Korang pernah dengar tak Adsense For Domain? atau dalam melayunye Adsense untuk Domain? Korang mesti pernah dengarkan kalau Google Adsense? Sebenarnya Adsense untuk Domain ni adalah lebih kurang je dengan iklan Adsense biasa yg korang letak kat blog/web korang tu, cuma yg bezanya yg ni korang ‘allocate’ domain yg korang ada tu hanya untuk Adsense je. Ia juga dikenali sebagai Domain Parking untuk Adsense.
Tak faham? macam ni, secara asasnya jika korang ada satu domain katakan DomainSaya.com, tetapi korang tak nak buat pun laman web menggunakan domain tu, atau saja2 beli je. Jadi, korang bolehlah khususkan domain tu hanya for Adsense untuk Domain je. Langkahnya, korang perlulah berdaftar dgn Adsense dulu, selepas tu login ke akaun Adsense korang & pergi ke Setup Ads, pilih Adsense For Domains. Dekat situ, korang boleh masukkan domain yg korang nak pakai utk Adsense jenis ni. Untuk membolehkan iklan Adsense keluar, korang perlu setting DNS domain korang tu utk ‘point’ ke DNS Google Adsense (sila rujuk langkah2 semasa korang nak submit URL tersebut, tak perlu aku cerita benda sama kat sini ye).
Kiranya nanti apabila semua setting dah ok, domain pun dah disubmit. Maka apabila korang pergi ke DomainSaya.com tu, korang akan lihat satu page penuh ‘homepage’ korang tu adalah iklan Google Adsense. Kiranya korang point domain korang tu ke hosting Google & diorang akan paparkan sepenuhnya iklan Adsense didalamnya.
Ada beberapa perkara yg aku tak suka dengan Adsense for Domain ni, satunya korang takde kawalan sepenuhnya terhadap iklan yg keluar kt page tu, hanya sekadar korang boleh set 4 kata kunci je utk sesebuah domain tu.
Lagi satu, aku tak boleh nak pilih template laman utama Adsense for Domain tu, hanya boleh ubah warna untuk iklan je, tak boleh pilih tema seperti kalau korang Park Domain dekat Sedo.com (korang boleh pilih template Domain Parking di Sedo.com).
Yang aku tak suka jugak pasal Adsense for Domain ni, korang tak boleh nak optimize kan SEO nya (search engine optimization). Jadi, susahlah nak tarik trafik ke website Adsense for Domain ni. Sebab korang dah serah sepenuhnya kawalan ke pihak Google semasa setup DNS tadi. So korang tiadalah akses ke root hosting dan sebagainya.
Selain tu, kelemahan Adsense for Domain ni, korang tak boleh nak cek pelawat ke domain korang tu berapa orang hari ni, datang dari katakunci apa, datang dari mana dll. Sebabnya korang takde kawalan langsung ke atas domain tu untuk masukkan kod Google Analytics dan sebagainya. So, kiranya korang ‘cubaan berani mati’ atau tawakal je la kalau pakai Adsense for Domain ni. Mengharapkan ada orang akan masuk ke domain park Adsense korang tu (sebenarnya ada trik2 & tipsnye utk buat duit dgn Adsense for Domain ni: uhuk2…Bahagian ke-2
).
Dari pandangan aku sendiri, bolehkah korang buat duit dengan Adsense for Domain ni? aku tak rasa boleh buat duit dgn Adsense for Domain ni. Sebabnya tak silap aku Google tak kira PPC (Pay Per Click) untuk Adsense for Domain ni, tapi diorang kira PPM (Pay Per 1k Impression). Maknanya kena orang view page tu sebanyak seribu dulu, baru dapat duit. Tapi yg aku herannya, aku pernah dapat USD $0.10 untuk 15 view je…oklah tu
Mungkin bergantung pada jenis iklan yg keluar jugak…
ops nampaknya mcm dah panjang je aku tulis pasal ‘bolehkah buat duit dengan Adsense for Domain‘ ni..so aku akan sambung dalam bahagian kedua eksperimen info untuk Adsense for Domain ni…Tunggu jap, aku rasa dah ada ebook panduan dalam bahasa melayu pasal Adsense for Domain ni, tapi tak pasti kat mana & dimana. Mungkin aku akan update korang nanti!
Andainya ada bahagian2 input yg perlu korang tambah mengenai Adsense for Domain kat atas tu, jangan malu & segan ye…terus kongsi kat bawah ok! Aku tahu, ada banyak otai2 Adsense kat luar sana tu…heheh…kalau tak paham pun, boleh bertanya kat bawah, silakan taip je ok!
p.s: Dah sertai peraduan Jom Menang Domain .COM Percuma ? Kalau belum, cepat join sekarang! mana tau korang boleh pakai domain tu untuk buat duit dgn Adsense for Domain ni pulak
Popularity: 1%
Entri lain yg mungkin berguna untuk korang:

jom exchange link
boleh bro, kat sini http://jomkongsi.info/web
owh pttla ade domain bila masuk kuar bende ni
@thalhah:
ye, itulah namanye Domain Parking…tuan punye website akan dapat duit darinye…
Memang best blog ko bro…byk giler info…thx..mintak halal ilmu…
dulu penah jugak wat afd ni tp lepas kena ban terus malas
@kaer:
terima kasih daun keladi bro! ada masa datang lagi!
@hazwan:
ye ke bro dah kena ban Google Adsense nih, cobaan…
aku pun dah 2-3 kali kena ban, tapi nasib baik ada backup kot…heheh
aku pun da 2 kali kena ban jdi malas da …
pernah dengar…nak try tp tak punya domain..heheheh
@meysha:
klu cmtu jomla join http://www.jomkongsi.info/blog/peraduan/jom-menang-domain-percuma-untuk-blogger-webmaster
Yang punya blog pinter,,Shout Box nya dihapus..hihiii
Nyerah kalau masalah adsense, padahal daftar adsense bisa tanpa blog kan.
kunjungan balik
bahasa tuk web/blog? rs2nye bm da terima ker?
dalam BM rasanya tak boleh lagi kot..tapi kalau indonesia ada pulak tak silap..nak senang, beli je nama domain terdiri dari perkataan Inggeris. setellah…tapi kalau tujuan nak buat adsense for domain je la..
memang boleh buat duit dgn AFD, saya rasa mungkin lebih baik dr AFD.
sbb AFD bayar saya lagi tinggi dr AFC. jika guna AFC, target visitor pun penting jugak kot kalau nak dpt $$ tinggi untuk setiap click. tapi untuk AFD x perlu update blog seperti yg selalunya.
kesimpulannya, adsense for conten @ adsense for domain kedua2 nya punya kelebihanya dan kekurangan tersendiri.. dan sampai sekarang saya masih lagi study tentang AFD ni…sbb payah sedikit kalau nak buat duit dgn AFD ni…
#hafidz:
itulah nk kena bereksperimen lagi dgn Adsensen for Domain ni…yg adsense for contents dah beberapa kali dpt cashout
blog diupdate laju2~ sudikan2 bace =))