
Menulis blog pd masa sekarang sudah menjadi ‘kegilaan’ ramai orang. Pada masa dulu, saya pernah mendengar tentang menulis blog atau ‘buat blog’, tapi apakah yg kita dapat dari menulis blog ini? Jadi setelah beberapa ketika mencari mengenai mengapa orang sekarang makin ramai menulis blog, dan saya telah menemui ada beberapa sebab mengapa seseorang perlu untuk menulis blog atau memiliki blog sendiri.
Pertama, dalam bidang menulis blog, anda boleh MENJADI DIRI ANDA SENDIRI Ia seperti versi ‘online’ diari kehidupan anda dimana anda boleh menulis apa shj mengenai diri anda, pengalaman anda, buah fikiran anda dan juga perasaan anda pada masa tertentu. Ianya di mana anda boleh membina IDENTITI ONLINE anda sendiri. Orang yg melawat/membaca blog anda akan dapat belajar sesuatu mengenai anda, bagaimana anda hadapi sesuatu perkara dan mengenai pengalaman yg terdapat pd diri anda. Ianya seperti pembaca membaca biografi mengenai diri pemilik blog tersebut.
Kedua, penulisan anda tersebut BOLEH DIDENGAR. Lebih ramai orang berpeluang untuk membaca apa yg anda fikir dan persepsi anda menerusi penulisan blog ini. Pembaca/pelawat blog anda bukan shj dari kalangan orang sekeliling anda, atau orang yg anda kenal. Tetapi pembaca (audience) anda akan datang dari segenap pelusuk dunia jika anda mempunyai blog. Oleh kerana, menulis blog adalah medium untuk anda mengekspresi diri anda, anda akan dapat berkongsi dengan orang lain mengenai apa yg anda tulis dan mereka juga bebas untuk meninggalkan komen dan pandangan mereka. Mereka tidak boleh menghalang anda dari menulias apa yg anda mahu tulis kerana ianya hak anda bukan? blog anda, hak anda! asalkan apa yg anda tulis tidak menyentuk peribadi orang lain ataupun unsur2 yg lari dari fakta sebenar ok!
Ketiga, anda BOLEH BELAJAR. Anda banyak belajar jika anda menulis blog. Anda belajar bukan saja bagaimana untuk menyampaikan buah fikiran anda & gaya penulisan anda. Ia bukan sahaja mengukuhkan lagi kemahiran menulis anda, tetapi anda juga anda dpt belajar mengenai apa yg orang lain fikir terhadap topik yg anda ingin bincangkan. Anda akan belajar mengenai respon pembaca dari segi pandangan masing2 apabila anda banyak membaca dan mengkaji sebelum menulis sesuatu topik di blog anda. Ini secara automatik akan meluaskan ilmu yg anda ada & meluaskan lagi perspektif pandangan ilmiah anda.
Keempat, anda boleh BERKENALAN & MENJALIN PERSAHABATAN. Menulis blog membolehkan anda untuk mereka/menulis suatu entri/perbincangan dengan orang lain yg mana mereka juga mempunyai pengetahuan dalam topik yg anda tulis. Anda akan dapat berjumpa dgn orang yg mana anda boleh berkongsi & bertukar-tukar pandangan dengannya, dan berkemungkinan akan berterusan sehingga menjadi sahabat karib di dunia internet mahupun di dunia sebenar. Dengan cara ini, anda akan terlibat secara tidak langsung dlm perbincangan bersama penulis2 blog yg lain di Internet. Anda juga menjadi sebahagian dari komuniti, iaitu komuniti dalam talian!
Akhir sekali, menulis blog ini akan MENJANA TRAFIK (pengunjung) ke blog anda. Tidak kira anda menulis blog untuk bisnes, perniagaan online, perniagaan offline..atau sekadar blog hobi/peribadi? Tetapi jika anda menjalankan perniagaan atau bisnes secara online, dgn menulis blog ini akan memberi kesan yg baik untuk mendapatkan pengunjung & trafik. Trafik atau pengunjung yg ramai, bermakna lebuh ramai pelawat blog yg berpotensi menjadi pelanggan anda. Bila pelangan sudah ramai, maka banyaklah pendapatan/duit yg anda akan dapat! betul tak? Hari ini, penggunaan Internet adalah suatu yg mustahak & perlu bagi sesiapa sahaja yg serius dgn perniagaan atau bisnes. Tidak kira blog bisnes online atau offline(bisnes konvensional). Ini kerana, jika anda mempunyai blog untuk bisnes anda, bermakna ia akan membantu anda dalam mendapatkan ramai pelanggan yg berpotensi.
Menulis blog adalah bagus, malah sangat baik jika kena pd tempatnya. Yang menariknya, pd asasnya ia adalah PERCUMA! Jadi, tulislah sebanyak mungkin entri blog yg anda mahu. “There’s nothing to lose, only more things to gain…”
Popularity: 2%
Entri lain yg mungkin berguna untuk korang:

Suka point ke 3
ada banyak benda yang boleh dipelajari dengan berblog…membuat blog sendiri atau membaca blog orang lain…kadang2 rasa seorang blogger ‘one step ahead’
ye btul tu kak Jie..dah lama ye K.jie tak masuk sini
majulah bloggers utk Malaysia
blog juga boleh menjadi sumber rujukan pada semua orang
teknik SEO kene pandai jugak tu hehe
betul tu Syafrizal, SEO (search engine optimization) amat penting untuk dapat trafik free hehe..kene tahu mcmn nk pkai keywords, nk ulang keyword kat mana..,pakai plugins ke..bold ke..backlinks lah mcm2 lagi
hye people… im new here… cakap pasal blog ni, saya ni new s a blogger… tak tau pa pe pun… hehe… tapi berazam besar nak jadi one of malaysia’s successful internet marketer cam irfan khairi dan patrick chan… apa kata awak semua layari blog baru saya di link ini, http://tidakperlukerja2010.—–.com...
suatu hari nanti saya juga akan ada blog sendiri. he he he
@mr riezz:
insyaAllah…
semoga bro berjaya mempunyai blog .com sendiri
macamana pula jika ramai tak setuju dengan post kat blog kita ea?
@ahmad:
terika kasih kerana mengunjungi blog ni.
mengenai soalan sedara, “macamana jika ramai tak setuju dengan post kat blog kita?”
jawapan sy macam ni je, bergantung pada penulisan & tujuan entri sedara tu jgk. katakan sedara tulis pasal politik ke..atau pendapat peribadi sedara mengenai apa2 jelah (asal tak bercanggah dgn agama) so, kalau orang tak suka jgk..biarjelah diorang..yg penting sedara jadi diri sedara sndiri semasa menulis..bukan meniru gaya sapa2 ke..atau cuba mengikut gaya org lain ke…sebabnya blog sedara, sedara yg punya..jika ada pembaca yg tidak sukakan penulisan sedara, biarkan dia..tak perlulah dia mengunjungi blog sedara btul tak..tak suka tak payahlah masuk kan? haha
tetapi lain pula kalau sedara post entri yg memang bertujuan nk menginggung peribadi2 individu2 tertentu…smpaikan org yg baca pun tahu katakan sedara nak kondem kawan sedara, tapi smpai mengaaibkan pulak…itu dah tak baguslah ye…
wallahua’lam…pendapat dr saya je