Tahu tak apa tu Google Adwords? (bukan Google Adsense) secara ringkasnya Google Adwords (adwords.com) ni adalah medium untuk korang beriklan di internet & website yg memaparkan iklan “Ads by Google” tu. Mesti korang biasa tengok kan iklan2 yg dalam blog/website yg korang masuk tu ada tertulis “Ads by Google”. Itulah iklan Adsense yg datang dari pengiklan melalui Google Adwords.
Dah lama aku duk usha2 Google Adwords ni (tunggu masa je), tup..tup baru tadi je berkesempatan mencuba sendiri bagaimana menjadi pengiklan melalui Google Adwords ni. Sebelum ni aku pernah cuba sistem PPC (payperclick) yg lain & konsepnya lebih kurang sama macam beriklan di AdBrite dll, tapi control panel Google Adwords ni lagi mantap & ada banyak setting yg korang leh cuba, test & try. Juga ada tools untuk korang kaji katakunci yg korang nk cari tu. Berapa carian sebulan untuk Global, berapa berapa carian sebulan untuk tempatan (Malaysia etc) dll. Korang juga boleh cek nilai untuk setiap klik bagi katakunci2 tertentu. Selain korang boleh tengok trend carian terhadap sesuatu katakunci tersebut.

Oklah, tujuan entri ni bukan nak cerita bagaimana Adwords berfungsi, tapi bagaimana untuk mengaktifkan akaun Google Adwords ni disamping membuat bayaran tambah nilai (TopUp) pd akaun Google Adwords korang. Rupa2nya skrg korang dah boleh topup & aktifkan akaun Google Adwords tu melalui Maybank2U je (bank lain pun boleh). Berbanding dgn beberapa bulan dulu, tak silap aku hanya melalui kredit kad & debit kad shj. Jadi sekarang makin mudahlah untuk para2 sakura usahawan bisnes internet sekarang utk beriklan dgn Google Adwords ni. Usahawan bukan internet pun boleh je nak beriklan dgn Google Adwords ni, tiada masalah. Cuma pastikan ada orang yg boleh guide & tau pasal selok belok Google Adwords ni untuk bantu korang ..supaya nanti tak terkial2 nak setting tu setting ni. Barulah berbaloi beriklan, kalau tak nanti membazir wang je..duit habis beriklan, tapi satupun tak convert kepada jualan atau sales. Yang penting, nak beriklan dgn Google Adwords ni kena cubajaya & bijak utk bereksperimen (dgn keyword, ayat utk iklan, placement, targeting dll).
Andai ada yg sudah mendaftar dgn Google Adwords ni, tapi masih belum diaktifkan, maka korang bolehlah login & pergi ke bahagian Billing -> klik Billing Preferences -> klik edit di ruangan Billing & Payment. Kat situ nanti korang boleh ubah pilih FPX (FPX Online Bank Transfer) iaitu sistem pembayaran online untuk Maybank2U, CiMBClicks dan lain2 sistem bank online di Malaysia. Kalau tak silap aku, lepas tu jangan lupa jugak untuk korang pilih Prepay Billing supaya nanti takla duit korang ditolak automatik dari akaun (kalau korang pakai kredit kad). Kang terkejut nanti kalau tiba2 duit dlm bank kena tolak oleh Adwords ni kalau korang pilih Post Pay. Sebab bila baki maksimum yg korang set dah abis, maka diorang akan tolak dari akaun kredit, kalau pilih Post Pay. Kiranya macam pakai line telefon pakej postpaid lah ye.
Untuk pengetahuan semua, bayaran untuk aktifkan akaun Google Adwords ni adalah RM20 je, tapi disebabkan nilai minimum yg diorang terima untuk topup adalah RM40, so terpaksalah korang bayar RM40. Tapi hanya RM20 je ditolak, so RM20 lagi akan masuk ke akaun pengiklanan korang le. Bila dah abis nilai topup tu, korang kenalah topup lagi kalau nak terus beriklan dgn Google Adwords ni. Aku bernasib baik sikit sebab dapat kod kupon Google Adwords bernilai USD$100 & aku terus aktivate kan. So, dapatlah dalam RM36x+ dalam akaun Google Adwords utk kali pertama. Hehe, boleh lah buat eksperimen ni..kredit percuma tu..
Cara nak dapatkan kod promosi kupon tu? biasanya aku cari dalam forum2 di internet, blog2 omputih dll…atau Google ada pernah hantar ke rumah aku sekeping surat mempunyai kod RM100 nilai topup kupon Google Adwords ni, mungkin sebab aku ada berdaftar dgn Adwords ni dah lama. So diorang nak aku cepat2 try power pengiklanan dgn Google Adwords ni kot.
| Untuk pengetahuan semua jugak, pada blogger2 atau sesiapa, tidak kira individu usahawan atau syarikat yg ingin/sedang mencari khidmat bantuan utk beriklan dgn Google Adwords ni (@ lain2), bolehlah meng’hire’ aku utk tujuan itu. (Selaku seorang wakil/freelancer untuk Zyzyx Design Studio). Sila hubungi terus admin[at]zyzyx.info atau hubungi aku pun boleh jgk di admin[at]jomkongsi.info . Tentang pakej harga, jgn risau kita boleh bincang punya..ok! Contact dulu baru tahu |
p.s: Nak domain .COM percuma? Masih belum terlambat!
p.s2: Tak nak ketinggalan info2 terbaru dari JomKongsi Info? Masukkan email kat sini!
Popularity: 1%
Entri lain yg mungkin berguna untuk korang:

uitt angah tak tahu guna punnn
nice info bro..
nak tanye.. kalau dah ade domain,
camne nak setup??
Bro, tq , maybank2u.com mmg best… lm da aku guna…huhuhu
info menarik ni..huhu
@cik akyn:
klu dah ada domain, macam ni secara asasnya:
-kalau nk pakai hosting sendiri, kenalah tahu dia puna DNS (Domain Name Server) utk pointkan domain td kt hosting tu.
-lepas tu, kena setup DNS td dekat Domain control panel pulak supaya domain tu akan integrasi dengan hosting tu (supaya online/aktif)
-lepas tu, masuk control panel hosting, uploadlah website. atau boleh install wordpress ke..blog…joomla..website etc..
lagi satu, klu dah ada domain & taknak beli hosting sndiri pun bleh..pakai je dengan google punya blogspot. kiranya sedari buat satu blog di blogspot & pointkan domain tu ke blogspot td.
so klu domain sedari tu namanya CikAkyn.COM , nanti bila bukak CikAkyn.COM ni, akan keluarlah blog Cik Akyn ye (yg asalnya adalah di Arekyn.Blogspot.com)…
arap2 fahamlah ayat berbelit aku nih heheh
p.s: thanks kepada semua yg meninggalkan komen!
u rocks!!!
wow..menarik blog ini..satu perkongsian yg bagus untuk para bloggers..
klu promote affiliate guna adwords ni best kot… hehehe.. dh lama dh usha adwords ni, 1st takut nak start tp sekarang dh ok sedikit dh…
Salam Ukhwah dr Saya..
@hafidz:
sekarang bolehla try Adwords bro..promot affiliate pun best!
hello friend, good mornin, have a nice day
good info…saya baru lagi ni…nk belajar la