi ini.
Pilih produk mengikut keperluan masing-masing. Jika ia berikan suatu peluang pendapatan, ia jauh lebih baik dari menjadi pengguna yang hanya mendapat manfaat produk sahaja..
Ex:
1. Broadband / internet
2. Elektrik
3. Air
4. makanan yang dibeli di restoran / kedai
5. minyak motor / kenderaan
DUIT boleh dicari, kalau MASA yang pergi, ia PASTI takkan kembali lagi..
P/S: Berapa Nilai masa anda mengikut wang ringgit? 1 saat RM???
salam
hurm.. ada juga tertatik dgn benda alah ni tapi stil kwal diri lagi..
apapun kena hati2..klu labur duit biarlah pada pkr yang benar2 kita yakin dan bukannya pd pkra yang was2 huu
terima kasih atas makluman dan pandagan atas..sungguh manfaat pd kita semua..
pada saya la… kebanyakan (dan mungkin semua) MLM ni mcm… agak gharar dan memang amat tidak telus… sebab apa… tujuan utama ‘peniaga’ bukan laa nak jual barang. tapi lebih kepada pandang $$$ yang buleh masuk poket kalau dapat kutip banyak orang … ya ya… orang2 ini akan jadik ‘user’….
tapi camne pon, bukan bisnes jual barang. bisnes kutip orang
rasa elok kalau leh gi website aidid mu’addib tu. banyak dia cerita pasal MLM dan Pyramid Schemes…. layan gak baca benda kat situ. hehehehehe
Wah x sangka senior-senior vemma posting kat sini. Waaahhh tapi xsempat la nak baca semua.. To the writer of this blog, dan juga kepada pengkritik2 yang lain, nasihat saya sebelum kamu semua nak cop sesuatu MLM ke apa ke business ke sila buat kaji selidik dahulu (kemukakan fakta-fakta yang disahkan oleh mana-mana badan organisasi samada kerajaan mahupun NGO) baru boleh kondem stakat nak cakap kosong jek dari pandangan kosong anda semua.. mmg semua business adalah scam, even pakcik jual cendol tepi jalan pon korang nak cop scam. Kalau betul Vemma ini scam.. mana bukti..saya nak jugak tgk fakta2 ye la nak join business ni kan…
Kemudian saya berjumpa sorang akak ni yang telah mengamalkan produk vemma ini kepada family dia, terbukti anak-anak dia jarang dah pergi klinik2 kerana demam. So kenapa mesti ada “scam” kat situ. Vemma bukan MLM yang korang sangkakan, mereka ada “Produk kesihatan” mereka sendiri yang diiktiraf halal oleh Jakim dan juga doktor. Yang lebih lanjut sila google memandangkan tuan empunya posting ini “cetek” ilmu berkaitan vemma. Kira macam baru baca A B C dah nak berlagak seperti dah pandai mengeja. Harap maklum bukan nak perkecilkan tetapi buat kaji selidik terlebih dahulu sebelum kritik sesuatu produk @ business..
Kalau sesiapa yang x juga puas ahati boleh la pergi ke Business preview kat PJ bak kata senior2 vemma kat atas nuh.. korang boleh berjumpa macam-macam orang. dan tanya sendiri apa kata mereka.
Buat akak yang kondem x da downline la x da payment la nampak dah kat situ kaki ponteng bila ada sesi tunjuk ajar. Vemma is not just about MLM or wat so ever, its about their healthy product.
I found this one of my friend she’s already a successful member not because of the MLM but the product itself. She used it and she promote the product to people and yet it helps them.
terima kasih untuk komen2 anda diatas…
yg positif ada, yg negatif pun ada.
apapun, please keep the discussion clean
-admin
@migustik sila bace semua comment2 di atas sebelum nak mengata orang
x sape cakap salah, tapi bende 2 akan jadi salah kalau tujuan utama bukan nak jual produk tapi lbh kpd MLM cari downline, nk dpt bonus downline, produk hanye sebagai hiasan. kalau niat 2 betul nak niaga produk, baru dari situlah datangnye keberkatan produk itu, boleh menjaga kesihatan dll. kalau niat 2 hanye nak aim duit je, pk nk kaye cepat, pakse2 org suruh masuk ultimate ke ape ke, yang ni akan rosak. salah satu sebab kenape diharamkan sistem piramid.
salam.. just bagi pendapat.. bisnes apapun vemma, gdi atau apa-apa yang halal dan sah perlu kita ambil positif sebab kalau semua cakap negatif pasal bisnes internet orang lain, sapa rugi… oleh itu kalau nak tulis negatif thing about any bisnes, pikir 100 kali. ni saya cerita pengalaman saya di USA.. saya belajar di sana tahun 1980an. Masalah utama pelajar Malaysia di tempat saya Washington DC adalah nak cari tempat tinggal. Kenapa? Kerana kalau sebut saja kita student dari Malaysia, terus dia orang reject kita. Sebabnya orang malaysia sendiri yang buat masalah menyebabkan nama Malaysia terpalit benda kotor. Kalau kita orang malaysia, tak jatuh ke air muka kita.. Oleh itu, tulislah perkara baik-baik di tempat awam. Jangan jadi macam tandas awam Malaysia.. maaf kalau terkasar bahasa.
