11:52 am - Saturday September 20, 2014

MLM Vemma Scam, Halal Atau Haram?

Ingin beriklan di sini? Emel: admin[at]jomkongsi.info

MLM Vemma Scam, Halal Atau HaramApa khabar semua? Dah lama rasanya saya tidak menulis menaip di sini ya. Bukan apa, saya agak sibuk kebelakangan ini. Jadi serahkan saja pada kento & dr.cmd utk buat post kat sini. Nampaknya bnyak perkembangan baik setakat ini, jumlah pelawat & pembaca blog ni pun dah makin meningkat dr sehari ke sehari. Thanks kento & dr.cmd juga para pembaca semua!

Oklah, untuk entri kali ini ingin saya berkongsi dgn pembaca semua mengenai satu informasi berkaitan perniagaan internet juga barangkali berkait rapat dgn perniagaan buat duit MLM. Harap maaf jika post saya kali ini agak berkontroversi sedikit barangkali untuk sesetengah pihak ok. Walaupun begitu, saya harap post kali ini dapat juga membantu sedikit sebanyak individu2 di luar sana tu yg masih terkapai2 mengenai program ini. Ada yg bertanya halal atau haramkah? Ada yg bertanya ‘Scam ke program ni?’ Untuk menjawab persoalan tersebut, saya mahu berkongsi dengan anda semua mengenainya dlm entri kali ni.

Baiklah, kali ini saya ingin menulis mengenai MLM Vemma (Vemma Corporation, Vemma Builder) yg. sekarang ini hangat diperkatakan oleh segelintir rakyat Malaysia yg. obses suka dgn program buat duit, skim cepat kaya, MLM dsb ini. Sudah tentu anda semua pernah dengar mengenai program MLM Vemma ini bukan? Jika tidak, tiada masalah, taip je dkt enjin carian ‘vemma’, mesti dapat punya info buat duit dgn Vemma ni. Pada asasnya, program ini tidak jauh bezanya dgn program MLM lain, cuma produk utamanya adalah Jus Manggis yg dikatakan baik untuk kesihatan, gerenti membantu memanjangkan umur anda dsb. Di samping itu juga, harga yg dikenakan untuk pakej2 jus ini juga setinggi bermula dari puluhan dolar USD sehingga ratusan dolar USD. Sanggupkah anda membayar ratusan ringgit hanya untuk membeli jus manggis dari Amerika Syarikat?

Terus kpd persoalannya, dr apa yg saya lihat, baca, fikir & kaji. Program ni tidak jauhnya dr program MLM yg biasa yg kebanyakannya penuh dgn scam janji2 manis pd ahli yg menyertainya. Apatah lg program ni bukannya diasaskan oleh individu Islam tapi sebaliknya…anda faham sendiri lah ya. Memang betul ada segelintir individu yg boleh buat duit dari program ini, tapi anda perlu ingat, ini adalah salah satu bentuk skim piramid yg di’modified’ sedikit untuk mengelirukan anda. Jika anda fikir ‘wah! upline aku dah jadi jutawan puluh ribuan sekarang, kenapa tidak aku?’ Itu sememangnya bagus utk anda memotivasikan diri anda, tapi anda perlu ingt juga siapakah upline anda itu, cuba perhatikan kebanyakan dari upline anda semestinya seseorang yg sudah biasa buat duit kan? (sudah ada banyak bekas prospek, lists dsb), jadi Vemma ni hanya sebagai side income mereka sahaja. Dari aspek ini, mereka sudah berjaya mengaburi akal pemikiran anda untuk membuatkan anda terfikir duit, duit, duit tanpa menyedari bahawa anda sbnrnya tiada senarai prospek, lists dsb.

Jika mereka (upline) boleh buat duit dalam masa dua/tiga minggu shj selepas menyertai program, anda mungkin akan mengambil masa setahun, dua tahun, atau langsung tidak akan dapat jadi seperti upline anda itu. Maka sia-sialah sahaja ratusan USD anda tersebut yg ada lebih baiknya anda gunakan untuk tujuan lain yg lebih berfaedah. Di sini jelaslah, MLM seperti Vemma ini bukan untuk semua orang. Jika anda merasakan anda mempunyai banyak prospek, lists & sebagainya, maka tidak salah untuk cuba buat duit dgn program ini (jika anda seorang yg tidak ambil kisah soal halal, haram dll). Tapi jika anda hanya terikut2 dengan upline anda yg sudah pasti akan kebolehannya buat duit dgn MLM, maka baik anda hentikan shj niat anda ini, ‘better save your bucks for something else!‘ kata orang putih yg juga anti program Vemma ini.

Sebagai penutupnya saya mahu berkongsi dgn anda semua beberapa respon & kata2 hikmah keluhan dari mangsa program Vemma ini. Yg bestnya peliknya dari orang luar/Amerika juga :

“Vemma, Mona Vie, etc….they’re just re-marketed pyramid schemes…all fitting into “today’s” standards of unethical business practices thanks in great part to Republicans, sociopaths, and the world being taken over by people with marginal and dysfunctional personalities…damn…it’s like “Untreated Children of Alcoholics Gone Wild!”

“Functional people (including us ex-children of alcoholics) need to stand up and tell our government(s) “No More!!! Basta Ya!!!” Things HAVE gone out of control and we let it happen.”

“I’m mad as hell, and I’m not gonna’ take it anymore!!”

it’s just organized crime.”

“I had not heard of Vemma but a quick google search shows a few warnings and the Vemma site itself has some of the usual MLM promises.”

