10:02 am - Wednesday September 3, 2014

18SX-Majlis Penuh Maksiat Wanita Bogel di Putrajaya

Ingin beriklan di sini? Emel: admin[at]jomkongsi.info

18SX-Majlis Penuh Maksiat Wanita Bogel di PutrajayaSelamat tahun baru 2011 semua, nampaknya ini adalah entri pertama blog jomkongsi untuk tahun 2011. Alhamdulillah kerana blog ni dapat jugak bertahan beberapa tahun semenjak kemunculannya di arena internet pada Oktober 2008. Sebelum memulakan entri kali ni, perlu diingatkan bahawa terdapat gambar2 yg agak kurang menyenangkan jika ditonton oleh kanak2 bawah umur…(sebab tu aku dah letak 18sx). So, pergi main jauh2 budak2 kecik ye…tapi kalau korang yg bawah umur tu terbaca jugak, keep in mind inilah realiti Malaysia sekarang…belajarlah dari kesilapan ok!

Jom terus kepada entri kali ni. Sebenarnya aku agak rasa terpanggil sangat untuk buat entri kali ni kerana rasa marah yg agak terlampau..korang tahu tak pada siapa aku nak marah ni? (aku simpan dlm hati je daa) haa! KORANG FIKIRLAH SENDIRI! lepas baca entri ni, fikirlah sefikir2nya ok!

Kali ni aku saja nak kongsi satu entri atau artikel panas yg dah heboh beberapa hari & minggu yg lalu. Berkaitan satu majlis makan malam atau lebih dikenali ramai dgn majlis Annual Dinner oleh sebuah syarikat yg berlangsung di Putrajaya baru2 ni. Tak sampai sebulan pun lagi kalau aku tak silap. Berita yg mengejutkan aku & korang semua ni, pada mulanya aku dapat dari satu laman forum dari Malaysia. Korang baca tajuk entri ni pun dah agak2 dah kan?

Katanya, majlis tu berlangsung di sebuah hotel di Putrajaya iaitu Hotel Marriot pada 16 Disember 2010 yg baru je berlalu. Dan terdapat beberapa gambar yg telah merakamkan kelucahan, ke’18sx’an, kejahilan dan kegilaan dalam majlis tersebut berjaya dirakam & dihantar/sebar oleh seseorang yg prihatin (semoga Allah merahmati insan tersebut) yg juga mungkin menghadiri majlis tersebut secara tidak sengaja. Persembahan di majlis makan malam tahunan yg ala2 Annual Dinner of Tiger Show tu, telah dihadiri juga oleh individu2 Muslim…itulah yg tambah memalukan lagi..atau kemungkinan tanpa pengetahuan mereka? (adegan2 lucah ini?) Walau apapun, aku tak mahu korang dengar/baca je apa aku tulis ni…korang tengoklah sendiri gambar2 kelucahan kat bawah ni ok! Lepas tu fikir & fikir kenapa, mengapa, apakah Malaysia macam ni sekarang…

kelucahan 18SX di putrajaya (klik untuk besarkan gambar)
18SX-Majlis Penuh Maksiat Wanita Bogel di Putrajaya 18SX-Majlis Penuh Maksiat Wanita Bogel di Putrajaya

Cuba korang tengok gambar 1, apa respon korang? wanita yg lebih separuh bogel menggeselkan badannya pd badan seorang tetamu lelaki yg hadir bukan? pada majlis makan malam tahunan syarikat? majoritinya muslim? ada yg hadir memakai tudung, berbaju kurung…tumpang bergelak ketawa & bertepuk tampar lagi…mana sensitiviti penganjur? tak payah cakap org yg hadir pun turut ENJOY??? KORANG FIKIRLAH SENDIRI! wallahua’lam terserah pada korang nak fikir apa ok! komen je kat bawah kalau tak puas hati ye. Tengok pulak gambar kedua, What The Hal??? tak tahulah apa nak jadi kat Malaysia ni dalam beberapa tahun akan datang nanti…sambung lagi tengok gambar kat bawah.