Salam
saya nak kongsi sikit pasal vemma nie. yang sangat menipu.
kalau semua di ats cerita pasal ditpu tak boleh buat duit dengan vemma.
sy dgn rase sakit ati dan geramnye, nak kogsi pada semua yg terpikir nak masuk vemma . SILA LUPAKAN NIAT ANDA.
sy start masuk vemma pada 21-02-2011, sy buat teruja snagt degan this bis, dbb kn kbolehan sy yg minta n suka mnjual barang.so, sy dgr upline2 ckp buat google ad, vemmabuilder,..jgn berkira sngt la konon pasal duit. ok xpela.. sy buat juga. sy benti kerja sbb sy tgk this vemma ni mmg bleh pg la konon nyer…
tak sampai sebulan sy dah dapat 4 downline, cepat sungguh sy close….
mcm di jnjikn masa kt PREVIEW VEMMA pun setiap SELASA. upline n v topleder ckp… bila recruit minggu lepas dapat FAST START BONUS.
sy nie ade lah punya kelurkn duit beratus … nk close org jmpe org nk bg pham btul2, xde nk main2 online ini takut org xpercya… sy dpt kastmer lepas 1 mggu lbeh…
smpai hari nie… satu BONUS PUN VEMMA TAK BYAR. nie pun baru dapat rm15.20 tak masuk lg.
ape citer nie VEMMA yg dok ckap DOK PROMOT TIAP MINNGI INCONE MASUKKKKKKKKKKKKKK!!!!!!!!
PLS LA JGN DOK MENIPU ORG BLEH TAK…. HENTIKN LA,
lg teruk klu tak aktif bonus kita bg pd upline…. mmg tak adil, sdgkn kita buat kerja time kita aktif vemma….
weiiii…. ahli vemmma… pk la, yang hang dok henyak duit org nie, duit kaum sndri lah….
tak pyah tlong org klu niat nk tamak je. poyo la vtop leder tue. ckp bunga2 nk byar duit aku blik pun pyah…
skrg this kes naik ats… sy buat laporan polis, laporan persatuan mlm n akn buat siasatan under my relative(pengarah siasatan ssm)
rasa lah kau VEMMA….
tunggu kjatuhan ko pula… jgn dok mnipu org je.
yg upline tue pun klu nk prsent bg la fakta yg betul….
tak kn nak tungu org ge tranning bru dpt tau pasal bonus!!! bonus the semua ahli jawib tau ler….
duit org korg ambik… buat mnyumph org jer!!!
Pada saya la… apa2 MLM memang agak susah nak dapat duit yg betul betulll halal. Ok. kita cerita dari segi duit aje ye.
1. Most of the time (if not ALL of the time), duit yg orang2 MLM dok war war kan ni, bukann lah datang dari penjualan produk. Ia lebih kepada pembelian produk utk kegunaan sendiri oleh downline yg ntah berapa level bawah. end up, upline sampai X-level kat atas dapat habuan hasil pembelian downline2 tersebut. Saya rasa la, duit ni agak samar2… dan bukan dari hasil titik peluh
2. Tumpuan LEBIH kepada pencarian kepala… jadik duit pon actually, kalau dikaji betul betul la kan… mmg dari hasil $$$ keahlian, dan bukan dari penjualan produk. Kesompolannya, kebanyakan MLM beroperasi mcm sistem ponzi (duit upline dibayar hasil yuran keahlian ahli2 yg masuk lepas lepas lepas lepas lepas upline tu). Produk tu, walaupun mmg bagus sampai leh ubat penyakit jantung berlubang sembilan, memang la bukan priority. Jadi kat sini, kalau yg betul2 fikir memang buleh nampak… duit tu mmg bukan duit jual barang… tui dok? ke dok tui? Cuba pikir balik tui tui….
Jadi tu la dia… lagi satu, orang2 MLM kebanyakan akan promote barang based on modal “Nak tolong orang melayu (kebanyakkanya la) buat duit, dan nak memperkasakan ekonomi melayu”. tapi sepenglaman saya la, ni bukan the main factor. The main factor is to kompol orang, supaya leh jadik user (ataupun kalau downline tu terel, bule carik lagi kepala2 utk join) dan end up upline akan dapat duit dari downline (wang keahlian ataupun bonos pembelian produk). So, in the end mmg bisnes hipokrit dan menipu la (walaupun lama lama, orang yg selalu baut camni mmg tak rasa dia menipu dah…. pasal dah lama sangat buat kerja yg tak berapa nak betul ni)….
Jadi itu lah dia pendapat saya
@abd rahim:
terima kasih utk komen encik rahim.
admin ingin bertanya saudara, adakah post diatas ni tidak bagus atau tidak baik? jika tidak baik, adakah tidak baik hanya untuk golongan tertentu sahaja? (seperti utk ahli2 vemma)
tidakkah sedara sedar post vemma diatas banyak membawa kesan positif juga pada pembaca2/penggiat2 bisnes yg ingin menceburkan dalam bisnes MLM@ yg mula berjinak2 mencari info pasal vemma MLM. Supaya tidaklah selepas join, barulah menyesal tak sudah.