“I was stupid too join Vemma Europe , i found out people could get into your website which they give them for free and see all your private details more worse they could see also my creditcard and bank account date. they abused it with making false email adres on my name .
After i stopped the auto shipment they kept on charging money from my account. I cannot trust their leaders nor Vemma Europe i heard alot of more bad stuff about them so be warned .
I tried to complain but no use…”

*Hanya utk informasi shj, 100% sumber dari forum luar negara. anda boleh dptkan bnyk lagi dgn bantuan encik Google :D
Info 1- Info 2

Perlu diingatkan saya bukanlah anti kepada mana2 program MLM/SkimPiramid tapi sememangnya saya tidak pernah & tidak suka untuk ambil bahagian dlm MLM program kerana sy ada pandangan tersendiri. Salah satunya, MLM ni berkonsepkan “Siapa cepat dia dapat: Siapa lambat makin terlambat” + “Yg atas makan duit cepat: Yg bawah merana tak terubat” betul tak? Jadi kesimpulannya, terpulanglah pd anda semua samada mahu mengatakan Vemma program ni Scam, halal atau haram dan sebaliknya. Saya berharap ada pihak yg berwajib dapat mengkaji program ini sama seperti mereka mengkaji program BuluhMas dulu :)

Saya mengalu-alukan anda mengkaji sendiri program ini, silakan. Tapi, jangan lupa untuk berkongsi info kat sini juga. Manalah tahu pemikiran & pandangan saya itu ada salahnya dsb ok.

Perlu diingatkan ini adalah pandangan drpd penulis jemputan kami shj & kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang penyalahgunaan entri ini, harap maklum

Entri lain yg mungkin berguna untuk korang:

  1. Buat Duit Dengan Hak Jual Semula Dan Affiliate
  2. Keyword, SEO dan Trafik Blog Anda
  3. 5 Aspek Yg. Patut Ada Pada Blog Bisnes Anda
  4. Forum Bantuan Google Adsense Telah Berpindah
Filed in: Blog Perniagaan, Buat Duit, Perniagaan Internet, Scam

388 Responses to “MLM Vemma Scam, Halal Atau Haram?”

  1. gg
    3 June, 2011 at 8:11 am #

    xpayah la nk berayat2 psl mlm ni, bace komen2 di atas semua, ramai da yg terkena, lg2 vemma ni konon menguntungkan. MLM ni da start jatuh sejak adenye IM. ape itu IM? Internet Marketing. aku tgk IM lagi berbaloi dari MLM. sebab die xde upline downline yg hanye menguntungkan upline. modal pon sikit sangat. pengalaman aku, aku tgk kwn2 aku ramai yg berjaya jadi jutawan IM daripada MLM. MLM sume hancus hangus. salah satunye sebab trend abad 21 sekaran, orang sudah pandai menggunakan internet. jadi memang IM ni 100% berhasil dari penggunaan internet. dulu aku pon x percaye sebab nmpk IM ni mcm MLM je, tp selepas aku tgk sendiri depan mate aku, produk yang dijual RM50 pon bley memberikan keuntungan RM50k dalam sebulan, aku pon terkejut. rupenye memang teknik IM itu sendiri. MLM? hampeh sume pandai berlakon tapi hasil xde pon. pigi daaa..

    • 28 November, 2012 at 4:14 am #

      bro.. orang yang tak berjaya kerana dia malas… + hati busuk pulak .. mula nak kutuk org yang berjaya… MLM ne bagus. kalau g tangkap ikan guna joran atau pasang jaring mana lagi untung.?.. tp kalau ada jaring sekalipon, tp dok simpan dlm stor pon tak guna,,

      biar lah upline janji manis sekalipon, kalau dia suruh makan tahi nak makan ke…
      yg nak berjaya kita, USAHA le, bukan budak2 lagi nak kena suap. kalau makan gaji sekali pon. asyik mengulat je , pon boleh kena buang keje. semua sykt bagus. yg tak bagus kita yang banyak cakap drpd keje.. rebut lah peluang yang ada..agak2 ada modal, jd tokey bro.. bila lg nak jd jutawan. boleh bantu ramai org susah.

      akhir kata: biar kentut busuk asal hati jangan busuk…

      proooot……

  2. asrulchan
    3 June, 2011 at 3:57 pm #

    jgnla dorg gne alsan produk vemma bgus..ni kn soal busnes,xkn org dh kua duit brtus2 or ribu2…hasil xde..hukum halal dan haram ade x?fatwa mngatakn skim mlm atau sbgainya adelah haram,xkn duit haram nk bg ank bini.duit bkn blh wat mati.kpd dealer2 vemma,rjin2 la tgk blog kaitan dgn dajjal..ni sume org yahudi punya plan,dmi mngejar kekayaan sanggup mnusia mngetepikn soal halal dan haram.buat kwn2 disni,sy syor..simpan la duit di unit trust,asb,hartanah or watever yg islamic..berkat dan zakat pn dorg tolak dr ape kter dpt..jd renung2knla..yer kpd pakar2…huhu..peace!!!!!!!!!!!!!

  3. asrulchan
    3 June, 2011 at 3:59 pm #

    sy sokong ape gg ckp…

  4. achik
    5 June, 2011 at 11:31 am #

    salam perkenalan. nak nyampuk ckit..
    sy br bercdng nk join wemma ni…tu cr info pasal wemma..nasib baik jumpa ngan web ni…10q bebanyak atas info dr 2008 . dah baca seme..huh abik masa 2 hari nak sudahkan pembacaan. cbuk ngan anak kecik…iktibar diri sy..kalu stkt modal ciput..cukup2 makan tak yah join wemma ler…berkubur jawabnya..tambah pulak orang mcm sy tak pakar bab internet ni…5000 ringgit malaysia huh..nak kumpul bukan boleh dlm masa 6 bulan…fikir n timbang tara beribu kali…wak solat istikharah dulu……sy minta doa ngan allah supaya allah permudahkan jalan yg saya pilih ini dan tunjukkan jalan yg betul…

  5. asrulchan
    5 June, 2011 at 11:59 pm #

    alhmdlah bgusla…achik cmni la sy nk gtau..nothing easy in the world,lg2 cm vemma knon cm easy money..nk mlabur achik g publik atau maybank bkak akaun plaburan mas pn bgus..x pon publik mutual..bgus gak dana yg baik pittikal la..aku pn agen tau..aku client je,byk benefit dpt,kalu kop invest 5k,siap ko dpt cover insurans lg

  6. achik
    6 June, 2011 at 9:50 am #

    public mutual…emmm achik pung dah join..ok gak..hehe promote pulak yer. asrulchan ade fb. boleh kongsi idea.