kelucahan 18SX di putrajaya (klik untuk besarkan gambar)
18SX-Majlis Penuh Maksiat Wanita Bogel di Putrajaya3 18SX-Majlis Penuh Maksiat Wanita Bogel di Putrajaya3

Apa kata korang bila tengok gambar ke3? siap Touch n Go percuma tu! bukan free show je, free touch, free gesel, free cium jugak? Astaghfirullah…memang gila lah diorang ni…berlaku dalam majlis macam ni? masuk akal ke? tengok perempuan2 bertudung di sekeliling tu, tua muda, ada yg malu2 harimau kucing…ada yg tepuk2 enjoy pun ada…macam2 ada katakan. giler! giler! memang gilalah pendek kata orang yg anjur, orang yg join atau ‘terjoin’ annual dinner ni! tapi kalau yg terjoin tapi tak enjoy, menyesal & rasa bersalah…aku respek la…tapi kalau yg terjoin & ‘terenjoy’ tu, paham2lah…2×5 dgn yg anjur je beb… Tengok plak gambar 4, mak ai! makcik2 dan akak2 kita bergelak-gelak & bertepuk2 lagi ye, semasa seorang tetamu lelaki ‘dipaksa’ memegang ehem2 perempuan tu. Korang tengok lagi, dalam bulatan bertanda biru tu, ada insan yg memakai kopiah pulak dalam majlis mcm ni. Aku andaikan dia seorang pakcik yg tidak bersalah & terjoin majlis ni…tapi apapun, terpulanglah korang nk judge apa…

Semoga Allah memberi balasan & hidayah kpd yg terlibat dalam majlis kelucahan mcm ni..sama ada yg ’tersengaja’ atau tidak…tapi yg aku peliknya, ada tak korang dengar berita2 pasal ni dekat TV? TV1 ke..TV2 ke..TV3 atau TV apa2 jelah yg ada? Ada tak keluar kat TV pasal pendedahan benda2 macam ni? takde bukan? Nak buat macam mana…al-paham2 sajalah  ye…

Agak2nya kalau makcik2..akak2…abang2..pakcik2.. yg join majlis kelucahan ni tengok balik gambar diorang ni yg sedang bergelak2, termalu2 kucing, bertepuk2 sorak tu…agak2 diorang malu ke apa ye? katanya, kebanyakan insan dalam majlis kelucahan ni adalah ramai melayu & muslim…wallahua’lam…memang memalukan & mencemar imej Islam…Astaghfirullah, aku tak tahu nak cakap apa…lagi teruk kalau korang bayangkan, yg join majlis ni adalah sedara mara korang, adik, abang, kakak, mak, ayah, pakcik, makcik, suami, isteri, atau anak korang? fuh…! tak ke giler, betul tak? korang tolonglah cakap bagi pihak aku kat ruangan komen kat bawah ye…

Kalau dulu kita dengar, nak tengok bende2 giler kelucahan macam ni hanya kat kelab2 malam, pub, disko, rumah pelacuran, sebelah siam/thailand je kan? (atau luar dari Malaysia) tapi nah amek kau, dekat Putrajaya yg popular tu je beb! Negara kita Malaysia je…open je! PERCUMA lagi tu! lagipun, elok sangatlah ye, nak masuk tahun baru dengan majlis macam ni…

So, apa respon korang? KORANG FIKIRLAH SENDIRI YE! OPEN YOUR EYES!!! & luahkan fikiran korang tu kat bawah ok! buangkan yg keruh, ambil yg jernih… semoga Allah s.w.t merahmati kita semua & teguhkan lagi iman kita…amin…semoga Allah selamatkan Malaysia…peace!

Tiada post berkaitan.

Filed in: Info Umum

26 Responses to “18SX-Majlis Penuh Maksiat Wanita Bogel di Putrajaya”

  1. insan biasa
    6 January, 2011 at 2:59 am #

    “KUALA LUMPUR, 30 Dis: Pihak berwajib terutama Jabatan Agama Islam didesak menyiasat dan bertindak segera terhadap penganjuran satu pesta maksiat, pertunjukkan “Tiger Show”, dalam Majlis Makan Malam di Marriot Hotel, Putrajaya pada 16 Disember lalu.

    Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP), Ustaz Nasrudin Hassan At-Tantawi ketika membuat desakan itu berkata, pertunjukkan itu bukan sahaja bercanggah dengan budaya negara kita, tetapi juga bertentangan dengan semangat Islam sebagai agama rasmi Malaysia.

    Katanya, Malaysia sekali-kali tidak boleh dibiarkan menjadi hub maksiat atau hub tarian lucah seperti yang dianjurkan syarikat pengeluar barangan elektrik dan elektronik itu dalam majlis makan malam di hotel tersebut.

    “Lebih menyedihkan lagi, rata-rata yang hadir dalam majlis itu ialah bangsa Melayu yang beragama Islam,” tegasnya kepada Harakahdaily hari ini.

    Sambil menyifatkan majlis tersebut telah menghina Islam dan umatnya, beliau berkata, rata-rata pekerja difahamkan amat tersinggung dengan majlis sedemikian.

    “Tidak memadai dengan pertunjukkan-pertunjukkan seperti yang sudah sering kita dengar dianjurkan di kelab-kelab malam, tetapi kini penganjur dengan beraninya mempersembahkan pertunjukkan lucah itu dalam majlis makan malam anjuran syarikat kepada pekerja dan tetamu mereka secara terbuka di Hotel Marriot,” katanya.

    Penganjuran majlis yang mengandungi pertunjukkan lucah itu diketahui oleh beliau setelah dihubungi oleh seseorang yang tidak mahu namanya disiarkan.

    “Ini satu mungkar yang tidak sepatutnya dianjurkan. Saya berharap agar pihak berwajib terutama jabatan agama Islam bertindak tegas,” katanya. – HD”

  2. insan biasa
    6 January, 2011 at 3:01 am #

    “Untuk yg terakhirnya, sebagaimana yang ditegaskan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ust Nasruddin Hassan, penulis juga menggesa supaya jabatan agama Islam segera mengambil tindakan terhadap penganjur, pihak pengurusan hotel termasuklah hadirin yang menyertai majlis maksiat ala jahiliah ini..

    Jika pihak berkuasa boleh bertindak nekad ke atas penganut fahaman syiah, penulis juga berharap pihak berkuasa mengambil langkah tegas kepada pihak yang terlibat di dalam majlis ini..ini kerana ia bukan sahaja bercanggah dengan budaya negara kita, tetapi juga bertentangan dengan ajaran dan norma2 Islam!

    Akhir kalam, semoga pihak terbabit mengambil langkah segera..isu ini lebih hina dan jijik dari isu YB non-muslim bersenamrobik di luar kawasan masjid..fikir2kan…wallahua’lam..”

    -dipetik dari forumer carigold.com

  3. munib ahmad
    6 January, 2011 at 10:27 am #

    kurang ajar gila
    rasanya dah setaraf org putih..or mungkin lebih lagi

  4. 6 January, 2011 at 11:33 am #

    Bangang la dia orang semua tu… dan memang pelik sebab tiada tindakan pencegahan????

  5. 6 January, 2011 at 12:22 pm #

    ada baiknya jabatan agama islam menubuhkan skuad khas utk memantau majlis2 seperti ini,jgn hanya tunggu org awam buat laporan baru nak bertindak.

  6. 6 January, 2011 at 1:25 pm #

    astaghfirullahal’azim..dunia akhir zaman..

  7. 6 January, 2011 at 1:50 pm #

    jahanam habis =.=

  8. 6 January, 2011 at 3:45 pm #

    memang tak terkata kan? malaysia sekarang mcm2 dah ada…open our eyes…

  9. 6 January, 2011 at 6:47 pm #

    astaghfirullahal’azim…
    punahh..punah…!!
    Harap jabatan agama islam dapat bertindak..