Akhir kata, manusia itu mempunyai akal…fikirlah & timbanglah sesuatu perkara itu dan buatlah keputusan dengan sebaiknya. Post diatas bukan menyuruh anda terjun ke dalam gaung atau membunuh diri…tetapi penulisan diatas hanya utk membuatkan manusia berfikir shj..PILIHAN? terletak pd tangan & hati masing2… peace
maaf kalau terkasar bahasa
p.s: penulis utk post di atas adalah penulis bebas kami & no longer writing for us. now he’s running his own conventional business with 5 figure income permonth without ‘this’ so called business.
agreed with you Alf
MLM bukan tak baik cuma kena faham pelan pemasaran nya dan bagus ke tidak produk tersebut, ada pesaing tak.
Nak kutuk MLM saya menjual portal Score A (lihat komen yang lepas). Cuma sekarang nie saya belajar sesuatu yang baru.. yang terlepas pandang sebelum meleburkan modal pada MLM dan ternak keli (hangus 6k kena tipu) iaitu pegangan aset hidup.. iaitu emas.. nak tahu layari (dipadam-admin)
Maaf dah lari tajuk.. saya sedar ramai orang kita termasuk saya bila sebut pulangan lumayan mulalah gelap mata, sanggup berhutang, sekarang trik saya sebelum saya labur saya akan tukarkan dulu modal ke emas -> masuk arrahnu baru labur kalau berjaya boleh tebus kalau tidak kumpul sikit-sikit untuk tebus (sayang lepaskan sebab harga emas sentiasa berkembang). Nasihat saya jangan biarkan duit anda lebur begitu sahaja.
Assalamualaikum,
saya bukanlah orang yang pandai dalam berdebat dan membentangkan ayat2 Al-Quran dan hadis2 Rasulullah s.a.w . tetapi saya hanya mahu memberi pendapat saya yg jelas dan nyata.Bencilah saya jika mahu. Rasulullah juga pernah dibenci oleh orang kafir, mengapa tidak saya?
saya begitu tertarik dgn komen2 pembaca artikel ini. sememangnya ada yang gagal melihat udang disebalik batu, ada yang melihat manusia hanya sebagai “alat penjana duit” , ada yang melihat program ini mampu membantu mereka dan keluarga mereka. sedarlah bahawa Allah maha berkuasa.
Terus terang saya masih lagi belajar di kolej, akan tetapi, saya boleh melihat dimana kelemahan program ini dari sudut keagamaan. mungkin ada yang telah berjaya didalam program ini, tahniah buat mereka. tetapi fikirkan adakah duit makanan anak isteri/suami anda itu halal? jgn hanya kerana duit yg tidak halal, habis menjadi darah daging mereka dan akan pasti dibakar oleh api neraka, nauzubillah.
saya pasti berniaga menjual tisu dikedai makan lebih bagus daripada mereka yang menjalankan perniagaan yang tidak berunsurkan shariat islam. Berniagalah untuk menampung kehidupan yang sederhana dan bukan untuk berbangga dengan harta.
Ingat, bukanlah duit,status,harta dan kekayaan yang akan dikira diakhirat kelak, hanyalah amalan kita.
Kejarlah kebahagiaan dunia, maka kebahagiaan dunia lah mereka dapat, kejarlah kebahagiaan akhirat maka Allah akan berikan kebahagiaan didunia dan juga di akhirat.
jika ada yang tersinggung, maka andalah orang yang diperkatakan didalam post saya ini dan pulanglah ke jalan yang benar.
Assalamualaikum.
Xri.
Vemma ni mmg bodoh la…kunun claim bukan MLM, kl dah kena cari org tu ape kebenda nya…Dah la jual air minuman cikai jer…leh kaya ke?kl jual iphone aku caya gak leh jadi kaya…kalau dah style mlm , jual karipap pun leh jadi jutawan, yg pntg downline ramai….
Mana yg ragu cek sini
Hukum Sistem Jualan Langsung (MLM) Menurut Islam
Keputusan:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-72 yang bersidang pada 23 Jan 2006 telah membincangkan Hukum Sistem Jualan Langsung (MLM) Menurut Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa konsep, struktur dan undang-undang perniagaan Multi Level Marketing (MLM) yang diluluskan Kerajaan adalah harus dan tidak bercanggah dengan konsep perniagaan Islam.
sila ambil perhatian dgn maksud di atas.
Konsep perniagaan yg dimaksudkan adalah tidak menindas, tiada unsur riba’, tiada unsur penipuan, tiada paksaan.
