6:21 am - Saturday May 19, 2012

Yang Senang dan Ringkas Untuk Yang Rumit

Ingin beriklan di sini? Emel: admin[at]jomkongsi.info

Yang Senang dan Ringkas Untuk Yang Rumit
Kita semua adalah manusia dan kita mestilah mempunyai masalah masing2 bukan? Dan pernahkah anda semua terfikir kembali kadangkala disebalik penyelesaian yg kita cari untuk masalah yg kita hadapi tersebut, tersembunyi penyelesaian yg sebenarnya tersangat ringkas & mudah sekali, sehingga kita tidak terfikirkannya langsung. Terus kepada entri kali ini yg kami ingin kongsikan adalah mengenai beberapa buah idea/kisah pendek yg bertajuk ‘Buah fikiran yg ringkas untuk menyelesaikan masalah yg rumit’ dgn kata dalam bahasa inggerisnya ialah, ‘Think Simple to Solve Complex Problems’.

Kisah pertama:
Semasa kali pertama NASA (Rusia) sedang memulakan pelancaran angkasawannya ke angkasa, mereka baru sedar yg alatulis seperti pen untuk angkasawan tidak akan berfungsi di angkasa yg kosong tarikan gravitinya (pen yg normal tidak akan berfungsi kerana dakwat tidak akan mengalir ke bawah corong mata pen). Ini memberi mereka satu masalah untuk diselesaikan dan menyambil masa sepuluh tahun yg menelan belanja USD12million untuk menyelesaikan permasalahan ini. Akhirnya mereka mencipta satu jenis pen(alat tulis) yg dapat berfungsi pada graviti sifar, dapat menulis walau diterbalikkan, berfungsi dalam air, dan juga dapat menulis di kebanyakan permukaan termasuklah kristal. Juga dapat bertahan dalah suhu dari bawah beku hingga ke 300 darjah celcius. Tahukah anda apakah nama alatulis yg direka orang Rusia tersebut?

Itulah pensel! :)

Kisah kedua:
Dalam sebuah syarikat kosmetik yg besar di Jepun suatu ketika dulu, tiba-tiba muncul satu permasalahan agak besar bagi mereka iaitu kes kotak sabun yg kosong. Mereka kerapkali menerima rungutan dan komen dari pengguna dimana pengguna tersebut acapkali terbeli sabun yg tidak mempunyai apa2 isi kandungan, dgn kata lainnya kotak sabun yg kosong. Lantas dengan segera, pihak tertinggi kilang tersebut pun mula mencari jalan penyelesaian untuk masalah tersebut. Mereka mulakan dengan dari bahagian pembungkusan. Piha pengurusan mencadangkan jurutera mereka mencipta satu mesin X-Ray (sinar X) yg mempunyai resolusi tinggi yg mampu mengesan(scan) kandungan isi di dalam setiap kotak sabun tersebut. Akhirnya mereka berjaya mencipta satu mesin X-Ray untuk kegunaan itu tetapi telah memakan kos & masa yg agak lama untuk menyelesaikan masalah yg timbul.
Tanpa disedari, disuatu bahagian di sebuah syarikat yg lain. Seorang pekerja berpangkat biasa di syarikat yg kecil telah menghadapi situasi yg sama, tetapi tahukah anda apakah penyelesaian pekerja tersebut? Jangan terkejut jika saya katakan bahawa pekerja tersebut hanya membeli sebuah kipas industri yg kecil sbg penyelesaiannya. Dia pasangkan kipas tersebut di laluan kotak sabun yg keluar dr mesin, dan setiap dari kotak yg kosong akan tertiup ke sebelahnya, iaitu keluar dali landasan mesin sabun tersebut. Jadi siapa yg bijak di sini? fikirkan ye saudara

Kisah ketiga:
Sebuah lori besar yg panjangnya 50 kaki, mempunyai 48′ inci roda telah tersekat di dalam sebuah terowong di sebuah bandar di tengah New York. Ini kerana lori tersebut tingginya lebih 2.5 kaki dari tinggi terowong tersebut. Selepas itu, pihak bomba bergegas untuk mengeluarkan lori tersebut dan memakan masa selama sehari untuk mencari penyelesaiannya, sehingga hampir buntu dan terpaksa membuat keputusan menceraikan beberapa bahagian lori tersebut.
Entah datang dari mana seorang budak kecil yg berumur lebih kurang 10 tahun, bertanyakan pada ayahnya, “Mengapa tidak dipancitkan saja tayar lori tersebut, nanti kuranglah sikit tinggi lori tu”
agak2, apa yg ahli bomba tu buat selepas itu? ;)

Moralnya adalah, sentiasalah kita mencari penyelesaian yg paling ringkas & semudah mungkin untuk setiap masalah yg kita hadapi(jangan pula sehingga membawa kpd keburukan lain pulak ye). Dan belajarlah untuk fokuskan kepada penyelesaian, dan bukan fokus kepada masalah itu sendiri.

Akhir kata dari kami,

‘jika anda lihat apa yg anda TIDAK miliki dlm hidup ini, anda TIDAK akan miliki apa2 pun.
tetapi jika anda lihat kepada apa yg anda MILIKI dlm hidup ini, anda akan MILIKI segalanya!’
renung2kanlah ;) peace!

Popularity: 1%

Entri lain yg mungkin berguna untuk korang:

  1. Kenapa Anda Tidak Patut Menggunakan Blogger Untuk Blog Bisnes Anda
  2. 5 Sebab Untuk Anda Menulis Blog
Filed in: Info Umum, Muhasabah Diri

6 Responses to “Yang Senang dan Ringkas Untuk Yang Rumit”

  1. ayaya
    3 June, 2010 at 5:38 pm #

    wah, artikel yg menarik, best suke2. mmg kreatif la..sbb tu kite perlu berfikir ye sblm selesaikan sesuatu masalah…kdg2 ada solution dkt je dgn kite tp xsdr hehe

  2. ayaya
    3 June, 2010 at 5:39 pm #

    inilah pemikiran ‘out of the box!”

  3. 3 June, 2010 at 5:41 pm #

    tuhan bagi kite akal, so gunakannye :)

  4. 4 June, 2010 at 1:00 am #

    hebat jgk ko ni en.kento :) btw nice info!

    p.s: panaslah ble masuk blog ko kento,mayb psal post Vemma aku tu kot ;p

  5. 4 June, 2010 at 4:07 pm #

    yelah tu JK, tak pasal2 ada org kuat Vemma panas kt aku…cobaaaan

  6. skilly
    2 July, 2010 at 12:50 pm #

    tahniah…info yg sangat berguna

Leave a Reply


+ 6 = 12

CommentLuv badge