  7. hafiz
    8 June, 2011 at 11:48 pm #

    wah..comment dh dekat 2 thn.. yg peliknya.. apsal la MLM ni melayu je join..melayu mmg nk cepat kaya tp xnk berusaha..xpayahla kata berusaha dengan MLM ni… kepada melayu2 yg still xleh nk pkir elok2.. udah2la MLM ni ye.. tolongla.. bilala melayu nk maju..

  8. ex-vemma
    27 June, 2011 at 9:22 pm #

    Bolehlah kalian2 check dan nilai semula MLM nie..produk insyaAllah halal..Adakah cara perniagaan juga HALAL.??

    Soalan; Sekarang ini banyak jualan langsung yang menjalankan operasi di Malaysia. Apa pendirian Syarak berkenaan MLM; apa ciri-ciri MLM yang harus dan apa ciri-ciri MLM yang haram pula?

    Jawapan;

    Setakat sekarang ini penulis belum menemui sebarang fatwa yang jelas berkenaan Sistem Jualan Lansung MLM dari mana-mana ulamak muktabar hari ini khususnya dari Timur Tengah atau Al-Azhar sama ada mengharuskannya atau mengharamkannya. Namun secara umumnya panduan urus-niaga secara Islam telah dihuraikan oleh ulamak dengan lengkap dan panjang lebar di dalam kitab-kitab Feqah. Dengan memahami sebaik mungkin panduan tersebut, kita sebenarnya dapat mengukur sama ada suatu urus-niaga yang ditawarkan kepada kita itu (termasuklah MLM) halal atau tidak. Di sini, saya akan kemukakannya secara ringkas.

    Menjadi prinsip yang diterima oleh semua ulamak bahawa dalam hal-hal keduniaan (antaranya urusan perniagaan dan jual-beli), kedudukan asal setiap perkara dan urusan yang berkait dengannya adalah harus sehingga terdapat bukti yang jelas yang menunjukkan percanggahannya dengan Syarak sama ada dari segi prinsipnya atau terlibat dengan perkara-perkara yang dilarang atau diharamkan. Oleh itu, dalam berhadapan dengan suatu perkara baru atau urusan baru yang bersifat keduniaan, yang harus diteliti ialah ada atau tidak di dalamnya sebarang unsur yang menyalahi prinsip Syarak dan unsur-unsur yang diharamkan? Jika tidak ada, maka ia dikekalkan atas kedudukan asalnya iaitu harus. Secara umumnya, perniagaan yang sah menurut Syari’at Islam ialah yang memenuhi prinsip-prinsip asas berikut;
    1. Ia berasaskan akad saling meredhai antara penjual dan pembeli
    2. Ia memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Syarak ke atas suatu urusan perniagaan atau jual-beli.
    3. Ia bebas sepenuhnya dari larangan-larangan Syarak iaitu perkara-perkara yang diharamkannya.

    Saling meredhai

    Saling meredhai bermaksud pembeli meredhai atau berpuas hati dengan barang atau produk yang diterimanya dan tidak rasa tertipu dan penjual juga meredhai dengan harga jualannya, yakni ia tidak menjual dengan terpaksa. Prinsip saling redha-meredhai ini amat penting dalam urusan perniagaan kerana Allah berfirman (yang bermaksud); “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesama kamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan saling meredhai di antara kamu” (Surah an-Nisa’, ayat 29).

    Syarat-syarat bagi akad perniagaan

    Bagi memastikan prinsip saling meredhai itu terlaksana, maka Syarak telah menetapkan syarat-syarat tertentu bagi setiap urusan perniagaan. Syarat-syarat ini jika dilanggari akan menyebabkan suatu urusan perniagaan tidak sah atau batal. Di antara syarat-syarat tersebut ialah;
    1. Orang yang menjalankan akad perniagaan hendaklah mumayyiz, iaitu mampu membuat pertimbangan sendiri.
    2. Mereka melakukan akad dengan kerelaan sendiri, iaitu tidak dipaksa melakukan akad.
    3. Status barang yang diperniagakan dan harganya hendaklah diketahui dengan pasti (yakni tiada kesamaran) oleh penjual dan juga pembeli. Ini untuk mengelak dari berlakunya gharar.
    4. Barangan jualan diizinkan oleh Syarak (yakni tidak tersenarai dalam barang-barang yang haram)
    5. Jika urus-niaga membabitkan mata-wang hendaklah mematuhi syarat-syarat pertukaran matawang mengikut Syarak.
    6. Hendaklah diselaraskan kandungan ijab dan qabul dari segi sebutan barang, harga dan sebagainya. Tidak sah aqad jual-beli yang ijab dan qabulnya tidak selaras seperti penjual berkata; “Saya jual barang ini dengan harga RM 40” dan pembeli pula berkata; “Saya beli dengan harga RM 30”.

    Larangan-larangan Syarak dalam perniagaan

    Setiap urusan perniagaan yang hendak diiktiraf oleh Islam juga hendaklah bebas dari sebarang unsur yang dilarang atau diharamkan oleh Syarak. Menurut Dr. Yusuf al-Qaradhawi, larangan-larangan Syarak dalam urusan perniagaan berkisar atas beberapa sebab iaitu;
    a) Membantu kepada perbuatan maksiat
    b) Terdapat unsur-unsur gharar atau penipuan
    c) Terdapat unsur-unsur eksploitasi atau pemerasan
    d) Terdapat penganiayaan terhadap salah satu pihak yang beraqad. (Al-Haram wa al-Haram Fi al-Islam, Dr. Yusof al-Qardhawi. Hlm. 242)

    Lebih terperinci, antara unsur yang dilarang oleh Syarak dalam urusan perniagaan ialah;

    (1) Menjalankan perniagaan yang diharamkan atau mendatangkan mudarat. Jika ada syarikat MLM yang menjual barangan/produk yang diharamkan oleh Syarak atau mendatangkan mudarat kepada manusia, maka tidak harus syarikat tersebut disertai oleh orang Islam sama ada sebagai pembeli, pengedar, penaja atau sebagainya.