Apa yg saya lihat di vemma, ramai upline/leader yg memakse downline mereka menjadi ahli ultimate walaupon sekadar dengan kate2 “ko nk kaye cpt, masuk ultimate sekarang”. Unsur riba’ atau dgn kata lain harga produk terlalu mahal, harga tidak logik. Harge produk sepatutnye dijual dengan harganya bukan ditambah faedah atau bonus untuk orang atasan dalam vemma. Tidak menindas, dengan kata lain, vemma sebenarnya menindas semua ahli mereka lbh2 lagi ahli baru yg baru join. jika mereka tidak berjaya mencari downline baru, jgn harap la mereka dpt pulangan dari modal mereka sendiri. ditambahkn lagi perlu membayar perkhidmatan web Vemma setiap bulan, maintain produk setiap beberapa bln. inilah die system pyramid yg dicipta oleh orang yahudi. yg berkuasa sepenuhnya adalah pencipta vemma itu sendiri bukan ahlinya. sedar x sedar, sebenarnye kita umat islam telah ditipu bulat2 dengan angan2 menjadi kaya raya melalui sistem piramid ini. Cuba anda kaji balik semasa di zaman nabi kita, Muhammad SAW, pernahkah wujudnya MLM di zaman nabi dulu ?? pernahkah?? yahudi amat bijak, mereka mewujudkan pelbagai agenda yg tidak pernah wujud di zaman rasullullah, tujuannya bagi menyesatkan kita dari agama ISLAM, mereka membuatkan kita terpinga2, was2 tentang hukum sesuatu agenda mereka itu lalu tanpe ragu2, kita pon terjatuh pada tipu muslihat mereka !
ingatlah tuan2 dan puan2, ALLAH SWT pernah menyebut: ‘Bilamana kamu keliru atau bertengkar dalam satu perkara maka rujuklah jawapannya di dalam al-Quran dan Sunnah.’
wassalam.
To : g_hamba
Ulama menggunakan perkataan “harus” bukan “haram” ok…baca elok2..
Vemma suatu MLM yg betul dan tidak salah. Jika ada upline yang memaksa ambil Ultimate, hanya segelintir shj dan bukannya semua.. Dan, bukan slh Vemma klu jd mcm tu..tapi playernya..fhm?
Adakah mencari downline dikira menindas? mencari downline utk berkongsi kebaikan produk dan sama2 mengajak menjana pendapatan, adakah salah? Bukankah itu perkara baik..utk sama2 sihat dan sama2 menjana pendapatan…
g_hamba yg begitu alim…tidak semestinya benda yg tak ada pd zaman Nabi, kita tak boleh buat pd zaman ini. Maulud nabi tak ada pd zaman nabi..hari ni org buat jer.. Kereta tak ada zaman nabi, klu mcm tu kenapa g_hamba tak naik unta jer..tuan ada kereta atau motor kan? So haramlah sb tak ada pd zaman nabi? mcm tu?
Ulama memberikan pendapat berdasarkan al_quran dan hadis..baik tuan juga rujuk al-quran dan hadis sblm melabelkan Vemma itu haram..
Anda pasti ke niat 2 betul? memang buat business vemma 2 niat nak berkongsi kebaikan produk dan sama2 mengajak menjana pendapatan? bukannya jauh dalam lubuk hati 2 sebenarnya itu adalah percakapan semata2 utk mengaburi orang ramai? Sebenarnya kebanyakan anggota Vemma yang menyertai cara ini adalah hasil motivasi bonus yang dijanjikan tersebut dengan harapan agar cepat kaya dalam waktu yang sesingkat mungkin, padahal ia langsung tidak menginginkan produknya. Sebenarnya anggota MLM ini tidak mahukan produknya, akan tetapi tujuan utama mereka adalah menyertai rangkaian piramid bagi mendapatkan kekayaan cepat apabila setiap ahli baru membayar yuran.
Cuba anda tanya diri anda sendiri, apakah niat dan tujuan sebenar anda masuk business ini.
saya x berani nak menyentuh aspek ini, dan sy x berani nak mengatakan seperti mana anda cakapkan seperti ayat diatas, kerana saya menghormati zaman nabi.
yang ni xkan anda x dapat pikir sendiri? atau buat2 bertanye pula?
xkan la menaiki motor dan kereta pon haram?? lain la kalau anda menaiki motor untuk tujuan meragut, itu pon yg salahnya meragut, bukan menaiki motor.
tujuan yg baik seperti ini tidak salah. anda sendiri boleh pikir ainya baik atau tidak, ataupon anda tidak berpikir dulu sebelum menyoal? perkara ini telah menjadi isu, ada yg mengatakan bahawa perkara seperti ini adalah bid’ah, same juga seperti menyambut hari jadi. tapi sebenarnye ia bergantung pada niat dan perbuatan itu sendiri. kalau sambut valentine, da tentu haram sebab bley membawa kepada zina dan sebagainya. saya pon xnk ckp byk, sila rujuk di artikel ini
http://www.pesantrenvirtual.com
kpd g_hamba:
Sebenarnya kebanyakan anggota Vemma yang menyertai cara ini adalah hasil motivasi bonus yang dijanjikan tersebut dengan harapan agar cepat kaya dalam waktu yang sesingkat mungkin, padahal ia langsung tidak menginginkan produknya.
