
Antara koleksi doa-doa penawar dari hadis nabi :
Doa Malaikat Jibril ke atas Rasulullah S.A.W setelah baginda mengadu kerana disihirkan oleh Labid bin Al-A’shom (yahudi) :
بِاسْمِ اللَّهِ أَرْقِيكَ مِنْ كُلِّ شَيْءٍ يُؤْذِيكَ مِنْ شَرِّ كُلِّ نَفْسٍ أَوْ عَيْنِ حَاسِدٍ اللَّهُ يَشْفِيكَ بِاسْمِ اللَّهِ أَرْقِيكَ
Maksudnya : “Dengan nama Allah aku mendinding kamu daripada setiap sesuatu yang menyakiti kamu yang datang daripada setiap kejahatan jiwa atau mata orang yang hasad (dengki), semoga Allah menyembuhkan kamu dengan nama Allah aku mendinding kamu.”
(Hadis riwayat Imam Muslim dalam Sahihnya)
2. Doa ketika menghadapi sakit atau demam :
بِسْمِ اللَّهِ الْكَبِيرِ أَعُوذُ بِاللَّهِ الْعَظِيمِ مِنْ شَرِّ كُلِّ عِرْقٍ نَعَّارٍ وَمِنْ شَرِّ حَرِّ النَّارِ
Maksudnya : “Dengan nama Allah Yang Maha Besar, Aku berrlindung daripada kejahatan setiap peluh yang meruap-ruap dan daripada kejahatan setiap kepanasan api.”
(Hadis riwayat Imam Al-Tirmizi dalam Sunannya)
3. Doa ketika menziarahi orang yang sakit :
أَسْأَلُ اللَّهَ الْعَظِيمَ رَبَّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ أَنْ يَشْفِيَكَ
Maksudnya : “Aku bermohon kepada Allah Yang Maha Agung, Tuhan Yang Memiliki ‘Arasy yang Agung, agar menyembuhkan kamu (dibaca sebanyak 7 kali).”
(Hadis riwayat Imam Abu Daud dalam Sunannya)
اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ مُذْهِبَ الْبَاسِ اشْفِ أَنْتَ الشَّافِي لَا شَافِيَ إِلَّا أَنْتَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقَمًا
Maksudnya : “Ya Allah, tuhan sekalian manusia, penghilang segala kesusahan, sembuhkanlah kerana sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Penyembuh, tiada sesiapa yang dapat menyembuhkan (penyakit) melainkan Engkau sahaja yang dapat mengubati dan menghilangkan sakit.”
(Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dalam Sahihnya)
4. Doa mohon berlindung daripada gangguan syaitan dan sekutunya :
أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّةِ مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ وَهَامَّةٍ وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لَامَّةٍ
Maksudnya : “Aku mohon berlindung dengan kalimah-kalimah Allah (Al-Quran atau asma’ Allah dan sifatNya) yang sempurna daripada setiap syaitan dan binatang berbisa yang boleh membunuh serta berlindung daripada setiap pandangan mata yang boleh mendatangkan kejahatan.”
(Hadis riwayat Imam Al-Bukhari)
semoga koleksi doa-doa penawar yg dikongsikan pd kali ini akan membawa manfaat untuk semua. Jangan lupa utk sebarkan & share dgn rakan/famili anda semua melalui ‘Facebook’ LIKE di sebelah ok! Selamat beramal!
*Untuk koleksi doa-doa harian, sila baca di sini
Popularity: 15%
Entri lain yg mungkin berguna untuk korang:

Bersama-samalah kita sebarkan dan amalkan semua doa-doa ini. Ini kerana doa adalah senjata bagi orang-orang Islam.
salam ramadhan almubarak…
doalah harta & senjata bg umat islam…
tiada yg dpt meruntuhkan islam jika umatnya berpegang teguh pd ajaran Allah swt…
takbir!
orang islam la ni memang pelik. Dah tahu kita sesama islam jangan buat fitnah, merendahkan mertabat sesama insan, patut tolong menolong yang kaya tolong yang miskin, dan banyak lagilah yang dituntut dalam islam, namun tak banyak yang buat gitu. Yang kaya kalau nak derma kena masuk paper, dah tahu judi haram buat juga, dah tahu kena solat 5 waktu buat tak tahu aje bila dah azan dan banyak lagi lah. Tak cukup nak tulis dalam kotak ni. Jadi kalau Tuhan turunkan bala janganlah nak salahkan orang lain. Orang tak bantu, orang tak bagi duit, lambat bagi bantuan dsgnya. Sendiri kena tahu. Kalau dah islam buatlah cara islam. Jauhkan semua perkara2 yang dilarang dan lepas tu doa banyak2. Insyallah Tuhan makbulkan doa kita.
@yazid:
betul tu yazid, kebanyakan org muslim skrg, kalau kaya mesti nk masuk tv@paper dulu klu nk derma…jarang yg nk low profile…kalau menteri2 kita, lagile…heheh
jom kongsi jangan xkongsi..:)
Posting yang berfaedah. Mohon share. Terima kasih.
@saudagar:
sama2, silakan kongsi!
salam…sy sedang mengumpulkan doa-doa dr alQuran dan hadith utk diletakkan dalam blog sy…mohon share yer…semoga pahalanya berpanjangan…insyaAllah…
dipersilakan