1:17 am - Tuesday February 7, 2012

Jom Berfikir Sejenak Di Bulan Ramadhan

Salam Ramadhan kpd semua pembaca…Jom Berfikir Sejenak Di Bulan Ramadhan
dalam sedar tak sedar, hari ini sudah masuk hari ke lapan kita semua umat islam menunaikan ibadah berpuasa di bulan Ramadhan. Bagaimana perasaan anda? gembira,sedih,penat,lapar atau tak rasa apa2… walau bagaimanapun,tepuk dada tanya iman kita sendiri… Bagi yang bekerja seharian, adalah jg rasa penatnye tu ye…tapi kalau setakat bekerja di pejabat yg ber’air-cond’ tu, kira bersyukur la tu…xterasa mana bahangnya berpuasa ni :D tapi bayangkan kalau yg bekerja di bawah panas matahari seperti buruh…atau orang-orang kampung yg bekerja di kampung saja…sudah pasti orang-orang ini lagi cekal dari kita dan puasanya lebih mencabar dari golongan yg bekerja di bandar-bandar iaitu di pejabat2 berhawa dingin kan…

Tapi,bg yg bekerja dibandar pula…lain pulak kisah cabarannya…apa taknya…ada banyak dugaan lain pula yg datang…salah satu dugaan paling besar kerja di pejabat2 dan bandar-bandar seperti Kuala Lumpur dsb pulak adalah cabaran untuk rohani kita…terutama bagi kaum lelaki :) anda rasa fahamkah apa dia?
baiklah biar sy terangkan, dugaan seperti ni adalah…dugaan kpd mata dan juga hati…sy rasa anda semua mungkin sudah faham kan…ya betul tu..terutama bagi yg bekerja bersama staf yg berlainan bangsa, mmg lagi faham hal ni…apa taknya jika rakan wanita di pejabat anda yg bukan muslim berpakaian seksi dan dedah sana,dedah sini…mesti mata lelaki2 ada yg nk menjeling2 bukan…
tulah antara dugaannya…

Kata seorang rakan saya…”bulan-bulan biasa bolehla jeling2…tapi bulan puasa ni kena jaga sket…”..hehe sy tersenyum sndiri…dalam hati sy, sepatutnye sm je bulan mn2 pun, mesti kena jaga mata jgk kalau nk dpt redha disisi Allah swt…mesti jaga mata & nafsu dari menguasai hati kita…
katanya lagi…”alah..diorang ni pkai seksi2 mmg untuk dipandang la,klau tak buat apa diorang pakai2 seksi…” hmm…yg ni sy diam je…entah xtahu nk respon dkt dia mcm mn…tapi sy bgtau dia “klau non-muslim mmg diorang xfikir/xtahu benda2 mcm ni dosa n pahala…diorang pkai suka hati diorang je, kdg2 skirt smpai peha pun rilek je dkt pejabat…, yang ko suka tengok2 benda mcm tu wat pe haha”
lepas tu jwbnye lagi : “eleh…ko ckp non-muslim je ke suka pkai seksi2, yg melayu muslim pun sama suka pkai seksi2 pegi ofis,pkai baju nmpak lurah dendam laa…pkai skirt la..sm nmpak peha mcm non-muslim pun…”…lpas tu sy diam je…smbil senyum sy ckp “yang tu psal terlebih ajar (terlalu bnyak input & terpengaruh dgn barat etc,media dsb)…ataupun xcukup duit nk bli kain kan haha”…lpas tu borak2 kosong kami tamat smpai situ je…

So…anda semua ada feedback/nak tambah apa2 ke…/nak share sekaki ke…atau nak komen apa2 dr tulisan sy kali ni…sbnrnya entri sy kali ni xada apapun berkaitan perniagaan internet ke, bisnes ke…tp just tulisan2 kosong di sejenak masa shj…sama2lah kita fikir…apa yg boleh ambil iktibar tu,kita ambil..yg tak elok kita tinggalkan ye…

Salam 8 Ramadhan 1430 Hijrah… ;)

Popularity: 7%

Tiada post berkaitan.

Filed in: Muhasabah Diri

2 Responses to “Jom Berfikir Sejenak Di Bulan Ramadhan”

  1. 31 August, 2009 at 2:25 am #

    Semua tu bergantung pada hati, pada niat dan juga tentang iman. Sejauh mana keimanan kita. Bak kata ustaz aku masa sekolah dulu, iman kita senipis kulit bawang… banyak yang perlu diperbaiki dan dihisab.. Biasanya, manusia sudah terantuk baru nak terngadah.

  2. 31 August, 2009 at 10:58 pm #

    hehe iye btul tu kata bro Sam…tepuk dada,tnya iman masing2… :)
    yg elok, jdkan teladan…yg xelok jadikan sempadan…

    salam ramadhan

Leave a Reply

CommentLuv badge