Adakah tuan tahu di lubuk hati seseorg itu? adakah tuan tahu dan boleh baca apa ada di fikiran sesorg itu? Klu mcm tu, tuan adalah Allah..nauzubillah..tuan berani dan terang2 kata ahli Vemma buat Vemma semata-mata kerana bonus dan tidak langsung ingin produk. Tuan umpama Tuhan..mengucaplah..sbnrnya tidak semua ahli Vemma mahu bonus semata-mata. Ramai juga yg bermula dgn produk…dpt produk drpd abg ke, kakak ke, anak ke..bila Allah bg izin sihat dgn asbab produk Vemma, brlah mereka mulakan bisnes pula.
saya x berani nak menyentuh aspek ini, dan sy x berani nak mengatakan seperti mana anda cakapkan seperti ayat diatas, kerana saya menghormati zaman nabi
baru skang tuan kata tak berani nak sentuh isu ini dan kaitkan dgn zaman nabi, padahal pd komen pertama tuan, tuan terang2 bandingkan dgn zaman nabi. aduyai…ckp tak serupa bikin.
xkan la menaiki motor dan kereta pon haram?? lain la kalau anda menaiki motor untuk tujuan meragut, itu pon yg salahnya meragut, bukan menaiki motor.
Ya..sama juga tuan. Klu Vemma tu bagus utk kesihatan, boleh bawa kebaikan dgn cara bg org lebih sihat dgn izin Allah dan bantu org lebih rmai dpt income, kenapa pula nak kata Vemma tak boleh buat sb alasannya takde pd zaman nabi..kuno betul pemikiran..motor kereta boleh beza, vemma takleh beza..
ada yg mengatakan bahawa perkara seperti ini adalah bid’ah, same juga seperti menyambut hari jadi. tapi sebenarnye ia bergantung pada niat dan perbuatan itu sendiri. kalau sambut valentine, da tentu haram sebab bley membawa kepada zina dan sebagainya.
Ya..pandai pun tuan..semua benda kerana NIAT. abis tu klu buat Vemma niat utk kebaikan spt yg sy tulis di atas, tak salah kan? bkn sambut valentine jer tuan, klu buat konsert nasyid sekalipun, klu ia sampai melalaikan penonton sampai lupa nak solat..haram juga tu.
kpd g_hamba:
Adakah tuan tahu di lubuk hati seseorg itu? adakah tuan tahu dan boleh baca apa ada di fikiran sesorg itu? Klu mcm tu, tuan adalah Allah..nauzubillah..tuan berani dan terang2 kata ahli Vemma buat Vemma semata-mata kerana bonus dan tidak langsung ingin produk. Tuan umpama Tuhan..mengucaplah..sbnrnya tidak semua ahli Vemma mahu bonus semata-mata. Ramai juga yg bermula dgn produk…dpt produk drpd abg ke, kakak ke, anak ke..bila Allah bg izin sihat dgn asbab produk Vemma, brlah mereka mulakan bisnes pula.
baru skang tuan kata tak berani nak sentuh isu ini dan kata hormat dgn zaman nabi, padahal pd komen pertama tuan, tuan terang2 bandingkan dgn zaman nabi. aduyai…ckp tak serupa bikin.
Ya..sama juga tuan. Klu Vemma tu bagus utk kesihatan, boleh bawa kebaikan dgn cara bg org lebih sihat dgn izin Allah dan bantu org lebih rmai dpt income, kenapa pula nak kata Vemma tak boleh buat sb alasannya takde pd zaman nabi..kuno betul pemikiran..motor kereta boleh beza, vemma takleh beza..
Ya..pandai pun tuan..semua benda kerana NIAT. abis tu klu buat Vemma niat utk kebaikan spt yg sy tulis di atas, tak salah kan? bkn sambut valentine jer tuan, klu buat konsert nasyid sekalipun, klu ia sampai melalaikan penonton sampai lupa nak solat..haram juga tu
oklah mcm ni je…kalau sapa2 yg rasa nak join vemma mlm ni dipersilakanlah jika nak..tiada siapa yg menghalang..duit anda, poket anda, anda yg punya…
atau kalau rasa was2 ke ragu2 ke…baik tak payah la ye…
tepuk2 dada tanya diri sendiri ok! & yg penting buat kajian dulu sblum join mana2 program MLM atau piramid atau apa2 je bisnes multilevel ni…tak kira vemma ke..HPA ke..BioAsli ke..BioAUra ke..gelang magnet hikmat ke..
Ok..sy suka mcm ni… klu yakin, join ler…klu was2..x payah la..
asSalam seme..
wah…jumpe blk website nie..bukan dulu dah close comment ke hiihikhik…nak komen xleh dulu..skang bleh plak ye..
dari atas sampai bawah saya baca, mcm2 komen tentang Vemma ni yer..huhu ada yg baik ada gak yg buruknyer…
Just nak share sikit berdasarkan penggunaan produk Vemma ni yer…saya nie joinn Vemma sejak 19-2-2009 dgn pakej ultimate..wah dh hampir 2 thn yer…huhu tapi saya tak kaya pun..mesti kalu saya pikir pasal duit nie..dah lama dah quit tapi SEBAB APA SAYA STAY DGN VEMMA? sebab Produk Vemma ni mmg berkesan.. produk vemma ni hebat dgn izin Allah..