    (2) Al-Gharar; iaitu menjalankan urus-niaga dalam kesamaran iaitu tanpa dipastikan dengan tepat barangan/produk yang terlibat dan harganya sama ada oleh penjual atau pembeli. Para fuqaha’ sepakat menyatakan bahawa jual-beli secara gharar adalah batal atau tidak sah kerana sabit di dalam hadis; “Rasulullah s.a.w. menegah daripada jualan secara gharar” (Riwayat Imam Ahmad dan Muslim dari Abu Hurairah r.a.).

    (3) Melakukan penipuan dalam urusan urus niaga. Sabda Rasulullah s.a.w.; “Sesiapa yang menipu maka ia bukan daripada golonganku” (Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.). Antara contoh penipuan ialah;
    ( a) Membuat iklan barangan dengan memaparkan keistimewaan-keistimewaan atau ciri-ciri yang sebenarnya tidak ada pada barangan tersebut melainkan untuk menarik perhatian orang supaya membelinya semata-mata. Penipuan sebegini dinamakan at-Taghrir iaitu memperdaya.
    (b) Menipu pembeli dengan menjual barang yang murah dengan harga yang terlalu tinggi dengan mengeksploit kejahilan pembeli terhadap nilai sebenar barang/produk di pasaran. Contohnya; menjual barang yang bernilai RM20 dengan harga RM100 tanpa diketahui oleh pembeli nilai sebenarnya.
    (c) Menyembunyikan kecacatan barangan atau produk. Contohnya; menyembunyikan kerosakan enjin kereta yang akan dijual dan sebagainya.
    (d) Mengurangi timbangan

    (4) Antara yang dilarang juga di dalam perniagaan ialah melakukan penganiayaan, memeras pengguna dan merosakkan kepentingan masyarakat; antaranya dengan melakukan ihtikar (monopoli barangan; yakni menyorok barangan untuk menaikkan harganya) dan menjadi orang tengah yang memeras pengguna. Sabda Rasulullah s.a.w.; “Tidak melakukan ihtikar melainkan orang yang berdosa” (Riwayat Imam Ahmad, Muslim, Abu Daud, an-Nasaie dan Ibnu Majah dari Mu’ammar Ibn Abdillah r.a.)

    Larangan-larangan di atas jika berlaku dalam urusan perniagaan akan menyebabkan perniagaan tidak sah atau sekurang-kurangnya mendatangkan dosa kepada pelakunya walaupun perniagaan masih dianggap sah.

    Prinsip-prinsip di atas bersangkutan dengan perniagaan secara umum termasuklah perniagaan secara MLM. Di sana ada perkara-perkara khusus yang berkait dengan MLM yang perlukan perhuraian atau garis panduan iaitu mengenai yuran keahlian, bonus dan harga barangan/produk.

    Syarat-syarat yuran keahlian

    Boleh dikatakan kesemua syarikat MLM menetapkan suatu kadar yuran keahlian terhadap orang yang ingin menjadi ahli atau pengedar bagi produk-produk keluarannya. Mengenakan yuran keahlian tersebut diharuskan jika memenuhi syarat-syarat berikut;
    1. Yuran tersebut tidak bertujuan untuk mengaut keuntungan dan mengambil kesempatan dari peserta.
    2. Yuran tersebut bertujuan untuk menyediakan maklumat dan keterangan kepada peserta berkaitan urusan dan agenda yang akan dijalankan oleh syarikat.
    3. Yuran itu tidak mengikat peserta dengan mewajibkan syarat-syarat yang zalim dan tidak bermoral, dalam erti kata lain peserta boleh menarik diri dan dalam sesetengah hal duit akan dikembalikan.
    4. Yuran tersebut tidak mempengaruhi perlakuan akad yang selanjutnya semasa berurus-niaga atau berjual-beli.

    Syarat-syarat di atas kita putuskan berasaskan kepada fatwa yang pernah dikeluarkan oleh Majma’ al-Fiqh terhadap soalan mengenai yuran yang dikenakan sebagai satu syarat penting sebelum berhak menyertai jualan lelongan yang diamalkan oleh syarikat-suarikat peniagaan. Mengikut fatwa tersebut, pengenaan yuran tersebut adalah harus apabila ia memenuhi syarat-syarat di atas. (Lihat; Majallah Majma’ al-Fiqh al-Islami, 1994, 2/37).

    Bonus

    Dicadangkan pemberian bonus dilakukan dengan menepati konsep al-Ji’alah di dalam Fiqh Islam. Al-Ji’alah bermaksud menjanjikan suatu pemberian (komisyen) kepada orang yang melakukan suatu kerja atau tugas tertentu yang sukar seperti seorang lelaki berkata; “Sesiapa dapat mengembalikan untaku yang hilang, baginya pemberian sebanyak RM 200” (Al-Majmu’, jil. 15, Bab al-Ji’alah). Al-Ji’alah adalah akad yang diharuskan dengan dalil al-Quran dan hadis, antaranya firman Allah;

    “Orang-orang menteri menjawab: “Kami kehilangan cupak raja dan sesiapa yang memulangkannya akan diberi (benda-benda makanan) sebanyak muatan seekor unta, dan akulah yang menjamin pemberian itu”. (Yusuf: 72)

    Menurut ulamak, keharusan al-Ji’alah terikat dengan beberapa syarat, antaranya;
    1. Pihak yang berakad hendaklah terdiri dari mereka yang memiliki keahlian untuk melakukan akad.
    2. Hendaklah bayaran terdiri dari nilai harta yang diketahui.
    3. Hendaklah manfaat yang diperolehi menerusi kegiatan ini diketahui pada hakikatnya serta harus memanfaatkannya dari sudut Syarak.(Wahbah az-Zuhaili, 4/787)

    Jadi, supaya bonus dapat menepati konsep al-Ji’alah tersebut, maka pemberian bonus oleh Syarikat MLM hendaklah berasaskan kepada manfaat/kerja yang disumbangkan oleh para pengedar atau orang terbabit dalam membantu syarikat. Nilai bonus yang dijanjikan hendaklah dinyatakan dengan pasti oleh Syarikat kepada para pengedarnya supaya ia menepati syarat yang kedua di atas.

