
Salam Ramadhan & bertemu kembali kita kali ini.
Syukur Alhamdulillah kerana kita masih lg diberi peluang utk mnghirup udara segar & masih lg bernafas di bumi Tuhan ini…
Kali ini, kami bukan untuk berbincang panjang mengenai teknik buat duit dari internet@ perniagaan internet@ skim2 MLM scam/penipu & sebagainya..tetapi kali ini kami terpanggil untuk mengenang kisah betapa manusia lalai di bumi Allah ini…
Sesuai dgn tajuk entri ini, Ramadhan tak lama lagi akan melabuhkan tirainya menandakan tibanya bulan kemenangan bagi umat Islam iaitu bulan Syawal..sebut saja bulan Syawal, masing2 dah teringatkan hari raya dan sebagainya…sedarkah kita bagaimana Ramadhan yg telah lalu? bagaimana kita hayatinya? belum kira amalan-amalan sunat, bagaimanakah amalan wajib Fardhu Ain kita? Solat 5 waktu kita? puasa sebulan Ramadhan kita? sempurnakah ia?
Bila sebut pasal raya, semua pun ingat baju raya..makanan raya..suasana raya…Dari anak kecil sampailah yg beruban pun pasti gembira bila sebutje pasal hari raya…Dari golongan yg puasa penuh…yg puasa ‘yuk-yuk’..hingga ke yg tak puasa langsung pd bulan Ramadhan pun, memang tersengihla bila datangnya hari raya aidilfitri ni…manusia oh manusia..akal ada,umur dah baligh, tetapi puasa tak nak…bila raya bukan main tempah & beli baju raya berpasang-pasang..berhabisan beratus beribu ringgit…
Teringat pulak kata ustaz aku masa sekolah dulu, perkataan ‘manusia’ ni antara kata akarnya ‘nasia’..bermaksud ‘lupa’ kesedaran diri, manusia lupa, manusia yang hilang kesadaran..Dari sini insan itu makhluk yang mempunya sifat lupa, mungkin kerana sifat semulajadi manusia…tapi INGAT! jangan jadikan ini sebagai alasan untuk alpa dlm mengabdi diri pd Allah…
Dalam pd itu, terfikir pula aku, kalau dah berakal..fizikal sempurna..sihat tubuh badan..tapi masih tak puasa…mengapa tu? mungkinkah ada sesuatu yg tidak kena pada otak mereka ini? apa tidaknya, bila insan2 lain penat menahan lapar & dahaga berpuasa seharian, terdapat pula disudut2 sunyi insan-insan yg enak mengunyah makanan & menghirup air tanpa rasa segan silu…walhal bila tiba hari raya, dialah yg terlebih beraya…nak kata tertewas gara2 syaitan , bukanlah…
Sabda Rasulullah saw.:
“Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan.”
Mungkin inilah yg dikatakan NAFSU..dlm diri manusia…sebelum Ramadhan, iblis yg hasut manusia supaya lalai..tapi bila ramadhan pula, nafsu pulak yg ambil alih tugas iblis ni…andai kata iman & hati tidak kuat, tewaslah diri pd nafsu jahat…nafsu tu ada yg baik & ada yg jahat..sentiasalah kita berharap agar selalu tertewas pd nafsu yg baik ya…
Cakap pasal nafsu ni, antara bahagian-bahagian nafsu ni ialah:
- Nafsu mutmainnah : nafsu yang sempurna, yang menyuruh melakukan perkara kebaikan.
- Nafsu lawwamah : nafsu yang sentiasa ada dalam diri, kadangkala bersifat baik, kadangkala bersifat buruk.
- Nafsu amarah : nafsu yang paling tercela, sentiasa menuntut syahwat dan keburukan.
Oklah, berbalik kita pd kisah diatas..pernah sekali aku terserempak dgn makhluk2 yg enak makan pd siang hari bulan Ramadhan ni, jantan ada..betina pun ada..nak ditegur, serba salah kita..nak tak nak cubalah diri ini membuat aduan pd JAWI (Jabatan Agama Wilayah Persekutuan) melalui SMS servisnya..
| Nama Agensi | Kod | Subkod | Mesej Penghantaran | Keterangan |
|---|---|---|---|---|
| Jabatan Agama Wilayah Persekutuan | JAWI | ADUAN | Taip JAWI ADUAN [aduan anda] & SMS ke 15888 | ADUAN JAWI |
Adu punya adu, rupanya takde feedback langsung dr JAWI ni nmpak gayanya..tapi duit SMS servis dahpun ditolak..hmm ini lagi satu kelemahan sistem ni..duit ambil tapi takde respon apa2..harap2 lepas ni sistem pengurusan aduan JAWI dapat dipertingkatkan lg..kalau mcm ni susahla ye, bayangkan buat aduan mengenai ajaran sesat ke..khalwat ke..tapi takde respon langsung, yg dapatnya: “Terima kasih kerana anda prihatin blablabla..” tapi apa tindakannya? habuk pun tak ada..susahla mcm ni ye…
Oklah, cukuplah komplain pasal JAWI tu..yg penting di sini, seandainya terdapt pembaca2 blog ni yg termasuk dlm golongan ‘puasa taknak tapi raya nak’ tu, harap2 lepas ni kuatkanlah lg iman anda..teguhkan lg azam anda…bersihkan jiwa anda…tanamlah azam untuk Ramadhan yg akan datang tu kamu akan buat yg terbaik & ingatlah, kalau budak2 kecil pun dah boleh berpuasa penuh satu bulan Ramadhan, kenapa kita orang dewasa yg tahu dosa pahala tak boleh lebih baik dr kanak2 kecil tersebut…malulah sikit ye…lepas tu jgnlah lupa pulak untuk mengganti puasa tahun ini jika ada yg kononya tertinggal ok…
Salam Ramadhan & moga jumpa lagi…jgn lupa untuk kongsikan entri ini dgn ‘Share’kan pd FaceBook saudara semua ok! Klik pd ‘Like’ button di sebelah jgk ok! Share the love!
Popularity: 1%
Entri lain yg mungkin berguna untuk korang:

Trackbacks/Pingbacks
[...] bila dah biasa dgn berpuasa ni.. InsyaAllah, moga kita semua dipanjangkan umur utk berjumpa dgn Ramadhan yg akan dtg ok, amin..tapi bisnes tetap bisnes..hidup perlu diteruskan ok, sila teruskan membaca [...]