nak dijadikan cerita lah yer..mak abah saya ni ada penyakit…pada masa tu mak saya masuk wad hampir sebulan kerana darah tinggi dan kencing manis yg teruk huhuhu saya terpaksa amik cuti utk jaga mak saya..so dlm masa yg sama saya joinn vemma n dpt produk vemma yg byk..saya pun bagilah mak saya minum vemma tu…alhamdulillah..dlm masa 2 3 hari jer dh nampak perubahan pada mak saya..muka dh semakin merah..dah ada tenaga nak pergi toilet sendiri..x perlukan sape2 utk htr dia..YA Allah tak sangka mak saya boleh sihat secepat itu..saya bukan nak kata hanya dgn produk vemma jer mak saya sembuh..sblm ni mak saya makan pil2 dari MLM lain jugak hbslah RM500 sebulan..cuba bayangkan..tapi dgn produk vemma ni..alhamdulillah mak saya semakin sihat…
begitu juga abah saya..yg ada penyakit gout..sampai xleh nak jalan..minum jer produk vemma lepas 5 jam dah boleh berjalan..emm mmg saya bersyukur sgt2 dgn produk Vemma nie…
emm mesti lepas anda baca seme nie akan kata..alahh tak kan dgn minum vemma jer bleh sembuh yer…mkn ubat lain xkan tak sembuh hehehe..cuba anda bayangkan 5 thn mak saya bergantung dgn pil2 dari hospital..apa hasilnyer..semakin parah huhuhu..tapi dgn minum vemma dia semakin sihat..DGN IZIN ALLAH…ingat yer segala2 yg ada di dunia ini adalah ketentuan Allah tetapi kita sebagai manusia yg di beri akal yg bijak perlulah berusaha utk menjadi sihat..bukan hanya menadah tangan berdoa kepada Allah kita akan sembuh..bak kata org…nak sembahyang niat jer tak jd jgk klu x buat..yg penting ACTION..barulah seme yg kita nak buat tu insyALlah akan jadi..
sekian..
@Pencinta Produk Vemma:
satu testimoni positif utk vemma,
terima kasih utk perkongsian sedara/sedari mengenai produk vemma ni..
semoga topik ni boleh memberi sedikit panduan kpd yg sedang tercari2 maklumat mengenai vemma ni..
wah perbalahan hebat dekat sini…
hahaha nape tudung online macam tkde idea je nak debat dgn g_hamba ?..
pointless ma..
ala vemma ni klau bukan best sgt pon yg gune je ckp best kot sbb nk tunjuk vemma best.. ramai yg aku dgr yg dah keluar vemma sbb tk mampu nak tanggung kos bayar vemma lol haha nasib baik x masuk vemma ni.. produk biase je tp bapak la harge die ..
Vemma…heheh…aku xtaw nape stail vemma nie pelik sgt…tiap2 hari anta email kt aku…ckap kebaikan vemma itu, kebaikan vemma ini…
terpikir gak kalo betul la aku join vemma n jadi pak turut melabur sane melabur sini…ade ke lg email akan sampai…50% je aku rase…
lg 1 kenapa org vemma kate pendapatan lumayan ade kerete banglo duit berjuta tp cerita pasal produk ciket je…pendapatan tu lg buat downline tertarik kn..? betul x?
n bler org mula cakap buruk pasal vemma…barula korang nk pertahankan…nk pertahankan siap main perli maki sume…cakap cetek akal la, xtaw pape pasal biznes mlm, budak mentah, org yg tamak, n macam2 lagi la…ni kenyataan aku nk bgtaw, kalo korang ckap camtu jgn mmpi la dye sdar n terbukak hati nk join vemma…bkn cara camtu beb nk bg org sedar…
org vemma/mlm pikir la 2 3 hari nk bidas balik ayat aku…tgk camne gaya korang bidas…penuh dgn ayat2 pedas atau sekadar nasihat yg sederhana tp memberi kesan yg dalam pada aku…aku sebagai manusia cme menjalankan hak dalam menyuarakan pendapat…salam…
pergh…penat aku scroll smpi ke bawah. patut la, post ni bertarikh 2008 smpi la bulan lepas (mar2011). mantap2. sekadar apa yg aku baca (tak larat nak bc semua), aku ada beberapa points:
1. vemma IS an MLM (stuju x?)
2. MLM is haram (check & baca sendiri keterangan dan fakta2 dlm blog http://www.zaharuddin.net)
3. agent2 vemma mesti cakap “kita ada product, bukan skim cepat kaya) – cliche~!
4. bulan2 kena bayar 342, then 5000!
