Seperti tajuk diatas, aku ada sikit info nk kongsi mengenai beberapa Kesilapan Kecil Yang Boleh Membunuh Bisnes Online korang. Terutamanya bila korang baru je nak mulakan perniagaan online atau bisnes online ni.
Zaman skrg ni bukannya susah nak mulakan perniagaan internet sendiri bukan? lebih2 lagi kalau korang dah tahu asas2 yg betul seperti penggunaan internet, cara pakai komputer, cara pakai aplikasi komputer tertentu dll. Tetapi, sudah tentu kalau korang betul2 nak bina kejayaan besar di dunia bisnes internet, korang perlu pastikan korang tidak buat beberapa kesilapan atau kesalahan yg kebiasaannya dilakukan oleh bakal usahawan internet apabila mereka mula nak jalankan bisnes online ni. Dalam tulisan aku seterusnya, jom kita lihat ada 3 kesilapan yg sememangnya WAJIB korang elakkan sepenuhnya.
Kesilapan pertama bakal usahawan bisnes online adalah kesilapan untuk memilih sesuatu yg lebih murah pada peringkat awal. Kebiasaanya mereka nak mulakan bisnes online mereka dgn cepat,senang & pantas tanpa memikirkan faktor2 lain. Sepatutnya perlulah invest atau peruntukkan sedikit bajet/kos pada mulanya. Sebagai contoh aku bagi, jika nk membina sesuatu bisnes internet jangka masa panjang, korang mestilah mempunyai/ ada/ dapatkan/ sediakan satu lamanweb profesional utk bisnes korang. Iaitu lamanweb yg akan buat target bakal pelanggan kagum & meraih kepercayaan terhadap kita. Tiada siapa yg nak masuk lamanweb yg kelihatan tidak professional & membuat sebarang transaksi terhadap korang jika laman web korang kelihatan berserabut & tiada ciri2 professional (raih kepercayaan). Sebaliknya dapatkan nasihat & rundingan dari pakar (pereka lamanweb/website designer) untuk membina lamanweb bisnes online korang. Jangan pulak pakai Blogspot yg percuma je utk buat bisnes online, mcm mana nak dapat kepercayaan pelanggan ye tak? (Lainlah ceritanya kalau pelangan bisnes korang tu adalah kawan2, atau sedara mara korang je betul tak) Percaya atau tidak, bajet korang pd permulaan ini akan berbaloi atau ‘balik modal’ untuk jangka masa panjang. Jadi kata kunci pertama adalah INVEST
Keduanya, kesilapan paling besar bakal usahawan bisnes online adalah gagal mengenal pesaing mereka. Kebanyakan bakal usahawan bisnes online, mereka tak tahu siapa pesaing mereka. Kemungkinan mereka tak pernah buat kajian terhadap bisnes yg nak buat ataupun memang tak wujud pasaran untuk produk tersebut. Sebagai info, jika sesuatu pasaran/produk/servis itu telah terbukti memberi pulangan yg tinggi, ianya mustahil jika tidak mempunyai pesaing untuk produk/pasaran/servis tersebut. Tidak kira sekecil manapun bidang servis/produk yg korang tawarkan, ianya mesti mempunyai pesaing. Jadi, buatlah kajian sedikit sebanyak terhadap pesaing bisnes anda & perhatikan apa yg diorang tawarkan atau yg tidak ditawarkan. Kesan kelemahan pesaing anda & mulalah untuk jadikan kekurangan tersebut sebagai pemangkin bisnes korang. Jadi katakunci kedua adalah COMPETITORS
Akhir sekali, tetapkan matlamat atau fokus korang. Tapi mestilah yg logikal & tidak mustahil utk dicapai. Jangan pula terus tetapkan nak cari keuntungan permulaan sebanyak Rm1juta dalam sebulan. Be reasonable la ye. Cuba uji pasaran servis/produk yg korang tawarkan tu pd permulaan, bina target atau fokus yg lebih kecil adalah lebih baik dr target yg lebih besar pd permulaan. Jadi katakunci ketiga adalah TARGET
Kesimpulannya, kepada bakal2 usahawan bisnes online semua. Skrg kita dah tahu apa faktor yg membantu dalam permulaan bisnes online ni. Buatlah yg terbaik & cubalah jauhkan dari kesilapan yg telah aku sebutkan td ok. Kesemua kesilapan td sebenarnya agak mudah untuk dijauhkan jika bakal usahawan bisnes online membuat perancangan terlebih dahulu sebelum memulakan bisnes online ni.
Jadi, jom mulakan bisnes online sekarang! tapi bersedialah untuk menghadapi susah senang nya ok! Kalau cuaca pun ada cerah & mendungnya, jadi bisnes pun ada untung & ruginya…yg penting usaha juga pengorbanan sedikit kos, masa & tenaga.
Jumpa lg utk tips yg akan datang, salam.
Popularity: 1%
Entri lain yg mungkin berguna untuk korang:

yang pertama tu kwn sokong buat nak mula buat business online ni kena ada modal dan pengetahuan dua ni kena digandingkan baru boleh menjadi yang penting usaha kuat sikit. Web ni nampak kemas dan cantik.
ye betul tu sedara, nak berjaya bisnes internet ni kena usaha+modal+pengetahuan
kalau ada minat lagi bagus heheh
Ada kelemahan saya dalam senarai ni. Banyak kena betulkan ni. Terima kasih. Mungkin kena lebih Fokus…
ye saudara Azeri, FOKUS tu amat penting..tak kira nak buat bisnes online atau bisnes konvensional…kadang2 nak fokus tu yg mencabar jiwa raga tu