    Berdasarkan pengalaman saya dalam Syarikat HPA Industri Sdn. Bhd. (salah satu Syarikat Bumiputra Muslim yang giat menjalan perniagaan secara MLM di Malaysia), bonus yang diberikan oleh Syarikat HPA kepada pengedar-pengedarnya adalah sebagai ganjaran/upah yang dijanjikan kerana sumbangan mereka dalam melakukan perkara-perkara tersebut;
    1. Memperkenalkan syarikat kepada orang ramai
    2. Menaja ahli-ahli baru untuk syarikat
    3. Membuat jualan produk-produk syarikat kepada orang ramai.
    4. Membimbing dan memimpin anak buah (downline) untuk membina organisasi perniagaan yang kukuh. Ini terpaksa melalui proses seperti pertemuan dari masa ke semasa untuk perbincangan, perancangan, penerangan berkenaan produk dan perkembangan terbaru syarikat.

    Melihat kepada kerja/manfaat yang disumbangkan oleh para pengedar seperti di atas, saya merasakan pemberian bonus oleh Syarikat HPA menepati prinsip al-Ji’alah yang diharuskan oleh Syarak tadi.

    Meletakkan syarat untuk memperolehi Bonus

    Menetapkan syarat tambahan -selain dari yang ditetapkan Syarak- dalam mana-mana akad perniagaan dan harta adalah harus jika syarat itu tidak melanggar hukum Syarak yang sedia termaktub dan tidak terdapat sebarang penganiayaan dan pilih kasih. Keharusan ini adalah berdasarkan hadis Nabi s.a.w.; “Orang-orang Islam terikat dengan syarat-syarat sesama mereka selama menepati yang hak (yakni hukum Allah)” (Riwayat al-Hakim dari Anas dan Aisyah r.a.).

    Oleh demikian, tindakan pihak syarikat menetapkan syarat tertentu ke atas para pengedarnya untuk melayakkan mereka memperolehi bonus -jika bonus tersebut dilakukan mengikut kaedah al-Ji’alah di atas- tindakan tersebut adalah harus asalkan syarat yang ditetapkan tidak bercanggah dengan mana-mana ketetapan Syarak dan tidak bersifat pilih-kasih atau menganiayai mana-mana orang.

    Jauhi “Sistem Piramid”

    Sistem Piramid yang kita maksudkan ialah satu sistem di mana kumpulan orang di bawah membayar kepada orang-orang yang berada di peringkat atas. Setiap peserta baru membayar supaya berpeluang mara ke tahap paling atas dan mendapat keuntungan daripada bayaran orang lain yang menyertai skim itu kemudian. Penaja atau pemilik skim ini tidak mengambil berat tentang penjualan barang/produk, tetapi mengambil berat tentang keuntungan yang dikaut melalui wang yang diperolehi dari ahli-ahli baru. Di antara ciri-ciri Skim Piramid ini ialah; 1. Produk berkualiti rendah dengan harga mahal dan para pengedar baru perlu membelanjakan wang ke atas inventori barangan yang berlebihan.
    2. Yuran keahlian yang tinggi serta komisyen kepada setiap peserta yang dapat menarik ahli baru.
    3. Tiada hak pemulangan wang dan tiada kontrak bertulis di antara syarikat dan pengedar.
    4. Tidak mengambil berat tentang jualan runcit dan penghasilan wang dengan mengembangkan jumlah keahlian di bawah para pengedar.
    5. Kehadiran wajib pada sesi latihan yang mahal.
    6. Dakwaan perolehan wang dan kejayaan besar yang sengaja direka-reka serta digembar-gemburkan.
    (Amar Said, Persatuan Pengguna Pulau Pinang)

    Apa yang jelas di dalam Sistem Piramid ini, yang menjadi fokus bukanlah penjualan barangan/produk, tetapi penaajaan ahli baru di mana keuntungan dikaut dari yuran keahlian yang tinggi bukan melalui kegiatan perniagaan. Bonus diberikan hasil dari kutipan dari orang-orang dibawah, bukan dari keuntungan barangan/produk yang dijual. Melihat kepada konsep dan ciri-ciri di atas, jelas bahawa Sistem Piramid tersebut bertentangan dengan Syari’at Islam kerana terkandung di dalamnya unsur-unsur penipuan, pemerasan, gharar (ketidakjelasan salam dalam akad), ghabn fahiysh dan sebagainya yang diharamkan oleh Syarak dalam urusan perniagaan atau jual-beli.

    Harga barangan/produk

    Dr. Muhammad Bakr Ismail (salah seorang ulamak dari al-Azhar, Mesir) menjelaskan dalam buku himpunan fatwanya; “Tidak ada di dalam Islam batasan tertentu bagi keuntungan (yang harus diambil dalam perniagaan atau jual-beli) mengikut pandangan yang paling soheh dari para ulamak Islam. Peniaga hendaklah menetapkan harga mengikut kadar yang diredhai olehnya dan juga diredhai oleh pembeli. Ini kerana akad jual-beli terbina di atas saling redha-meredhai antara penjual dan pembeli sebagaimana firman Allah; “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara saling redha-meredhai di antara sesama kamu”. (an-Nisa’: 29) (Lihat; Baina as-Sa-il Wa al-Faqih, Syeikh Dr. Bakar Ismail, hlm. 108).

    Dari fatwa di atas kita dapat simpulkan dua perkara berkenaan penetapan harga barang/produk;
    a) Tidak ada batasan tertentu dari Syarak bagi keuntungan yang harus diambil dari produk yang dijual. Jadi, penentuan harga produk/barangan terserah sepenuhnya kepada penjual/pengeluar.
    b) Namun begitu, para penjual/pengeluar hendaklah mengambil kira keredhaan pengguna terhadap harga yang ditetapkan. Tidak harus ia melakukan penipuan harga atau ghabn fahisyh (yakni beza harga yang keterlaluan dari harga sebenar di pasaran) yang menyebabkan pembeli hilang perasaan redhanya terhadap jual-beli apabila mereka mengetahui nilai sebenar di pasaran. Contohnya; menjual barang yang murah dengan harga yang terlalu tinggi dengan mengeksploit kejahilan pembeli terhadap nilai sebenar barang/produk di pasaran, seperti; menjual barang yang bernilai RM20 dengan harga RM100 tanpa diketahui oleh pembeli nilai sebenarnya.