  10. raudah
    6 January, 2011 at 8:19 pm #

    bengong n bodo btul sape yg organize n sape yg dtg

  11. insan biasa
    6 January, 2011 at 11:50 pm #

    tak lama lagi reda lah berita ni…apa nak buat..’depa’ taknak ambil tindakan..rakyat skrg takde kuasa..hu2
    “kroni diutamakan, rakyat diketepikan”

  12. krytech
    7 January, 2011 at 5:15 pm #

    apa nak jadi dgn malaysia la ni…mufti2..menteri2..dan alim ulamak tanggung le kat padang mashyar nanti..puuih.

  13. Saif power
    9 January, 2011 at 4:22 pm #

    Wow.. gempak siot. Kalau ada camnie, aku pun nak pi la. Nyum2..

  14. 10 January, 2011 at 11:56 am #

    itu pasal kena ambilalih PutraJaya oleh Parti Islam…Jalan hukum hudud..semua kat atas ni kena sebat baru padan muka!!!cilakak punya organiser kafir ni!

  15. 10 January, 2011 at 3:50 pm #

    @captain:
    btul tu sedara, aku sokong ko…pemerintah patut kena bertanggungjawab jgk ni…xboleh lepas tangan

  16. 10 January, 2011 at 11:41 pm #

    Salam.. Kalau tak silap aku, itu artis2 baby dolls yang sebenarnya bukan perempuan tetapi lelaki berpakaian perempuan (bapok) ini kerana aku pernah menghadiri satu jamuan makan (annual dinner) sebuah bank terkemuka yang menjemput baby dolls untuk membuat persembahan sebegini.

    Tidak kiralah apa sekalipun, ini sudah tentu menimubulkan fitnah dan tidak bersesuaian dengan budaya kita orang Malaysia.

    Yang tak bestnya..ramai juga golongan makcik2 dan pakcik2 (orang melayu) yang gumbira berlebih-lebihan dengan hiburan melampau tersebut..

    Entah lah…siapalah aku untuk menilai baik buruknya orang lain.

  17. 18 January, 2011 at 3:07 am #

    erm…wlaupun mereka bukan perempuan..tpi berpakaian seperti permpuan tetap mendatangkan fitnah..SkY setju dengan pandangan diatas..=_=…neway xperlu dinilai..masing2 de jati diri yg perlu dipertahankan…if “terkena” dengan majlis tuu..n then xredha dlm hati..alhamdulillah..tpi..kalau xsuke, tpi tgn tuh pegang jugak “errr..apa kes?” kan yg pegang tu laki..xkan lembik kot..zzzz…neway nice entry..

  18. 18 January, 2011 at 3:09 pm #

    ni lah islam sekarang ..yg pakai tudung ka ,,yg alim ka ..hnya tengok dan bertepok tgn ..siap bleh rakam2 ag …x dak budaya btol pompuan yg terhegeh dok sendeh2 apa….ingatlah tuhan ..

  19. 18 January, 2011 at 3:50 pm #

    macam2 malaysia skrg kan…sedar jgn tak sedar…

  20. 18 January, 2011 at 5:09 pm #

    melampaunyer…macam kita mengalu-alukan kehadiran bapok j…

  21. 19 January, 2011 at 11:02 pm #

    Gila lah, dah tak tahu malu ke diorang ni?

  22. 24 February, 2011 at 2:20 pm #

    apa nak jd la masyarkat kita skrg?pnuh dgn maksiat hidup ni..

  23. penunggu bahasa
    7 March, 2011 at 12:30 am #

    sure ke smua 2 at putrajaya??

  24. 7 March, 2011 at 9:49 am #

    sure2 sbbnya ada sumber boleh dipercayai bgtau..(org yg share pic ni)

  25. yg ariff
    30 September, 2011 at 10:01 pm #

    kat malaysia skrg dah biaser ni…lagi hebat pun ade..

Trackbacks/Pingbacks

  1. Pewangi AXE Malaysia- Suatu Agenda Barat Memesongkan Muslim | JomKongsi Info Blog - 27 February, 2011

    [...] dgn buat tarian lucah & sondol2 lagi tu apa kaitan? dalam Malaysia kah aku ni? ye lah sbb macam ni pun dah [...]

Leave a Reply


5 + = 14

CommentLuv badge