Buat duit dgn “Login Facebook dapat duit?” boleh percaya ke? setakat ni belambak yg selalu tag sy dekat gambar duit dalam FB. Kadang2 rasa nk marah jugak main tag je nama kita. Tapi takpelah, yg penting sekarang jom bincang tajuk entri ni, adakah program Buat Duit dgn Login FB Dapat Duit Dah Tak Laku?
Korang semua ada apa2 info pasal ni tak? aku rasa mustahil la kalau ada yg xtau pasal skim Buat Duit dgn Login FB Dapat Duit ni..dkt FB, kalau je ada gambar orang yg pegang duit banyak2 dgn muka tersengih tu mesti ahli2 Buat Duit dgn Login FB Dapat Duit ni.
Kalau tak silap sy, program Buat Duit dgn Login FB Dapat Duit ni nama sebenarnya adalah iRich696 atau pun Infinity Downline..semuanya jenin bisnes MLM kalau sy tak silap..pd pengetahuan sy, Ustaz Zaharuddin (Status Hukum Skim Infinity Downline @ Login Facebook Dapat RM 100) sudah ada memberi sedikit penjelasan mengenai program Infinity Downline ni a.k.a program Buat Duit dgn Login FB Dapat Duit ni. Katanya Infinity Downline ni adalah haram dan ada unsur penipuan & syubhah…Sistem perniagaan & bisnes mereka diragui & bersifatkan money game. Bermakna, produk pun entah ke mana, tapi cakap lebih pasal sistem diorang je yg boleh buat duit ni.
Cakap pasal program Buat Duit dgn Login FB Dapat Duit, sy rasa dah saturated dah, dah xlaku dah kot pasal dah ramai yg bijak sekarang ni..ramai dah yg pandai utk menolak pelawaan ahli2 mereka yg mengumpan untuk join. Sebagai contohnya, ada beberapa kali ahli skim Buat Duit dgn Login FB Dapat Duit ni main tag je nama2 kawan diorang dkt gambar duit, duit & duit. Selepas tu mendapat tentangan hebat & komen yg menyatakan jangan tag diorang lagi, mereka tak suka di’tag’ nama mereka dkt gambar duit tadi. Saya selalu tergelak bila membaca komen2 orang yg tak suka nama mereka di’tag’ pd gambar duit td.
Nak tengok contoh, ni ada satu contoh kat bawah, boleh tengok puas2 ye sedara:
*pic terpaksa disensorkan, hrp maaf

Jadi, apa komen korang semua? pernah tak geng Buat Duit dgn Login FB Dapat Duit ajak korang masuk MLM diorang? pernah tak diorang tag nama korang dkt pic duit2 yg banyak membukit tu..kadang2 tension dibuatnya bila nama kita ditag pd gambar duit2 diorang tu..(betul ke tidak itu duit diorang, sy tak dpt jaminlah ye..Tuhan sj tahu ok) Apa2 pun, kalau pembaca sume ada nk share dgn jomkongsi ni, silalah komen kat ruangan dibawah ok!
Perlu diingatkan bahawa sy tak dapat nak bgtau sedara program ni haram ke..halal ke..yg itu terpulang pd akal & iman saudara sendiri ok…yg penting sebelum join apa2 program buat duit ni, research dan research dan research dulu ok! jgn main join je..nanti duit habis beribu, tapi entah kemana perginya..baik lah dipakai duit tu beli susu anak kita ke..beli barang dapur ke..derma kat fakir miskin ke..renovate rumah ke..beli mainan anak ke..takpun derma je kat blog JomKongsi ni kalau dah terlebih duit tu, nnti bolehlah kami sponsor contest kt sini hehe :)
Akhir kata, berhati-hatilah semasa di dalam FaceBook ye, sbb siapa tahu anda mungkin menjadi sasaran seterusnya skim2 buat duit yg scam/penipu yg ada kat luar sana tu ok! Awas!
Sehingga itu, jumpa lagi & jangan lupa untuk subscribe newsletter kami ok!
[wpmlsubscribe type="list" id="1"]
Video untuk tontonan semua:
*credits to the creator of this video
Popularity: 3%
Entri lain yg mungkin berguna untuk korang:

haha tak ley blah video nih, tp ada pointlah haha bagus!
menarik video 2 tapi aku rase x berfaedah pown korang buet coz membuang masa jewbaik duduk rumah n tolong mak korang kemas rumah lagi baik
Memang boleh dapat duit dari facebook gunakan akal anda kerna aq adalah geng mafia jadi aq sarankan buatlah bisnes sendiri seperti jual topap, jual barangan yang berguna seperti jam tangan, baju , tudung ni semua pendapatan halal bukan inffinit*** dan bukan nya****** dan yg penting ini kerja halal dan mmg anda boleh dapat duit dari facebook tapi DENGAN JUAL PRODUK YANG HALAL DAN PRODUK ANDA SENDIRI ATAU PRODUK KAWAN ANDA YANG DIPERCAYAI SERTA HALAL. tq-gengmafia88 (use brain when speechless)
@baba: apa pula buang masa bro, faedah video tu nak selamatkan orang ramai dr kena tipu bulat2 oleh bangsa sendiri tu…pesanan komuniti katakan
@geng mafia:
tak berapa faham msg anda, explain some more plz
gua nak join memerangi progam2 sampah ni.
bacalah artikel gua ni…