    Demikianlah beberapa panduan penting untuk mengukur sama ada sesuatu MLM itu harus atau tidak di sisi Syarak. Panduan tersebut bukan sahaja berguna untuk orang ramai, tetapi juga untuk pemilik syarikat yang menjalankan MLM untuk melihat sama ada sistem yang mereka guna menepati Syariat atau tidak.

    Wallahu A’lam.

    Rujukan;

    1. Al-Haram wa al-Haram Fi al-Islam, Dr. Yusof al-Qardhawi. Hlm. 242.
    2. Mu’jam Al-Mustalahat Al-Iqtisadiyyah Fi Lughatil Fuqaha’, Dr. Nazih Hamad, ter. Al-Ma’had al-‘Alami Lil Fikri al-Islami, Herndon, Virginia, U.S.A. (1993).
    3. Fiqh Sunnah, Syeikh Sayyid Sabiq, ter. Al-Fath Lil ‘ilam al-‘Arabi, Kaherah, Mesir (1411/1412H)
    4. Al-Fiqhul Manhaji ‘ala Mazhabil Imam as-Syafi’ie, Dr. Mustafa al-Khin, Dr. Mustafa al-Bugha dan ‘Ali Syarbaji, ter. Dar al-Qalam, Damsyiq, Syiria (1991)
    5. Fiqh Islami Wa Adillatuhu, Dr. Wahbah az-Zuhaili, ter. Dar al-Fikr, Damsyiq, Syria (1885)
    6. Baina as-Sa-il Wa al-Faqih, Syeikh Dr. Bakar Ismail, ter. Dar al-Manar, Mesir (1992).
    7. Sistem Syarikat Jualan Lansung Di Malaysia Dari Perspektif Mualamat Islam, Muhammad Hasan Zaid bin Ramli, UKM Bangi (2002).
    8. Al-Majmu, ter. Dar al-Fikr, Beirut, Lubnan (2000)

  9. ex-vemma
    27 June, 2011 at 9:38 pm #

    kalau sapa2 merasakan dan mengkaji Vemma ni memang betul2 patuh syariah, go on jelah…sekadar berkongsi…ana pun mula2 istikharah gak..nak join..upline antar mesej hari2 ajak join, tambah pulak rasa ni 1 peluang, maklumlah nak bayar yuran kos pengajian dan berhajat nak tolong parent.
    Bila dah seminggu lebih join, habis dalam rm4oo lebih gak la..rasa macam x brapa sedap ati..sampai lah ana ada buat sedikit pembacaan…bla survey banyak2 orang ni ada je ‘ustad2′ yang join, siap jadi leader lagi..tu yang orang awam pun merasa ‘Kuat’ dan yakin dengan MLM ni..
    yelah, sifat manusia memang nak yang Terbaik, Terkaya..termewah..ter..dalam hidupnya, tapi kadangkala terLUPA juga sbenarnya banyak ujian2 hidup yang mengaburi mata kita..sama2 kita umat islam saling memperingati, kitakan 1 Akidah 1 SyariaH!!!

  10. 28 June, 2011 at 8:37 am #

    Nak tahu gak terkini.. Beramboi (yg pemes tu dah arwah), Nasoha, Scam Ke… dah jadik jutawan ke dari Vemma ni? Mcm drama bersiri daa…

  11. 28 June, 2011 at 10:08 am #

    @DBNSK:
    btul ke sedara? apa maksud arwah tu? jgn main2 bro :)
    setahu aku MLM Vemma ni makin banyak je iklan kt akhbar online :D
    tp xtau la takut ahli2 dah desperate nk cari downline ke…wallahua’lam…

  12. the rock
    28 June, 2011 at 1:50 pm #

    din brramboi idup lg der, nasoha da otw nk jd jutawan… bln july ni ada konvensyen kat gnting hihglnd, vemma da temph 1 blok 1st world hotel utk ahli stay sana… 3 hr booked tu.. jutawan vemma sluruh dunia trun tu… bkk je you tube.. search vemma konvensyen..

  13. azyan
    30 June, 2011 at 8:19 pm #

    camne ek nak terminate jdi ahli vemma ni.tiap2 bulan selamba dia potong kad kerdit aku.dulu kata vemma tak potong kad kredit sesuka hati,tapi aku tengok statement tiap2 bulan memanjang potong fee.tolong daku

    • 30 June, 2011 at 10:28 pm #

      @azyan:
      yg kami bleh suggest adalah, kalau sedari masih ada contact upline, sila hubungi die utk tolong tutup akaun. Atau jika saudari ada internet, mungkin boleh search kat website die macamana cara nak tutup akaun Vemma ni. Atau pergi kat bank, cakap nak stop auto-deduct ke akaun Vemma tu. insyaAllah…

  14. azyan
    1 July, 2011 at 7:21 pm #

    upline tak nak layan la,esok kena call bank jgk ni,nak cancel deduct tiap2 bulan fee vemma ni

  15. azyan
    4 July, 2011 at 12:36 pm #

    kepada rakan2 yang kena potong autodebit kad kredit,korang tipon no yang ada kat belakang kad kredit korang pastu bagitau dia pasal vemma yang sukahati potong kad kredit korang tu,insyaallah staf bank tu suggest korang tukar no kad dan dia akan blok kad kredit korng,dalam masa seminggu dia akan pos kad kredit yang baru…aku dah call vemma kat p.j tu,bleh plak dia kata vemma situ takde kena mengena dengan autodebit tu,kite plak yang kena usaha sendiri tipon sana sini nak setel masalah ni.kalau korang tipon upline gerenti dia akan suh korang pegi laman web support alliance vemmabuilder.aku dah try tapi lembab.

