Baru2 ni kecoh pulak kat Facebook, internet dll..kononnya ada program baru jana pendapatan di internet dengan “whats up doc?” ops, Wazzub namanya.
Yang kononnya menyamai Google, Facebook, MSN, Social Metwork dan lain2 jgk. Dikatakan Wazzub ni akan menjadi pesaing hebat Google yg dah otai tu. Ahli2 nya setakat ni mengatakan program Wazzub ni boleh buat duit sampingan untuk korang berbeza dgn Google dll yg takde menjana pendapatan langsung apabila korang menggunakan servis mereka. Betul ka macam ni? Boleh percaya ke?
Terpulanglah pada korang, aku sendiri pun tak tahu & memang tak berminat ambil port benda2 macam ni. Bukan ape, korang tgk sendirilah laman web dia. Macam kureng je haha..nak percaya pun susah gak ni..Biasa skim2 macam ni kejap je heboh kat internet, lepas tu senyaplah. Landing page di laman web Wazzub ni kelihatan mcm nak collect email list je & lebih kepada MLM atau skim piramid je aku tengok. Terpulang pada korang nak judge ok. Tengok lagi sekali kat logo dia, macam budak sekolah rendah je yg design nye. Susah betul aku nak percaya
Orang2 kita (melayu) ni, pantang nampak/dengar duit, mulalah sibuk nak promote2 kat situ, sini, facebook la, email la..padahal dia sendiri pun tak pasti apa ke benda program tu.Kadang2 naik menyampah pulak aku tengok iklan2 duk promote skim Wazzub ni kat FB. Siap cakap Wazzub ni bakal menyaingi Google la ape la, padahal aku tgk laman web dia pun dah tepuk dahi…haha agak kelakarla…
Selepas aku who.is domain nye, aku dapati syarikatnya didaftarkan di US oleh GIT Global Investments Inc. Tak taulah apa kebendanya syarikat ni buat. Sounds like syarikat pelaburan& MLM je, wallahua’lam. Oklah berbalik pd Wazzub ni, kononnya akan di lancarkan dlm 62 hari lagi. Tak tahulah aku apa benda yg nak di lancarkan tu, sistem ke, website ke, skim MLM piramid ke..tunggu & lihat je lah ye.
Tapi kalau tgk page facebook diorang, mak oi dah ada LIKE 100k++ tu. Tapi design fanpage pun macam cikai2 budak tadika je buat haha, pening aku. Maybe “dont judge book by its kulit?” wallahua’lam..korang tentukan…tapi kadang2, benda mcm ni heboh je lebih, tapi takde apapun. Yang penting, buat advertising lebih2..banyaklah LIKE diorang dapat. Bisnesnye ntah apa2 pun takpe, janji word of advertising dah sebar diorang punya so called sistem money making, yg cerita sebenar, belakang kira, betul tak? lagipun, website dia takde apa2 info pasal money making strategi diorang, aku tgk lebih pd MLM skim piramid je.
Sebenarnya aku pun malas tak ada masa nak research Wazzub ni banyak2 untuk review ni, mcm buang masa aku je heheh. Lagipun aku tak berminatlah Wazzub2 yo ni
Kalau korang rasa berminat, korang boleh sambung buat kajian sendiri mengenai Wazzub ni ok. Entri aku kali ni just pandangan aku je, tiada kaitan dgn tajaan mana2 pihak mahupun badan2 berkanun ok. Kalau korang ada apa2 nak komen, nak kutuk pasal Wazzub ni ataupun entri ni, rajin2lah share/komen kat bawah ok!
Popularity: 1%
Entri lain yg mungkin berguna untuk korang:

entahlah. aku tak minat nak join benda ni. tak tahu kenapa.
titan entry terbaru: Kekalahan kedua yang tak kacak..
@titan: betul tu en.titan, aku pun tak minat benda2 tak jelas ni. buka page, terus mintak email, entah apa2 money making program

Perniagaan Internet entry terbaru: Buat duit dari blog atau buat duit dari internet 2
Skim macam tu memang orang Melayu banyak yang terpengaruh. Semuanya nak mudah, nak cepat. Akhirnya terlungkup. Kawan2 pun lari.
Cikgu Hairul entry terbaru: Singgah Di Pantai Merdeka Dan Tanjung Dawai
betul tu, kalau nak berniaga buat bisnes, baik buat bisnes betul2 , takpun kaji betul2 sebelum join mana2 program2 mcm ni
Perniagaan Internet entry terbaru: Kesilapan Kecil Yang Boleh Membunuh Bisnes Online
Dulu,aku pernah kena tipu dek myspace tunai.Agak mangkok jugaklah diaorang tu,tapi naseb baik 50 ringgit je yang lesap.Adeh,parah parah…
W.HabibuRahman entry terbaru: Cilakak!! Ku Sangkakan iPhone 4s Rupa-Rupanya Berus Cat
Myspace Tunai ye? haha macam2 cara kalau dah nak tipu duit orang ni. Login FB dapat Rm100 la…ko tak join ke yg tu hehe
Perniagaan Internet entry terbaru: Kesilapan Kecil Yang Boleh Membunuh Bisnes Online
Buat masa ni, program n nampak macam buang ‘karan’
samdaddycool entry terbaru: Yuna – Terukir Di Bintang (Unofficial MTV With Lyrics)
ye betul2 buang masa & tenaga…macam kecoh je lebih..pihak admin laman web jgk yg untung bila orang ramai promosikan web dia..dah jadi viral plak..padahal satu sen pun belum dapat kat orang yg mempromosikan laman dia tu haha
Perniagaan Internet entry terbaru: Buat duit dari blog atau buat duit dari internet 2