5. pastu nak kena g preview every week, nyanyi..baik la g dgr ceramah agama…huhu
*ok, itu apa yg aku alami* peace out…
terima kasih utk pandangan korang masing2…
p.s: kalau korang perasan dekat facebook, iklan tepi2 tu mesti Vemma punya..tapi tulis URL bukan main lagi, jutawan.com beritaharian.com job.com la..etc..tulis duit masuk hari2 le… tapi sbnrnya iklan vemma heheh
lagi satu, pakai website percuma je…kalau duit masuk hari2..kenapa tak buat laman web professional n berbayar
sekadar pandangan..tq
Hurmm aku baru nak join vemma nih,sik baik la aku xjoin lg,tp sblom tu aku ade join mlm mcm luxor,dan ramai la kawan2 aku yg join mlm nih,mcm2,dan yg terbaru kawn aku baru join MLM iaitu Hai o,lg la kaw2 kencing..tp yg aku nak sampaikan dan beri pendapat..byk cerita dan pengalamn yg negative je dpd yg positive tntg MLM nih,dan seramai2 ahli yg berjaya,,yg xberjaya lagi ramai kalo la katakan bisness nih bagus,,nape ramai yg xberjaya dr yg berjaya..dan pd pendapat aku la,dorang2 mlm nih hanya jual impian je,cube nak saiko,nak org berimaginasi bila org dah khayal..xpk ape dah.buktinya dah ramai yg terkena, yg berjaya pom sbnrnye die dah tahu benda tu xbagus tp sbb die dah sdar die dah tertipu so dia buat lg la..sbb nk cover kos yg dikeluar kan tu..so itula pendapat aku stakat nih..nak citer lebih2 pom xleh.ok bubye..
apa2 pun, fikir & buat kajian dulu sblum join mana2 skim mlm ni..
Salam. Saya akui mmg vemma bagus. Produk yang bagus. Bonus yang diberikan memang ada. Kalau buat betul2 memang banyak usd masuk tiap minggu.. tapi, produk mahal coz MLM kan.. kalau x mahal, mcmna nak kasi bonus. bonus mmg ada, tp kne bertungkus lumus promote web, buat iklan percuma dan berbayar, pi jumpa org (kdg2 online ni ada yg xpercaya), kalau x mampu nak ultimate, terpaksa renew tiap bulan produk yg rm342 (plg murah). iklan pun kalau x mampu nak bayar, guna percuma je. Tp kebanyakan upline slalu sgt push.. Bile nk ultimate?? bile nk bt google adsence? pastikan P.E 10 sehari. kenapa nak push2 ? x sabar nak dapat bonus ultimate ke? kalau x dpt pm sebulan, kne byr lg usd19.9. klau ultimate 6 bln free. klu lepas 6 bln, w/pun xyah ultimate dah, kne gak maintain rm342. klu dpt, pm ramai pun, ada ke yg sangup truskan? fuh.. mmg penat mental.. Apapun Vemma bukan scam. Produk bagus. Tapi sorry sy tak tahan nak continue. PM saya pun byk dah stop. Baiklah saya stop. Vemma yg berbotol dibeli tu pun, biarlah diminum sendiri je. Nak jual pun, xlaku coz mahal. huhuuuhuhuh
salam, baru2 ni saya di “goreng” geng2 vemma ni, saya dijemput untuk berjumpa kononnya salah seorang kawan tu nak tahu projek yg sy jalankan, saya pun dengan rendah diri cerita projek yang saya nak offer, dah tu kawan yang nak dengar tu buat mcm dgr tak dgr je, nampak sangat ketidakikhalsan org tu, sy pun simpan document2 yang nak ditunjukkan,dah org tak nak dengar buat ape kita nak cerita kan? tau2 lepas tu diorg goreng MLM Vemma diorg, kira mcm sy ni diperangkap la,jadi saya pun respect dan be professional dengar ape yg ingin dikongsikan. yang tak bestnya nampak geng2 ni terlalu taksub dan trus condemned projek yang saya buat kononya tak bagus & biz diorg lagi bagus. Rasanya etika bisness yang ditunjukkan kurang sihat bila cuba mencari kesalahan atau keburukan org lain dan ini boleh merosakkan nama Biz Vemma ni. Saya tak salahkan semua, cuma segelintir org yang mcm ni akan memburukan nama vemma ni. saya pasti biz ni bagus, kalau tak bagus, takkan ada yang berjaya kan? pada masa yang sama saya pun bertanyakan salah seorg yg diorg claim dia jutawan vemma tentang maintainace. dia ckp vemma takde maintainace cuma kena beli barang untuk pakai sendiri, pastu saya tanya kali kedua, kan beli barang tu untuk maintainace, barulah lepas tu dia mengaku. jadi kesimpulannya, dlm apa jua bidang atau biz yang kita lakukan, kita perlu jujur baru boleh disenangi org, jgn semata2 menampakkan duit & kemewahan, saya percaya usaha,keikhlasan,kejujuran & kesabaran itu kunci kejayaan. renung2kan. Sekian -mangsa goreng vemma-
@mangsa goreng vemma:
yg penting, buat kajian dulu sebelum join mana2 skim MLM ni..tak gitu..
biasalah sedara…bisnes mn yg taknak masuk bakul n angkat bakul sendiri…
Slm 1 malaysia,
bagi aku vemma ni ok, bisnes ok, produk ok, sistem ok, cuma usaha ckitla yg k.o,, sbb nk btul2 kna maintain n guna teknik yg btul, bru blh bjaya, bagi aku vemma blh tlg org cri pndapatan, tp org tu kna usaha btul2 la, kna rajin, sblum join pikir masak2, kaji selidik dulu, kalo yakin nk buat, n ada modal, bru la join.. jgn nk mnyesal di kemudian hari, pkir slh sape dulu… ape2 pun usaha dan tawakkal yg pnting, xd usaha, xdla hasil kn..