  16. Aaachummm
    5 July, 2011 at 12:22 am #

    - baru angan2 nk masuk vemma ni..tkut lak rasanya.. jual burger 1 mlm dpt jual papan pun ok gak..2 riban gak sbln bersih…tp pnt la sikit tiap2 malam laga scrapper ngn kuali..tapi xpe cuba try tngok seminggu 2 ni apa kata ati ni..

  17. 5 July, 2011 at 10:54 am #

    @azyan: sy doakan agar anda berjaya hentikan auto-deduction akaun anda kpd Vemma tu.

    @Aaaachumm:
    tepuk dada tanya poket sedara:)

  18. Aaachummm
    5 July, 2011 at 2:10 pm #

    @azyan: u da jd ahli brape lama? i ni bukan jnis tolak bulat2..tapi nk cari ‘SIFU’ dulu la..yg ble ckp tntg pro n cntra vemma ni..ikhls n jujur..

  19. azyan
    5 July, 2011 at 10:28 pm #

    lama tu tak lama la,tapi sempat juga vemma potong kad kredit 7 bulan berturut2 walaupun hanya pada bulan pertama sahaja aku tekan keyboard jadi ahli paid member,upline bgtau vemma takkan potong suka2 hati tapi bila aku tengok statement bil ada plak potongnyer pada bulan seterusnyer sehingga 7 bulan berturut2,skang ni aku dah tak pakai kad kredit tu. aku saja try test pakai kad kredit bank rakyat baru2 ni sebab setahu aku kad kredit bank rakyat memang tak terima urusan jual beli yang haram,memang automatik dia detect,,bila aku try kat vemma ni tak boleh,patutla dulu upline aku bgtau jgan guna kad bank rakyat,leceh katanyer.haaahaahaahaa.korang dapat agak kan.

  20. Aaachummm
    6 July, 2011 at 1:06 am #

    TQ yan..slamat pitih aku..mlm td (5/7) smpt gk aku p tngok kt ofc vemma tu..smngat tul diorg kat situ..kira ok la aku pn xmau kacau bsns org..siapa yg btul2 ada ktahanan jiwa n emsi tu ble la truskan.Lps ni nk cri biz lain la plak.smoga vemma sukses k..

  21. 6 July, 2011 at 3:58 am #

    Assalam tuan/puan

    Saya ahli vemma dah lama dan saya suka nak beritahu disini yang sebelum join apa2 program kita adalah yang menjadi ceo bisnes kita bukan upline.upline beri panduan tapi kitalah yg akan kendalikan, jadi jika kita adalah ceo kita perlu bijak mendapat maklumat penuh.semasa upgrade member kita perlu isi form dan form berkenaan adalah termaktub kita setuju untuk dicaj.(sila ambil perhatian/penerangan lebih lanjut atas perkara yang anda lakukan sendiri. Ofice vemma terbuka luas dan boleh bertanya bila2 masa dan juga byk leader lain yang ada

    kepada yang mahu nak join, sila dptkan info dr mereka yg sukses dan info tepat bukan dr mereka yg gagal, kerana yg gagal akan beri byk alasan

    saya ada upline/downline tp saya tidak terima bulat2/mentah2 apa upline guide sbb ni biz saya..panduan diberikan jadi kitalah kena pandai lihat apa perlu/tidak kita buat

    konsep vemma is simple, ni bisnes referral, beli vemma dah cukup utk jadi ahli..sharekan kelebihan/manfaat produk dan bina rangkaian, then ada sesiapa join melalui ID kita, company reward u bonus, bantu rakan bisnes kiri dan kanan, ada mcm2 bonus..for me vemma is lubuk duit coz lum jumpa biz lain murah, simple n bonus besar cmni

    jika mahukan sistem autoresponder, ada caj sistem vemmabuilder.jika tak mau takda paksaan…ada yg tak jelas tentang potongan setiap bulan dari vemmabuilder bukan vemma.

    pesanan ikhlas dr saya

  22. ikhtiar
    6 July, 2011 at 4:36 pm #

    salam,

    saya rasa macam ni jer lah…kita balik pada statement bro ustaz td tu kan senang, kalau nak duit tgk sma ada dia blandas syariat dan fatwa semasa.tak salah korang kaji dulu latar belakang sistem vemma ni dan cuba faham baik dan buruk.kalau ikut hati semua nak kaya kan…

  23. IDA
    14 July, 2011 at 3:08 am #

    berkobar2 nak join, bila tgk mcm2 komen xbran plak,modal besar gak bg yg xda keja, surirumah mcm den ni ha,kalau ada contact besar, sanggup terima risiko xsalah nak cuba tp xbleh terus join je, kena plan btul2, idak kalu rugi

  24. 17 July, 2011 at 12:59 am #

    Salam..

    Anak, Adik Score A semua Subjek Peperiksaan dan IbuBapa JANA Pendapatan!!! bagaiman caranya? Contact us NOW!!!

    satu2nya produk pendidikan online yg mendapat persijilan pematuhan Syariah!!dan beribu testimoni kejayaan pelajar disediakan!!!

  25. nurul
    26 July, 2011 at 2:54 pm #

    salam..
    sy nk tnya klu program affiliate tu ape plk statusnya (halal ke haram)..tlg bagi info..sy baru je join 1 program nie..tq..

  26. 14 August, 2011 at 1:31 am #

    Hoh.. pedas topik ni. Aku rasa ramai yang masih sangsi tentang halal haram bisnes ni. Ada yang sangsi affiliate halal ke haram, blogging halal ke haram, MLM halal ke haram.

    Sebenarnya semua bisnes tak haram selagi tidak menyalahi hukum syarak. Join affiliate tak haram tetapi haram kalau masuk affiliate yg jual produk yang haram. Blogging pun tak haram tetapi boleh jadi haram kalau paparkan iklan-iklan berkenaan Tobacco, drug, sex, dan seumpama.

    MLM pun tak harama pada asalnya. Tetapi ramai yang masuk MLM dengan niat yang salah. Niat mereka hanya dapat duit melalui cari orang. Head hunting ni memang haram la. Ustaz Zaharuddin pun setuju. Tetapi kalau yang masuk MLM ni jual produk die betul2, contoh jual Jus manggis dekat yang memerlukan, memang tak ada masalah pun.

