6:09 am - Saturday May 19, 2012

Buat Duit Dengan Pertukaran Wang Asing (Forex) Fatwa Sah Haram

Ingin beriklan di sini? Emel: admin[at]jomkongsi.info

Buat Duit Dengan Pertukaran Wang Asing (Forex) Fatwa Sah HaramKOTA BAHARU, 15 Feb – Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Rabu memutuskan umat Islam haram mengamalkan sistem perniagaan pertukaran wang asing.

Pengerusi Jawatankuasa itu, Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata ini kerana perniagaan yang dilakukan melalui pertukaran wang asing seperti itu tidak menepati hukum syarak dan menimbulkan keraguan di kalangan umat Islam.

“Hasil kajian Jawatankuasa ini, kita dapati perniagaan yang melibatkan pertukaran wang asing melibatkan spekulasi mata wang dan ini bercanggah dan berlawanan dengan hukum Islam.”

“Oleh itu, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan memutuskan bahawa umat Islam diharamkan daripada mengamalkan sistem perniagaan cara demikian,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Ke-98 di sini Rabu.

Abdul Shukor berkata banyak isu yang meragukan mengenai perniagaan pertukaran asing, oleh itu umat Islam tidak perlu menceburkan diri, tambahan pula kegiatan itu melibatkan penggunaan internet di kalangan individu, yang menyebabkan untung rugi tidak menentu
sumber BERNAMA

Komen Ustaz Zaharuddin pula:

Keputusan rasmi majlis fatwa kebangsaan berkenaan hal FOREX Trading melalui internet. Saya sokong pengharaman dan keputusan adalah tepat.

Mengenai servis pertukaran wang: money changer tak termasuk, itu transkasi tulen untuk keperluan orang ramai, ia bukan spekulasi, forex trading yang dirujuk adalah PERDAGANGAN MATAWANG yang mana ia adalah judi dan spekulasi 100 %.

Sumber berkaitan: 

So kepada sesiapa yg duk sibuk iklan Forex..Forex…tak habis2 kat internet, Facebook tu…faham2lah ye…ini melibatkan hukum Islam, jangan nak melenting & tak terima kenyataan ok. Hukm Forex ini adalah melibatkan semua transaksi perniagaan Forex melalui internet mahupun di luar internet. Sekian.

Popularity: 1%

Entri lain yg mungkin berguna untuk korang:

  1. Buat Duit Dengan Wazzub, Scam?
  2. Hukum Halal Haram Interest dan Dividen Bank Malaysia
  3. Buat Duit Dengan Hak Jual Semula Dan Affiliate
  4. Bolehkah Buat Duit Dengan AdSense Untuk Domain
  5. Buat duit dari blog atau buat duit dari internet
Filed in: Buat Duit

6 Responses to “Buat Duit Dengan Pertukaran Wang Asing (Forex) Fatwa Sah Haram”

  1. 19 February, 2012 at 6:08 pm #

    Eh.. Yang haram cuma kat internet je. Yang tak internet halal. Macam judi la pulak… Heheh ada haram dan ada yg halal. Padahalnya perbuatannya sama.
    Cikgu Hairul entry terbaru: Hampir Semua Backlink Nofollow.My Profile

  2. 22 February, 2012 at 3:07 pm #

    masalahnya rmi je org melayu join forex ni…ada yg sanggup tak lepaskan..walaupun dah rugi beribu2

    • 27 February, 2012 at 8:37 am #

      memang betul tu, aku tengok ramai je lagi yg join Forex trading ni..lebih2 g kat internet ni. dlm forum, macam2 iklan lagi ada. hish tak paham2 ke…

  3. maria
    27 February, 2012 at 8:35 am #

    yang haram tetap haram, jangan nak main-main k

Leave a Reply


1 + 1 =

CommentLuv badge