Sekiranya anda bercadang untuk menaiktaraf atau update sistem blog WordPress anda, sudah semestinya anda perlu membuat satu backup terhadap pengkalan data (database) blog anda tersebut. Di sini kami ingin berkongsi mengenai cara mudah dan ringkas untuk membuat backup database blog anda tanpa menggunakan sebarang Plugin WordPress atau sebarang perisian lain.
Langkah pertama:

Anda perlu login ke sistem Cpanel hosting blog WordPress anda tersebut. Sebagai contoh, saya akan login ke http://domain-anda.com/cpanel ATAU http://domain-anda.com:2082/ Kedua-dua URL ini akan membawa anda ke page yg sama iaitu page Cpanel hosting blog anda.
Langkah kedua:

Apabila anda dah dapat Login ke system Cpanel hosting anda, terus gerakkan cursor mouse anda ke PhpMyAdmin (dibwh section DataBase) & klik pd icon PhpMyAdmin tersebut.
Langkah ketiga:

Selepas itu anda akan dibawa ke halaman baru PhpMyAdmin dimana terdapat semua senarai database yg anda guna bersama hosting tersebut. Di sini, anda perlu pilih nama database yg anda ingin lakukan backup tersebut sahaja. Iaitu database bagi blog WordPress anda.
Langkah keempat:

Setelah anda klik/pilih database yg anda mahukan tersebut, pd ruang sebelah kanan akan memaparkan maklumat database tersebut(abaikan shj). Untuk langkah ini anda hanya perlu terus klik pada ‘EXPORT‘ di tab sebelah atas, dan seterusnya pilih ‘Select All‘ pd bhgian bawahnya.(rujuk gambar)
Langkah kelima:

Selepas itu,pastikan anda pilih ‘Save as file’ pd checkbox di bawahnya(rujuk gambar) & pilih ‘Zipped’ pd bahagian compression. Selainnya anda abaikan sahaja.
Langkah keenam:

Ini adalah langkah terakhir sekali untuk anda muat turun fail database backup blog anda tersebut. Sekarang, klik pada ‘Go’ pd ruangan kanan sebelah bawah sekali.(rujuk gambar)

Selepas anda klik button ‘Go’, akan muncul popup untuk anda muat turun fail database tersebut ke dalam komputer anda. Klik pada ‘Save’ dan pilihlah lokasi yg sesuai dalam hard disk anda untuk menyimpan fail backup tersebut…sekarang anda telah berjaya melakukan sendiri proses backup database blog WordPress anda tanpa perlu mengupah sesiapa pun. Selamat mencuba!
Sebenarnya kekerapan untuk anda backup database blog WordPress anda ini amatlah digalakkan bukan sahaja semasa anda ingin upgrade sistem blog WordPress anda, tetapi juga sebagai persediaan bak kata orang ‘sediakan payung sebelum hujan’, kerana jika anda tidak membuat backup database, bagaimana jika hari ini pada masa ini, blog anda diserang oleh virus@ dgn kata lain server hosting blog anda diattack oleh penggodam(hacker) dan membuatkan blog bisnes anda tergendala, offline dan menjadi kacau bilau. Mahukah ini terjadi kepada anda? Walaupun kemungkinan anda boleh untuk ‘request backup’ drpd pihak hosting, tapi itu semua melibatkan masa yg panjang dan agak leceh untuk menuggu pihak hosting me’restore’kan balik laman blog anda kepada asal.
Ada kemungkinan mereka (pihak hosting blog/website anda) tidak menyimpan backup database anda yg terkini? Jika itu terjadi,susahlah anda. Tetapi, bagaimana jika anda telah mengambil inisiatif sendiri dgn membuat backup database blog anda dgn sendiri? Sudah tentu semuanya akan selamat bukan? Jadi, fikirkanlah dan selamat mencuba untuk backup database blog WordPress anda tanpa perlu mengupah sesiapapun ok! Kami berharap perkongsian info kami kali ini amat berguna untuk anda semua. Jika ada sebarang pertanyaan ataupun keliru dgn tutorial Cara Mudah Backup Database Blog WordPress kami ini, bolehlah hantarkan komen/pertanyaan anda diruangan di bawah ok! jmpa lagi!
Popularity: 3%
Entri lain yg mungkin berguna untuk korang:

Ya, begitu penting untuk backup database sendiri. Jgn mengharapkan pd pihak hosting saja. Backup sendiri selamat..
betul tu Sharul, mmg patut kite buat sendiri je backup database blog wordpress ni. bkn susah pun kan? jimat masa & tak perlu upah sesiapa pun
Wa tutorial yang senang faham sebab banyak gambar..
Thanks!
Eh nanti dulu ade beza Ni die back up untuk blog post sekali kan?
ye Nizam, ni backup untuk satu sistem blog WordPress anda. termasuk post, setting WordPress, setting Plugins & semua la pendek kata…
Cara ni jgk boleh diguna untuk buat backup mana2 database website anda…flexible bukan
Katakanlah kita dah backup dan tiba hari yang malang blog kena attack bagaimana kita nak upload semula data-data tersebut?
katakan nak restore backup melalui PHPmyadmin, pergi ke page PHPmyadmin, pilih nama database yg nak restore, lepas tu pilih import kat tab atas tu…pastikan file backup tu bebas dari virus dlu ok
Bro.. harap dapat buat tutorial cara-cara nak upload/restore file-file database yang kita sudah backup plak.. moga mendapat sambutan..
TQ.
@ErieAdn:
thanks! insyaallah nnti sy buat tutorial restore/upload database wordpress lak ok!