    Sama ada MLM yang anda join haram atau tidak, tepuk dada dan tanya pada diri sendiri.

    “Adakah aku mendapat duit melalui penjualan barang atau melalui pencarian orang?” Jawab persoalan tersebut dan akan mendapat jawapannya.

    Dan AWAS, terdapat sesetengah MLM yang menggunakan penjualan barang sebagai pengantaraan bagi menghalalkan sistem pencarian orang. Contoh nya macam login FB dapat 100. Rata2 join bukannya kerana mereka hendakkan produk yang diberi tetapi kerana mereka inginkan peluang untuk menjadi kaya.

    Halal dan haram itu terletak pada diri anda sendiri. Fikir2 kan.

  27. Jutawan Vemma
    6 September, 2011 at 3:22 pm #

    Salam semua…
    hot topic ni…nama saya jutawan vemma tapi tak pun jadi jutawan lagi buang wang adalah dalam 2 tahun nih… harap din beramboi dan nasoha dah jadi jutawan lah…seriuslah vemma ni buat yag berduit jer..sebab kos nak iklan melebihi segala2nya..kalo tak iklan kita tak kemana…pandai dan hebat syarikat vemma guna balaci negara yg mabuk MLM utk jadi tukang marketing dia org…dalam bisnis apa2 bahagian markerting paling banyak keluar belanja..so dia tak yah keluar duit..jutawan yg beranggan mat jenin dan semua pencipta MLM yg tertipu…kpd sesiapa yg nak berjinak2 pikir2 lah..kalo ada duit lebihan dalam 10K boleh masuk tu pun belum tentu lagi….sekadar pendapat!!

  28. Zul KT
    9 September, 2011 at 1:27 pm #

    Alhamdulillah, akhirnya sempurna.. berbaloi saya gone thru dari pukul 1 pagi tadi. As a newbie, Banyak ilmu yang saya dapat daripada blog ini. Terima kasih kepada tuan rumah dan juga kepada yang lain.

    Selamat semua!!

  29. 12 October, 2011 at 8:19 am #

    Islam tidak mengharamkan umatnya untuk hidup berlimpah harta dan menikmati kesenangan duniawi. Asalkan semua itu dicapai dengan jalan halal, lalu membayarkan zakatnya, mengeluarkan infak dan sedekah, siap membantu kaum lemah, tidak menjadikan kekayaan itu sebagai tujuan hidup, dan tidak membuat lalai dari mengingat Allah. “Hai orang-orang yang beriman, janganlah harta-hartamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingat Allah. Barangsiapa yang membuat demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi” (QS. Munafiqun:9).

    Islam bahkan mengharuskan umatnya mencari rizki guna memenuhi segala keperluan hidupnya. Islam menilai, usaha dengan bekerja sendiri merupakan sesuatu yang amat mulia, sedangkan mengemis merupakan sesuatu yang hina.

    Hanya saja, jangan sampai umat Islam terlena dengan kenikmatan dunia, sehingga melupakan aturan Allah dan kehidupan akhirat. Jika itu terjadi, berarti umat terkena penyakit “cinta dunia”, yaitu menjadikan dunia sebagai tujuan. Padahal, harta, kedudukan, atau hal duniawi lainnya itu hanyalah sarana (tool) untuk menggapai kehidupan bahagia dunia-akhirat. Bahkan, kehidupan dunia ini hanyalah “permainan”.

    “Sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan, dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-bangga tentang banyanya harta dan anak…” (QS. Al-Hadid:20).

    Rujukan : Sifat mahmudah(Terpuji) vs Mazmumah (Tercela)

Trackbacks/Pingbacks

  1. Muat turun koleksi doa, dan doa selawat | JomKongsi Info Blog - 16 August, 2010

    [...] Assalamualaikum kpd semua pembaca setia blog jomkongsi.info ini! Apa khabar saudara saudari semua? diharapkan anda semua Alahmdulillah sihat2 selalu hendaknya..kebiasaannya sebelum ini, ramai pelawat2 blog ini masuk ke sini kerana ingin membaca tips2 berkaitan blogging, tips buat duit di internet, tips perniagaan internet & bermacam2 lagi melalui pelbagai keywords tertentu menerusi enjin carian. Antara keyword yg paling terkenal sekali untuk blog ini ialah berkaitan perniagaam MLM Vemma..rata2 pembaca blog yg sampai ke sini datangnya dari kata kunci “Vemma Scam“..mungkin kerana entri kontroversi drp editor kami yg terdahulu(rujuk di sini: Vemma Halal/Haram). [...]

  2. Virus Spam Email & Keyword Trafik Blog | JomKongsi Info Blog - 4 September, 2010

    [...] vemma scam koleksi doa vemma tipu blog perniagaan internet vemma builder halal doa penerang hati untuk anak koleksi doa harian mlm haram vemma halal i-rich 696 tipu [...]

  3. Movie Sambungan Kegemaran Ramai Akan Datang 2010-2011-2012 | JomKongsi Info Blog - 1 October, 2010

    [...] lagi aku taknak cerita pasal info buat duit, perniagaan internet, adsense, vemma scam, mlm scam ke.. atau apa2 je yg scam. Tapi kali ni adalah entri versi santai shj ok! Dalam post kali [...]

  4. Buat duit dari blog atau buat duit dari internet | JomKongsi Info Blog - 3 November, 2010

    [...] blog utk menarik prospek & seterusnya menukarkan prospek itu kepada sales produk or keahlian MLM diorang..dan sales itu convert kepada duit poket tuan blog [...]

  5. Buat duit dari blog atau buat duit dari internet 2 | JomKongsi Info Blog - 5 November, 2010

    [...] pada pandangan aku semenjak dua tiga menjak ni, ada je aku lihat pengamal2 MLM, pengamal2 skim cepat kaya,  skim duit kutu, skim piramid..suka sangat iklankan kat mana2 & [...]

Leave a Reply


1 + = 3

CommentLuv badge