wassalam…
@betul tu sedara rock! u rocks!
mangsa vemma…
sy mmg terkilan sngt, sbb org yg di harap kn (upline) ckapak (mengata) sy n famly sy “miskin” sbb masa tue fight degan die… nk duit bonus bilik.. sbb dri keterangan die. buat kerje dpt duit… dah buat bru tau yg vemma bayar secara mingguan… kalu bawak masuk PM pun… belum tentu dpt bonus jumaat tue… kne tunggu kdg2 lg 2 3 minggu… so, kne kaji dulu, n pastikan dpt upline or leader yg baik utu bantu kita.
xsangka ada kaum sndri menghina kaum sendri disebabkan pasal duit!
mmg sy xberduit… SEMUA NK MASUK MLM, SBB NK UBAH HIDUP JD LEBIH BAIK. PELIK NYE, UPLINE SY YG MASUK TUE CKP SY MISKIN, DIE MASUK VEMMA XMISKIN JUGA KERRR…
tue kisah sy, sekian
Alhamdulillah..nib baik terjumpa forum ni..sy dah nyaris2 nak join..bila baca semuanya di atas, tak jdlah sy nak masuk…tak kaya pun tak pa..yg penting hidup tenang…thanks semua…
@lyzza:
keputusan ditangan anda…apa2pun, semoga kita semua dikurniakan rezeki yg halal & berkat..amin
aq akan cipta produk lebih power dari vemma..guna kulit durian..setakat manggis aq xhairan lah..kulit manggis aq buat bakar sampah jek..hehe..nanti aq gabungkan kulit durian dgn tongkat ali kacip fatimah livita hundred plus..sure ko org sihat wal afiat..reseipi aq masa form 6 dulu..org yg makan resipi aq habis hidup.haha
haha..aq bakal jual kulit durian..kulit manggis aq xhairan lah..aq buat bakar sampah jek..sape nak beli jus lemma durian?pleasee call me 999.. i wat resipi baru tau.. kulit durian,budu,tongkat ali,kacip fatimah,hundred plus,ginseng.livita..hehe
@adam:
hehe sabar bro sabar…
salam…
kalau MLM Lot 11 Berhad macam mana pu.. ada sapa2 yang tau tak pasal Lot 11 Berhad ni…
vemma?? bullsh_t on vemma! hahaha! aku da join… x de hasil pn
Salam…saya just nak kongsi..
Sy memng joint vemma sebab produk ni dengan izin Allah memng berkesan kepada yang ada penyakit dan yang sihat juga seperti saya n family..saya rekemen utk family dulu la..then baru makan utk diri sendiri..anak saya yang 3 tahun pun minum juga..memng bagus..sebb 100% buat daripada buah saja..di sebbkan selalu sangat beli produk so saya masuk ahli..tak rugi apa pun..sambil saya rekemen dekat member..yang bestnya saya dapat upline yang bagus..dia bagi mcm bahan dalam bentuk email mcm mana nak mula sehingga kita leh dapat member..yang best juga upline tolong buat web utk adwords n facebook..income bulanan memng dapat..tapi kena tunggu la dalam 4-5minggu..sebb dah memng mcm tu sistem dia..receipt payment pun melalui email..saya just promote melalui adwords n facebook sangat mudah..hasilnya alhamdulillah la..lagipun tak kacau pun..masuk tabung anak je..sebb saya pun keje tetap..
so sape yang betul serius..cari bahan tapi tak jumpa..saya ada satu file size hampir 500MB teknik mcm mana saya buat vemma ni malah rujukan saya selama ni..saya nak bagi dengan harga yang murah..
kalau berminat,mungkin yang rasa joint tapi tak buat apa2 lagi..upline tak bagi apa2 tunjuk ajar..so sini saya akan bagi utk anda..ikut saja n buat..insyaAllah boleh..kena fokus la..
dalam file tu macm2 ada..file dalam words,pdf,mcm mana nak iklan,gambar2..
kalau betul2 minat email saya [emel link deleted]
saya tawarkan dengan harga yang amat berpatutan..
rugila anda dah kuar modal yang banyak..
Ayo be positive thingking.
Kehidupan saat ini tidak terlepas dari mlm. semisal begini.
jika sobat puas dengan suatu resto, pasti sobat hendak berkata ke lainnya kalau resto tu enak benar rasanya, cobalah anda kesana (nah kalimat semacam ni termasuk promosi kan? yaa sama aja dengan mlm bukan)… jadi tak usalah pada berantem. man jadda wa jadda….
kita berusaha terus… sapa tau justru di mlm ada rejeki besar untuk kita, usaha tak boleh berakhir selama hayat masih dikandung badan. yang penting luruskan niat, dapat uang besar dari usaha apapun jika tidak ada niat baik, sia sialah uang tersebut, karena tak bermanfaat.
afwan, jika ada kalimat tak berkenan..salam kenal